Air selusuh.
Pernah dengar tak?
Aku pernah la dengar. Tahu la jugak sikit-sikit air selusuh tu untuk apa. Kata orang air selusuh tu air bacaan ayat-ayat Quran tertentu untuk memudahkan proses bersalin.
Tapi setakat itu je la aku tahu.
Sejauh mana keberkesanan air selusuh tu, aku pun tak tahu. Tapi nak sangat tahu.
So ada tak siapa-siapa yang ada pengalaman minum air selusuh masa nak bersalin dulu?
Nak kena minum waktu bila?
Minum banyak mana?
Betul ke orang kata kalau minum air selusuh, contraction akan berganda-ganda sakitnya?
Ada pantang larang apa-apa ke nak minum air selusuh ni?
Sungguh..aku selaku bakal mama ni langsung tak tahu.
Yang aku tahu..mak mentua kat kampung nun dah susah payah pergi rumah bidan buatkan air selusuh untuk aku. Petang ni Insyaallah mak sana sampai KL. Boleh jadi malam ni aku kena minum air selusuh tu.
Ish..debaran makin terasa..
Please ye...siapa yang ada experience minum air selusuh tu..share sikit kat sini.
Tenkiu sayang!! *dan dan sayang.hehe*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga mendapat anak yg comel, aminnnn...
ReplyDeleteEntri terbaru di blog JR, jom terjah:
"Terkini..Pelakon Drama Melayu Di TV Geofrey Williams Peluk Islam"
my time nurse bising minum air selusuh awal2..die ckp air tu tak cepatkan bukaan cuma cepatkan contraction..meaning..kite akan rs sakit..tp serviks tak bukak..
ReplyDeletedie ckp dah 3-4 cm baru bole minum..
doktor saya advicekan jgn minum. kalau bukaan belum tiba masanya tapi kita minum, takut nnti kena uterus hyperstimulation. *sila google pasal nak tulis kat sini, cam ngeri skit :P
ReplyDeletetapi saya buat air selusuh *hasil google gak, dan minta suami yg buatkan. org kata, seelok2nya org2 alim buatkan, tapi pasal mind set saya masa tu fikir, kalau suami nak tolong saya, dia yg kena buat sendiri. hehe.
so saya minum habis sekali harung pasal haus masa tu haha. tapi saya tak minum masa nak bersalin. saya minum dalam 2-3 hari sebelum EDD.
pernah dengar pasal air selusuh ni rendaman air akar kacik patimah..tp masih tak tau macamane nak buat nyer..sebab ade gak orang kate..sekadar air bacaan alquran macam ko cakap tu..aku pon nak tau gak nih pasal bendelah ni..fungsi tuk memudahkan bersalin..tu aku tak pasti..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteayu minum air selusuh yg dibacakan ayat2 al-quran..coz skg ni ade jugak yg air selusuh jenis minyak jual kat kedai..tp x sure berkesan ke x..
ade sesetengah nurse yg mrh kite minum dgn alsan melambatkan bukaan jalan untuk bersalin.. tp ade yg nurse bagi minum..
klu ayu dulu,minum masa bgun tido n nak tido..b4 tido tu,minum,n amek sikit sapu2 perut ke bawah..
saya minum!
ReplyDelete1. sudu kecil setiap hari for bila 38weeks onwards.
2. minum juga semasa dah masuk labour room
tetapiiiiiiiii.... :) itu usaha saya... tapi tuhan penentu segala... aminnnn...
hello mommy! pasal air selusuih nih tasha amik kat darussyifa. Then ustaz tuh ada bgtau cara yang terbaik utk munim air selusuh time kita dah sakit sgt and nak ditolak ke labor room. =)
ReplyDeleteWah..banyak jugak pendapat berguna kat kotak komen ni. Tenkiu tenkiu!! Paling ngeri bila Xora mention pasal "uterus hyperstimulation" tu..ngeri jgk nak google.hehe.
ReplyDeleteSaya dah minum dah sblm tido semalam and bangun tido tadi. Minum setengah cawan gitu..harap-harap dipermudahkan semuanya..aminn..
yong, kalau ikut petua org dulu2. katanya minum air rambut masa kita mandi tu. bukan tadah air tu tau. air yg jatuh dari juraian rambut kite...
ReplyDelete