MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 8, 2012

Ini Namanya Berpantang Secara Moden

Hai!!

Berkenaan entri yang lepas, tak sangka pulak rupanya ada jugak pembaca blog ni yang senasib dengan aku. Dan tentiba aku jadi bersemangat waja balik nak keep on breastfeeding Aidi even tak secara fully apalagi ekslusif. Dan walaupun cuma menggunakan botol susu. Tetap kena set mind..everyday tetap kena pam pam pam pam...demi Aidi. Huhu. Eh sekarang ni baru discover yang horlicks boleh bantu aku tingkatkan production susu, susu pun jadi lebih pekat sama macam masa mula-mula breastfeeding dulu. Cayalah ho ho ho horlicks!!

=)

Sebenarnya entri kali ni nak lunas satu hutang entri.


Entri tentang Berpantang

Walaupun aku ni berpantang takdelah ketat mana. Boleh kata tak ketat langsung. Tapi nak share jugaklah mana yang boleh share. Tak dapata banyak mungkin sikit boleh bantu kawan-kawan yang tengah cari info tentang berpantang ni.


Oh lupa..sebelum pape, nak bagitau dulu yang entri ni adalah based on pengalaman aku and pendapat peribadi aku. Jadi mungkin ada beberapa statement yang bukan fakta..tapi auta. Hahaha..gila.


Nak mula dari mana ye? Aku ikut mana yang terlintas dalam kepala dulu la ye.

1) Set Bersalin

Keperluan berpantang ni yang paling penting adalah set bersalin.

Aku guna set bersalin Amway. Mulanya dulu nak beli set bersalin Nona Roguy, tapi tentiba tak jadi bila mak suggest guna Amway. Sebelum beli aku adalah study sikit tentang produk ni. Ada yang kata Amway ni bagus untuk ibu yang fokus pada penyusuan susu badan sebab produk ni hanya guna herba berasaskan tumbuh tumbuhan sahaja. Organik la gitu. Tapi kalau kita fokus untuk turunkan berat badan lepas bersalin, Nona Roguy is better. Ini maklumat yang aku dapat lah.

Pengalaman aku guna Amway..

- herba mandian and cucian miss V sangatlah best. Senang pun senang nak sediakan. Kau rendam je uncang herba tu dalam air panas, pastu campurlah sikit air sejuk sikit bagi air jadi suam suam kuku gitu pastu mandi la lalalalalala. Best. Segar je rasa. Herba untuk cucian miss v pun sama. Terasa segar dan bersih lepas guna.


- Pilis dan param. Jujurnya aku tak guna langsung param Amway ni. Bukan apa, aku tak konfiden nak pakai param sebab aku selalu kendong kendong Aidi. Risau pulak kalau param tu melekat sama kat badan dia. Naya je anak aku hangat badannya nanti. Jadi sebagai ganti param, aku guna losyen mustajab tu. Panas jugak kan? Cuma dia cepat meresap pada kulit.

Pilis..ada jugaklah aku pakai. Tapi tak selalu. Kan dah kata, aku ni bukan berpantang sangat pun. Lagipun aku takdelah rasa efek best sangat pakai pilis tu. Tepek tepek kat dahi, tunggu kering dalam sejam pastu basuh. Aku tengok sebelum and selepas guna sama je. Huhu.

- Bengkung..biasanya kalau beli set amway ni kita akan dapat sekali bengkung yang style tali kena ikat tu. Memang itu je la satu-satunya bengkung yang aku ada. Mula-mula nak pakai tu memang hazab jugaklah sampai dua tiga orang kena tolong pakaikan. Hoh. Lama-lama dah pandai sikit dah okey dah sampai incik suami pun dah terer ikatkan bengkung kat aku. Memang masa dia ada kat Ampang ni dulu dia la tukang pakaikan bengkung untuk aku tiap hari. Lebih romantik gitu. Miahaha!

Tapi pada aku bengkung tali ni leceh sikit la. Sejam pertama pakai okeylah lagi..bengkung elok je duduk kat badan. Lama kelamaan mulalah ada tali yang melurut ke atas, ada yang ke bawah, pastu bengkung berlipat-lipat. Hurmmm..rasanya ikatan tak cukup ketat kot. Kalau ikat ketat sangat kang mahu aku tak bergerak langsung pulak. Hehe.


