MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, January 14, 2012

Aqiqah Aidi

Aidi akan dikendurikan.

Hooyeahhh!!

Huhu.


Insyaallah 3 Mac depan aku akan adakan kenduri aqiqah dan cukur jambul plus berendoi untuk Aidi. Teruja hokey nak kendurikan anak. Dua tahun lepas membizi merancang untuk kendurikan diri sendiri. Sekarang turn anak pulak. Mengimbas kenangan betul.


Zaman sekarang ni nak buat kenduri aqiqah pun bukan boleh nak cap cap coi je planningnya. Koman-koman sebulan sebelum majlis dah kena memikir itu ini. Ini aku ni 2 bulan sebelum majlis dah bizi emel quotation kat bagai-bagai vendor segala.


Mana nak cari katerer.

Mana nak cari vendor buai.

Mana nak cari kanopi bla bla bla.

Mana nak cari kambing. Eh kambing la sebenarnya kena duduk kat list paling atas sebab kambing paling penting untuk aqiqah. Huhu.

Pastu nak perah otak nak pikir doorgift lagi.

Eh tak abis pening lagi, mana nak cari baju bersesuaian untuk Aidi gayakan pada hari kenduri tu lagi. Baju mama dah kira setel sebab baru je amik baju kurung baru kat tailor baru-baru ni. Hehe..mama punya baju jugak yang setel dulu. Biasalaaahhh!

Boleh tahan pening jugak nak kendurikan anak ni. Nasib baik mak aku banyak tolong. Kalau harap aku sorang...ke lautlah jawabnya.


So sekarang ni alhamdulillah dah setel dah bab-bab nak confirmkan order dengan vendor. Legaa mama nak oii!


Katerer:

Bab mencari katerer ni aku hantar quotation kat 3 vendor jugaklah. Sudahnya aku pilih 1 je. Eh memanglah kena pilih satu je, takkan nak pilih sampai 2 kan? Muakakaka!

Katerer yang aku pilih adalah Tanjung Rimau Agro Farm *tanjungrimauagrofarm.blogspot.com*. Wahhh nama kemain berimau lagi kan. Grrrrrrr garangnyerrr. Haha.

Aku pilih katerer ni sebab harga yang ditawarkan paling berbaloi. Maklumlah orang bajet tak banyak, kena pilih katerer yang harga pun tak banyak jugaklah. Huhu.

Tapi okeylah..dalam pakej tu aku dapat:

- 1 ekor kambing biri-biri masak BBQ. Siap live grill and servis lagi kat rumah. Pastu ada free garlic bread and mushroom soup dengan segala mak nenek sos cili mayonis semua.



- Nasik putih + 2 jenis lauk + 1 jenis sayur + tembikai/oren + air kordial

- 2 buah kanopi pyramid + scallop + kerusi meja + meja buffet + alas meja + kipas etc

- peralatan katering

- pelayan 2 orang.

Total harga pakej adalah RM2600. Oh ye, makanan semua adalah untuk 100 orang. Cukuplah 100 orang, kenduri aqiqah je pun. Esok aku buat kenduri kawen Aidi aku panggil 2000 orang. Huhu.


Buaian:

Vendor buaian ni kami amik balik vendor buai masa kenduri cukur jambul anak buah aku si Shaqil tahun lepas. Saja amik orang yang sama sebab dah tahu servisnya macam mana.


Masa kenduri cukur jambul Shaqil


Nama vendor adalah Wafri Collections *wafricollections.blogspot.com*

Ada macam-macam jenis buai kat Wafri ni. Nak buai jenis english style, jenis melayu style, india style, cina style eh tipu dah la tu kan. Haha.

Harga pun bagi aku berbaloi dengan apa yang kitaa dapat.

Sekarang ni lagilah tengah promosi kaw kaw punya. Pakej buai untuk Aidi baru RM350 je. Kalau bukan time promosi harganya RM500. Ohh jimat banyak tu. RM150 yang belen tu boleh ku buat beli baju baru untuk Aidi. Hehe.

Nak bagi tengok real picture of buai Aidi pun aku takde gambar lagi. Kita kasi tunjuk gambar ala-ala buai Aidi je la ye. Eh kasi tunjuk sipi-sipi je la. Bikin surprise. Heh





Doorgift:

Haa...tinggal doorgift je yang betul-betul belum confirm nak bagi apa. Selalu kenduri aqiqah orang bagi doorgift apa ek?

