MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 9, 2011

Pengalaman Minum Air Gula Yang........


Lega...

Akhirnya selesai jugak sesi minum air gula yang selama ni asik kena momok air gula tak sedaplah, meloya lah, boleh muntah lah, hazab lah..memang scary bila dengar.

Tapi alhamdulillah...berjaya jugak telan satu cawan air gula tu. Takdelah scary sangat...sedap jek aku rasa. Haha.

Ni nak habaq mai..kalau kamu-kamu ada appointment minum air gula, sila datang awal pagi sebelum jam 8. Ada klinik kesihatan taknak terima patient dah after jam 8. Aku tadi kelam kabut jugak lah rasa..dengan hal sekolah yang tak setel-setel..nasib baik sempat sampai klinik jam 7.50 pagi. Jadi masih diterima.

Jam 8.30 pagi..nama kena panggil. Nurse situ bagi cawan kertas kecik.."sila kencing" katanya. Heh..baikkk.

Lepas dah serah urine, kena panggil untuk amik darah pulak. Aku mati-mati ingat kena amik darah banyak macam orang nak derma darah tu..kemain dah neves dah hati..sekali rupanya amik darah sikit jek..lega. Tapi sikit-sikit pun kemain paling muka siap pejam mata tahan sakit kena cucuk jarum. Haha.

Lepas tu terus disuruh masuk satu bilik ni...yahoo!! Masanya sudah tiba untuk minum air gula!!

Aku tengok cawan berisi air gula tu takdelah besar sangat..cawan kertas jek. Aku time tu memang tengah lapar dan dahaga sebab kena puasa start dari jam 12 malam semalam tanpa makan dan minum apa-apa. Jadi bila tengok air gula tu terus feel macam tengok juadah berbuka puasa yang amat menyelerakan...Haha.

Guk guk guk guk guk....sekali harung.

Licin!

Mommy-mommy lain yang masuk minum lagi awal dari aku pun tak habis-habis lagi minum. Terkejut diorang aku dah habis licin.

Dalam muka sengih..aku katalah..

" lapar...dahaga sangat. Sebab tu cepat je habis."

Pecah gelak diorang dengar jawapan aku.

Haha!

Pastu nurse kat situ bagitahu..aku boleh minum air masak sepanjang tempoh puasa tu. Jadi takdelah dahaga sangat.

Manalah aku tahu...aku ingat tak boleh makan dan minum apa-apa..Kan puasa kan? Huhu.

Jadi lepas dah minum air gula tu aku bantai minum sebotol mineral water. Lega! Hilang dahaga.

Proses minum air gula tak habis kat situ tau..ada lagi.

Sejam kemudian..aku kena serah urine and amik darah sekali lagi. Lepas tu tunggu lagi sejam...amik urine and serah darah buat kali ketiga..then baru selesai.

Result hanya akan diketahui pada minggu depan. Minggu depan ada appointment jumpa doktor, masa tu baru boleh tahu result.

Berdoa dan berharap agar aku tak dijangkiti apa-apa penyakit berbahaya yang berisiko.

Saya mahu sehat.

Insyaallah..

6 comments:

  1. insyallah sehat...makin lama makin dekat dh kan?moga dipermudahkan..
    btw kita nak tye pasal stroller dalam entry aritu..dah sampai ke?So kondisi nye camne?memuaskan ati x?

    ReplyDelete
  2. nasib baik farah tak kena minum air gula..
    misi cakap momtobe yg 25 keatas je kna minum..tetibe rasa ibu muda.. :)

    ReplyDelete
  3. Yna..baby stroller tu dah sampai dah kat rumah..lama dah sampainya.kondisi stroller tip top..cuma rodanya mcm bukan 100% getah. Macam plastik sikit.berbaloilah dgn harganya yg rm129 tu..huhu

    Waniey..boleh jadi maharani lawak x?haha

    Farah..beruntunglah preggy sebelum 25 tahun..mmg kat sini pun kalau umur bawah 25 tahun x kena minum, unless ada tanda2 lain yang boleh menyebabkan kena minum. Tahniah la untuk kamu!=)

    ReplyDelete
  4. owh...ok ek?kukuh tak agak-agak?sebab if ok, rasa nak grab gak satu nih..hehehe...ok la tu kan?

    ReplyDelete
  5. just nak share, saya dulu kene GD 2 kali masa pregnant..tapi GD saya sgt terkawal, sekali je minum air gula, pastu takyah jumpa doktor dah..bg ibu2 yang alami masalah yg sama, sy recommend bnykkan fiber mcm yg doc suggest,,saya consume fiber shaklee masa tuu smp skang baby pon kuar x besar sgt :)..sgt2 puas hati..jemput baca fiber bantu kurang diabetes/diabetes turun dalam 3 hari/GD terkawal dengan pengambilan fiber/ibu sihat anak pun sihat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...