- Jamu..ha ini best. Amway ni takde jamu jamu yang jenis kena bancuh bancuh tu. Semua dalam bentuk pil kecuali herba tea. Teh tu kena la dibancuh baru minum. Yang lain dalam bentuk pil. Ko telan jek. Tak gaduh nak rasa pahit ke apa ke. Senang. Yang aku perasan, pil lepas bersalin amway ni membantu jugak untuk banyakkan susu. Tapi dalam masa yang sama pil tu akan efek pada taik baby. Mungkin bergantung pada baby jugak kot. Macam Aidi, lepas aku makan pil tu, dia berak macam cirit. Cair betul. Risau pulak aku. Last-last aku kurangkan doa pil tu. Kalau kata sehari kena telan 4 biji, aku telana 2 biji je. Cukuplah.


- Minyak mama and baby...yang ni paling best and berbaloi. Lagi-lagi minyak baby tu. Aku tak payah nak beli minyak yuyi ke minyak kayu putih ke minyak kayu apa pun tak payah dah. Aku guna je minyak baby yang ada dalam set bersalin tu. Memang bagus minyak tu. Aidi setakat ni alhamdulillah langsung tak pernah kembung perut. Tambah lagi Aidi boleh tido lena lepas aku sapu minyak tu kat perut and tapak kaki dia. Aidi ada bisik-bisik kat aku..dia kata.."selesanyaaaa mamaaaa". Hehe.


Kesimpulannya aku bagi 3.5 mata dari 5 mata untuk set bersalin Amway ni.


2) Menu Berpantang

Ha...bila cakap tentang pantang, mesti dah terbayang yang itu tak boleh makan, ini tak boleh makan, habis apa yang boleh makan??

Huhu.

Nurse ada pesan, kalau kita menyusu badan, jangan pantang makan ketat sangat. Tetap kena amik makanan seimbang. Daging, ikan, ayam, sayur, buah semua kena makan. Cuma janganlah makan makanan yang terang-terang boleh mudaratkan ibu dan baby contohnya nangka sebab berangin. Kalau bab makanan yang gatal-gatal tu aku rasa bergantung pada badan individu tu jugak. Macam aku, ayam aku boleh je makan. Tak gatal. Telur pun ada jugak aku try-try makan..tapi makan ada efek gatal-gatal sikit, jadi hentikan.

Menu makan aku dalam pantang simple jek.

boleh kata tiap kali waktu makan mama akan sediakan nasik panas untuk aku. Lauknnya ikan bilis goreng tanpa minyak bubuh lada hitam sikit. Kadang-kadang mama gaul dengan kentang yang digoreng sama. Sedap. Krap krup krap krup bunyinya bila makan.


Ada masa lain mama masakkan hati masak kicap campur lada hitam. Tak kiralah hati ayam ke hati lembu ke. Dua-dua pun feveret aku. Jadi memang berseleralah aku makan kalau itu lauknya.

Lama-lama aku dah mula makan ikan kukus, ayam masak halia,sup ayam sampailah sudahnya aku bedal je kari lah sambal lah. Haha. Kan dah kata...aku tak berpantang sangat. Hehe.

Oh ada satu benda nak share.

Mama kata masa berpantang, kita makan tak boleh bertambah nasik. Kalau dah habis nasik dalam pinggan tu habislah. Tak boleh tambah lagi. Jadi selalunya aku akan bubuh nasik banyak-banyak. Kalau tak habis, letak tepi. Kalau tak cukup, bedallah sampai licin. Huhu..manalah tak gemuk.


3) Berurut

Ini pun penting. Berurut itu wajib paling tidak 3 hari pertama. Kalau dapat buat lebih lagi bagus.

Aku berurut dengan sorang kakak ni. Aku panggil Kak Tina. Dia memang amik job mengurut orang lepas bersalin ni. Kak Tina ni urut memang perghhh!! Sedap. Nak kata sakit sangat pun tak, tak sakit sangat pun tak. Kira sedaplah. Selalunya aku memang terlena bila time berurut ni.

