MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, January 13, 2012

Letak Tajuk " AIDI" Je Lah.

Eh eh..ada sorang reader nampak aku kat Klinik Ampang la semalam. Eh tentiba rasa malu pulak. Haha. Kenapa tak datang tegur..boleh aku bagi sign otograp sekeping dua. Ceaaa!! Bajet artis. Huhu.

Ya, semalam memang aku berbondong-bondong dengan mak and mama bawak Aidi pi Klinik Ampang untuk cucuk sebulan. Cucuk Hepatitis B kalau tak silap aku. Aku pun kena check up jugak, kena amik berat badan, amik HB, and urine test. Boleh tahan lama jugaklah kami anak beranak berteleku kat klinik tu. Sampai Klinik dekat jam 11, kul 1 lebih baru balik. Pheww!


Camne Aidi masa kena cucuk??

Ha ini lawak.

Tapi sebelum tu aku nak ucap tahniah la kat anak sendiri sebab sangat behave kat Klinik. Eh taklah behave sangat, ada minit-minit dia ek ek ek la jugak. Biasalah Baby. Tapi banyaknya Aidi men tido je kat pangku aku, sampai naik lenguh-lenguh tangan pangku Aidi.

Eh Aidi dah 4 kilo tau berat dia. Kira okla tu sebab Aidi lahir pun berat dia 2.68 kg je. Sebulan berat boleh sampai 4 kilo kira pencapaian membanggakan jugak lah tu. Ni sekarang pampers size newborn pun dah nak ketat. Kadang berbekas kat peha dia sebab pampers dah ketat. Padahal pampers newborn tu ada 100 keping lagi ni. Nak beli pampers size besar sikit tapi pampers yang selambak ni nak lanting kat siapa lah pulak. Jadi takpelah..pakailah dulu. Takdelah ketat sangat pun cuma dah tak longgar macam dendulu. Hehe.






Ha..nak citer time Aidi kena cucuk. Lawak pulak aku rasa. Sebelum masuk bilik cucuk tu Aidi baru lepas menyusu, jadi dia dah mula mamai-mamai gitulah. Dalam bilik cucuk tu dia terjaga bila aku hold kaki and tangan dia kuat-kuat. Nurse suruh pegang ketat-ketat sebab taknak baby bergerak masa kena cucuk. Nanti bahaya..buatnya jarum patah ke apa ke tak ke naya. Jadi bila dah kena pegang kuat-kuat gitu, makin meronta lah Aidi. Tau je la budak tu tulang dia camne kuatnya, sampai nurse pun terkejut tengok dia masik boleh gerakkan kaki even dah hold punya kuat. Aku ni mata dah pandang ke lain je, tak berani nak tengok peha anak kena cucuk. Ngeri rasanya. Tau-tau je nurse kata dah selesai. Aidi memang menjerit lah time tu sampai mama kat luar pun boleh dengar suara Aidi.

Ok takpe..biasalah tu baby menangis menjerit bial kena cucuk. Yang aku hairankan ni..elok je aku bangun nak keluar dari bilik cucuk tu, aku tenung muka Aidi..

eh eh..dah tido??


Iyeee....Aidi terus ketiduran 5 saat lepas kena cucuk. Tido lena pulak tu.


Hairaannnnnnyaaa.


Nurse tu bagi ubat tido ke apa? Huhu.


Lepas dah selesai hal kat Klinik, kami tak terus balik. Abis ke mana??


Ampang Point!!

Miahaha!!



*off to Ampang Point..tapi saya nak tido dulu lah.*



Bajet-bajet tempoh berpantang aku 30 hari je la kan. Genap sebulan moh kita berjimba jimba. Haha.

Letak Aidi dalam stroller dia. Diam je dia kat situ. Kitorang pun berjalan lah. Niat nak mencari hadiah buat anak buah aku si Shaqil, besday dia setahun 16 Januari ni. Jadi kenalah bawak Aidi sekali sebab nak suruh Aidi pilihkan sendiri hadiah apa nak bagi kat cousin beliau tu. Haha.


Malangya...


Baru jalan beberapa langkah, peluh pun tak sempat nak muncul. Berlaku insiden mem panikkan.

Aidi berak!!

Eh kalau berak biasa biasa tu aku takdelah heran sangat. Normal la tu anak berak kan. Tapi ini berak yang sampai taikknya keluar habis kena alas stroller, habis kena baju, kena stokin.

Huahuahuahua!! Panik panik panik!!

Laju-laju tolak stroller cari lif sebab toilet ladies kat tingkat atas. Aidi pun dah kuak kuak kuak dah tak selesa badan berlemuih denga kotoran degil. Nasib baiklah aku ada bawak baju, pampers, barut, wet tissue, changing mat apa semua. Cuma stokin je lupa. Tak pasal-pasal Aidi dapat hadiah stokin baru dah pah beliau di hari jadi bulanan beliau. Sajaaa la tu nak berak segala, padahal nak stokin baru. Huhu.

Sudahnya apa hadiah pun tak sempat beli. Aidi meragam je nak susu lah nak tido la nak dodoi la.

Last-last kitorang transit kejap kat KFC bagi Aidi susu and bagi dia tenang dulu. Pastu sempatlah aku pun pekena KFC sekali kaaaaann. Kata dah pantang 30 hari. Apa ada hal makan KFC. Muahaha!!


Pastu balik rumah terus demam.


Serius, aku demam semalam. Badan rasa sejuk panas sejuk panas jek.

Breast pulak dah bengkak sebab lama dah lebih 6 jam tak pam susu. Balik rumah terus pan susu laju-laju pastu pakai sweater, pakai stokin, amik selimut, selubung sampai tengkuk pastu tido. Bangun tido barulah lega sikit. Alhamdulillah.


Mak kata aku ni kena bentan la ni.


Bentan??


Apakah bentan??


Ingat budak baru lepas sunat je selalu kena bentan.


Orang berpantang pun ada eh?

3 comments:

  1. awal2 jgn kuar jenjalan lg..i pun simpan je niat nk kuar beli bj si aqib...huhu tgu besar skit.. lg 2 weeks ke

    ReplyDelete
  2. nana pun deman... tp oklah x kena cucuk...wani after 30 hari berjalan cr makanan yg best.. kira cam jalan2 cari mkn... balik 2 terus deman panas sampai mengigil.. langsung x boleh dukung danial.. g hospital kena cucuk kat buntut... sakit ..

    ReplyDelete
  3. tu bentan la namanya, betul la mak yong ckp. xmoh kuar lg tau pasni..da abs ari pon xleh lasak2.ok yong.
    naseb kne demam je, ada kwn june kne cirit smpi lembik.bentan adalah bahaya utk ibu lps bersalin. tc.
    ouh! aidi mmg sehat, sebulan da 4kilo, nmpk sgt susu mama lazat berkrim.hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...