MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, January 11, 2012

Happy One Month Old Aidi Rizqy!!

Esok Aidi dah 1 bulan.

Yeay!!

Alhamdulillah..syukur pada Allah.

Bila Aidi dah sebulan, makna kata tinggal 13 hari lg nak abiskan berpantang. Tapi kalau ikutkan badan aku sekarang Alhamdulillah..aku rasa dah sehat. Benang jahitan pun dah lama tertanggal dah since masa nurse datang melawat masa berpantang hari ke 12 hari tu lagi. Nurse kata benang dah takde, cuma ada sikit-sikit je kat bahagian punggung.

Badan pun dah kuat. Aku okey je kalau kena berdiri lama dodoikan Aidi. Eh tapi kenkadang lenguh jugak kaki. Haha.

Apa perkembangan Aidi sekarang??

Oh budak bulat tu dah pandai tengok TV. Aku perasan masa hari semalam. Aidi bangun jam 4 pagi nak susu. Jadi sambil nak bagi dia minum susu tu aku bukaklah TV. Apa cerita sangatlah yang ada time pukul 4 5 pagi tu kan, jadi aku hentam je bukak mana-mana channel. Tentiba keluar cerita tajuk apa ntah tapi ada Zizan Raja Lawak dalam tu. Aidi sebelum aku bukak TV tu memang dia kuak kuak kuak sikit, maklumlah, mama masih mamai baru bangun tido, jadi lembap sikit nak sediakan susu sampai melalak anak. Haha. Tapi bila TV switch on je terus diam dia. Mata tak lepas tengok TV. Sampai aku dah sumbat botol pun mata dia tak kalih-kalih dari TV. Uiii aiii..dalam hari lagi dah pandai menonton peti telebisyeennnnn.


Eh ada lagi perangai Aidi yang kiut tau. Dia suka senyum time tengah nak cari cari tiun nak tido tu. Kadang aku rasa dia bukan senyum kat aku pun,tak tahulah dia senyum untuk siapa. Adalah tu "siapa siapa" yang agah dia. Yang penting Aidi comel sangat bila tersenyum. Dengan lesung pipit kiri kanan dia tu..Uiii nak ku cubit-cubitan senggol-senggolan jek. Pastu kadang tu Aidi siap tergelak hik hik hik lagi. Gelakkan apa?? Mata terpejam nak tido tapi boleh tergelak bahak-bahak. Tak paham mama.


Sekarang ni aku dah setel dah masalah Aidi kuat nyusu tu. Since ramai yang bagi pendapat kat entri sebelum ni which is aku nak ucapkan banyak-banyak lah terima kasih. So sekaran ni kalau Aidi nak susu je aku bagi. Tapi aku akan make sure betul-betullah yang dia memang nakkan susu. Kalau nanges sebab lain, takyahlah sumbat susu pulak kan. Pastu kuantiti susu pun aku dah tingkatkan. Dulu bagi 2 oz sekali minum. Mana cukup kau budak nak masuk sebulan minum 2 oz. Aku tengok kat kotak susu Anmum tu tulis baby umur 3 - 4 minggu minum 3 oz sekali minum. Kalau 1 bulan - 2 bulan minum 4 oz. Ceh, patotlah Aidi asik ternganga nganga mulutnya macam burung tak cukup makan. Rupanya mama silap percaturan. Heh.


Aidi sangat suka tido meniarap.Aku start bagi dia tido meniarap masa umur dia nak masuk 3 minggu camtu. Kalau dia tido niarap, boleh lena membawak ke 4 5 jam tau. Lena amat. Pastu ajaibnya lagi dia mampu je nak kalihkan sendiri kepala dia paling ke kiri ke ke kanan ke ikut mana dia selesa. Memang sah, tulang Aidi ni kuat. Tengkok dia pun 70% stabil dah sekarang. Alhamdulillah.



Aidi dah nak sama panjang dengan Lamaze worm dia. Worm tu panjangnya 60 cm. Adakah Aidi pun dah cecah 60 cm?? Esok kita akan tahu. Hehe



Aidi sekarang dah boleh tido lama sikit waktu malam. Eh bukan lama sikit, tapi boleh kata lama banyak. Paling sikit dia akan tido 4 jam sebelum terjaga nak susu, then sambung tido lagi sampai ke pagi. Ada satu hari tu aku tidokan Aidi dalam kul 1.30 pagi, bajet-bajet Aidi akan terjaga nak susu dalam pukul 4 5 pagi. Pastu aku pun tido la sekali. Sedar-sedar je dah pukul 7.30 pagi!! Cepat-cepat intai Aidi dalam playpen dia takut-takut anak jadi apa ntah sebab mama terlajak tido sampai ke pagi. Sekali tengok elok je comel Aidi lena lagi. Tak menguit langsung. Lena. Dekat pukul 9 pagi baru dia terjaga sebab itu adalah time dia mandi. So cer kira berapa jam dia tido??

6 jam direct.

Pheww!! Heaven!!


Memang sampai sekarang dia tido agak lama waktu malam. Tapi nak mentidurkan Aidi adalah sangar bercinta. Payaaahhhh!!


Kadang dah sumbat 6 7 oz susu pun belum tentu dia nak lena.


Heh.

8 comments:

  1. orang tua cakap..baby sebulan masih tak ditutup hijab nyer..die masih ley nampak malaikat semua.. mungkin ngah main ngan baby tu kot..:)

    ReplyDelete
  2. wahh dah sebulan.happy 1 month old aidi rizqy. nama pon best.

    sy baru ajar bby saya tido meniarap. mmg lena sangat klu tido mcm tuh

    ReplyDelete
  3. wah aidi dah macam baby besar tido malam lama2..xde la mata mamanya mcm panda nnti =)

    ReplyDelete
  4. kjp jer dh sebulan..nk tgu kuar kemain lama..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Seronok tengok anak membesar di depan mata kan? Moga Aidi cepat besar...

    Entri terbaru di blog JR, jom baca: "Gambar Artis Wanita Yang Main Selak-Selak Kain Dengan Ipar Tersebar"

    ReplyDelete
  6. sekejap je kan??rasa cam baru hari tu je dok tegelak2 baca entry kisah birthing story baby aidi...haihh cepat jer masa

    ReplyDelete
  7. my haris pun klu idur meniarap memang lena gilerrr berjam2 hik2

    klu tido terlentang mesti xlena

    ReplyDelete
  8. pn,yong. tadi awak ada pi klinik ampang ye? mcm nampak awak td :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...