Kak Tina ni dia urut full body la. Sekalu dengan bertungku sekali dengan pakai bengkung sama. Dia ikat bengkung ketat betul wehhh..macam pakai kimono je aku jalan. Haha.

Aku nak share nombor fon Kak Tina ni kat sini tapi malangnya fon aku rosak, terpaksa beli baru. Maka no fon yang ada dalam fon lama pun hilang sama. Kalau ada yang nak jugak no fon Kak Tina ni boleh la emel atau pm aku kat fesbuk. Nanti aku usahakan bagi. Kak Tina ni rumah dia kat area Kg. Pandan/Maluri camtu. Kalau nak dia datang rumah, kena amik hantar dia lah. Boleh jugak dia naik teksi..bagi alamatlah.


4) Pakaian.

Masa berpantang standardlah ibu-ibu baru semua sama je uniformnya.

Kain batik dan t. shirt.

stokin

rambut ikat sanggul tinggi ketat ketat.

Pakai sweater *aku tak pakai pun*


Rasanya bab pakaian ni takde hal sangat. Kau nak pakai apa pun pakailah..jangan terdedah sangat dahlah takut masuk angin. Bagi aku, pakai stokin and ikat rambut tu penting. Sampaikan bila dah habis pantang aku jadi macam kekok bila dah tak pakai stokin dalam rumah lagi. Rasa sejuk betul tapak kaki. Jadi pakailah stokin. Beli je stokin 99 sen kat Giant tu. Comel pun comel..warna warni. Hehe.


5) Mneguruskan anak.

Hohoho...ini memang terrible sikit.

Dalam hari-hari awal lepas bersalin biasanya bdan kita memang lemah lagi. Anak pulak baru nak sesuaikan diri dengan dunia yang fana ni. Jadi memang dua-dua akan "meragam". Kalau ada suami/mak/mak mentua/ ahli keluarga keliling kita Alhamdulillah la. Boleh jugak membantu. Tapi kalau kau seeokor diri kena uruskan anak dalam pantang memang cabaran.


Macam aku..seminggu yang pertama lepas lahirkan Aidi memang aku dilayan macam tuan puteri la jugak. Hehe nak jugaaakkk.

Time tu memang sorga.

Kau celik je mata..mak dah sediakan air mandian aku. Nasib baik mak tak ofer nak mandikan aku sekali. Haha.

Lepas tu mama pulak dah hidangkan breakfast untuk aku makan.


Lepas tu tengok-tengok..eh eh, bakul baju kotor dah kosong. Rupanya mak mentua dah tolong basuhkan. Dengan anak-anak baju pun habis semua mak mentua tolong basuhkan. *malu*

Aidi pun ramai yang uruskan. Ada yang bagi mandi, ada yang bagi susu, ada yang dodoikan..pendek kata aku kadang sampai takde peluang nak pegang anak sendiri pun. Ramai nau "mama" Aidi kat situ. Huhu.

Tapi masuk minggu seterus-seterusnya..bila mak mentua pun dah balik ke kampung, mak pun dah mula keje, incik suami pun dah balik Labuan..tinggallah aku kontang kanting menguruskan anak. Time tu memang kelam kabut lah aku. Nak betungku berbengkung pun kadang ter miss. Kalau sempat..buat. Tak sempat..bye bye je lah. Aidi lagi penting dari cubaan nak dapatkan bentuk badan solid molid tu. Huhu.

Pendek kata dalam pantang ni bukan persediaan fizikan je kena ada. Persediaan emosi pun kena mantap.

Kalau tak...


Ada jugaklah kes di mana mama dan baby sama-sama menangis jam 3 pagi gara-gara anak payah nak tido. Huhu.




Hapdet terkini:

Ini nombor telefon Kak Tina tukang urut tu.0172333065. Siapa-siapa yang tengah cari tukang urut bolehlah try call. Eh, aku takde amik komisen tau. Huhu.

2 comments:

  1. yong... wanie nak no. tel kak tina .. boleh x???

    ReplyDelete
  2. Sy jga ada myediakan pkhmatan ibu slpas bersalin..dr ibu bayi dan mknan berpantang..berminat bleh col atau whatapp sy 0126383021

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...