Aku dengan mak cadang nak bagi Surah Yassin dengan bunga pahar je. Pastu kat bahagian dalam kulit Yassin tu aku nak tampal lah sikit nama, tarikh, nama event semua buat kenangan. Itu boleh buat sendiri je pakai word, pastu print, pastu gam tampal. Jimat.

Tapi kalau agak-agak aku dah kaya nanti aku upah orang je la buat. Haha.


Aku berkenan kat satu vendor ni. Make A Wish Babies *makeawishbabies.wordpress.com*.

Diorang ada maik upah buatkan cover Yassin. Kat cover tu boleh letak gambar baby, nama, date event segala. Upah RM1.80 sekeping. Tapi surah Yassin tu harga lainlah kot.

Contoh gambar adalah macam ni.





Unik kan?

Tapi nampak macam kurang sopan pulak aku rasa letak gambar manusia kat muka depan surah Yassin. Ke takpe? Aku konpius. Kalau tanya orang tua-tua ni mesti mereka tidak akan bersetuju dengan idea begini. Hoh.

Takpelah..doorgift tu nanti-nanti boleh pikir. Yang tu uruskan sendiri je la. Habis semua benda kau nak hire orang buat amboiiii bukan main kaya lagi kau kan? Huhu.



Fotografer:

Mula-mula ada terpikir nak hire fotografer jugak. Ha kan dah kata aku ni kaya. Kah kah kah. Tapi bila sedar diri misekin terus delete hasrat hati itu laju-laju. Gambar nanti aku mintak tolonglah sepupu sepapat yang hebat-hebat menembak gambar tu. Kata masing-masing ada DSLR. Aku je yang belum mampu mampu nak beli DSLR sebijik. Sijil UPSR ye aku ada. Boleh pakai tak? Hahaha!


Itu je la perkembangan perancangan majlis aqiqah Aidi setakat ni. So far alhamdulillah planning berjalan dengan baik. Incik suami nampak macam takde sangat watak dia dalam perancangan ni sebab beliau memang tak reti pun. Beliau tahu angguk setuju jek. Kau nak order kambing golek ke kambing tak golek ke ada dia kesah? Haha.

Harap-harap incik suami dapat pulang ke semenanjung masa kenduri aqiqah Aidi nanti. Apalah makna aqiqah anak kalau si bapa jauh di Labuan.

Uhuk uhuk uhuk..

9 comments:

  1. wan, kite ade follow 1 blog-art cetera..tgok kat blog kite follow..dia buat personalised yaasin, menarik jugakla, tapi harga tak tau..try la...mana tau bkenan...

    ReplyDelete
  2. photog klu nk yg murah leh gak choose yg shoot,edit n burn saje. heheh. cube contact ni www.facebook.com/samfesto
    try2 mane tau leh dpt murah. ;))

    ReplyDelete
  3. Salam sis, nk tanya pasal tanjung rimau katering tu, sya ada gak mntak quotation n up harga dia mmg murah. Sya cuba gak google info/review dari org lain yg penah guna katering ni tp xde la. Nk gak la tau review dari org yg pernah pakai katering ni. Service dia ok ke x?
    Sis ada pngalaman dgn catering ni? Hrp dpt mmbantu.

    ReplyDelete
  4. Rosy...saya try jgk cari link tu di blog kamu..tapi tak jumpa pun.huhu..help me. =(


    Riza..Actually saya pun baru nak amik servis dia untuk majlis aqiqah 3 mac nanti. So far memang tak tahu lagi servisnya camne. Sama la, asa try cari review tapi ketidakjumpaan.huhu. Nanti bila dah habis majlis nanti saya buat review tentang katerer ni orait? =)

    ReplyDelete
  5. salam sis,

    nak tanya sikit... tanjung rimau agro farm tu kat area melaka ke?

    ReplyDelete
  6. ezayuazira..kalau tgk pada alamat diorang, ada dua..satu alamat melaka, satu negeri sembilan. Tapi diorang boleh je buat servis area lembah klang jugak. Takde caj penghantaran apa pun.

    ReplyDelete
  7. alamak wan..lupa nak check balik comment ni...ni url http://gadisjumaat.blogspot.com/

    tak taulah still sempat ke tak...hahha

    ReplyDelete
  8. http://www.facebook.com/tanjung.farm

    tanjungrimauagrofarm.blogspot.com/. Handphone, 0196857002 ..

    ReplyDelete
  9. traf catering..manis mulut je..aym grg berempah hangus & keras! bos nye x profesional langsung..ckp merapu..serik aku..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...