MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 22, 2012

Terima Kasih Aidi.

Selalu kita dengar seorang ibu boleh baca isi hati anaknya. Kan?

Mak aku pun terer bab bab baca isi perut anak ni, kadang tak payah cakap pun dia dah tau dah. Ingat lagi dulu masa sekolah teknik duduk asrama, henfon manalah nak glamer lagi tahun 2001 dulu, jadi susah nak contact. Tapi hati dok teringin nau makan KFC *tak habis-habis KFC*. Tup-tup mak datang melawat bawak seplastik KFC. Sumpah gembira masa tu.


Itu cerita mak yang superb baca hati anak.


Semalam, macam berlaku kes anak pandai baca isi perut mak.


Aku memang serius penat sangat semalam. Minggu ni setiap hari aku kena balik lambat sebab sibuk nak training budak pantun. Pesta Pantun minggu depan dengan sekolah aku jadi tuan rumah. Memang berdabel bizinya. Tambah pulak semalam ada aktiviti ko-kurikulum..triple letihnya. Jadi keluar pintu pagar sekolah tengok jam dah dekat pukul 5 petang. Sekolah pun dah sunyi dah time tu.

Balik sekolah, terus amik Aidi.


Sampai rumah aku terus pass Aidi kat abahnya. Aku dah kong sangat dah ni. Nak lelap kejap. Jaga-jaga dah pukul 6. Nak maghrib dah kat Labuan ni.


"Abang dah tidokan Aidi, ada atas katil. Abang pergi kerja dulu k."


Ohh incik suami kena kerja malam. Lupa pulak aku. Jadi berdua je la aku dengan Aidi malamnya. Mesti letih sebab assistant dah takde.


Sementara Aidi tido aku mandi, kemas-kemas rumah, makan semua dulu. Nanti Aidi bangun memang tak jadi kerja.


Sampai jam 7.30 Aidi tak bangun lagi. Dekat pukul 8 baru dia terjaga.


Mintak susu.


Aku bagi susu...kendian dia terlena balik.


Aik?? Tido balik??


Aku pun apalagi. Mata dah memang ngantuk, badan penat. Jadi amik kesempatan tido sama-sama Aidi. Kunci jam pukul 9 konon nak tengok On Air.


Sekali bila terjaga....


12.30 malam!!

Tengok sebelah..eh Aidi pun sama terjaga.


Kedaung dua beranak.


Aidi jaga..nak susu lagi. Bagi susu, tukar pampers. Kendian...


Dia tido balik.


Hahaha!!


Aku pun apa lagi kan?


Sambunglah tido balik....tido sampai pagi.


Tentiba terpikir..gamaknya Aidi tahu yang mamanya letih. Jadi dia pun sama buat-buat letih dan tido memanjang sepanjang malam.


Kalau dia berjaga...nanti mama mesti penat nak layan dia main, layan dia sembang, layan dia meraung, layan cubaan-cubaan meniarap terlentang dia segala.


Gamaknya mungkin betul, Aidi boleh baca isi hati aku.


Terima kasih Aidi anak mama kerana bagi mama tido 9 jam malam tadi.


Legaaaa...

2 comments:

  1. bestnya dpt tido lelama mcm tu.. :p

    ReplyDelete
  2. umar dengan ayah dia baru boleh lena..kalau dgn ibu jangan harap nak tido awal..kena main2 dulu baru boleh tido..tapi kalau dia isap tangan cepat je lena..haish

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...