MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 1, 2012

Pesta Pantun Punya Cerita.

Dua minggu pertama naik kerja yang amat meletihkan. Bizi!

Faktor utama bizi adalah pesta pantun sekolah-sekolah menengah W.P Labuan. Sekolah aku pulak tu jadi tuan rumah. Hadoi! Entahlah macam mana tahun ni boleh pulak terpilih jadi guru pembimbing pasukan pantun. Nasib baik bukan sesorang diri, ada 2 lagi cikgu yang membimbing pasukan pantun sekolah tahun ni. Paling lucky salah sorang dari cikgu tu merupakan pemantun USM masa zaman beliau study kat U dulu. Aku dengan sorang lagi cikgu ni cuma pemantun sekolah sajork. Sekolah pun tahun berapa? Lamaaaa dah tinggal pantun memantun ni.


Latihan bermula kurang seminggu sebelum pertandinga. Memang Gila. Dengan pemantun pun baru nak select, tambah pulak 4 orang dari 5 pemantun memang takde pengalaman langsung pergi pesta pantun ni. Memang zero.


Awal-awal latihan memang aku dah cuak dah. Budak-budak ni baca pantun pun nada masih lagi nada kita baca pantun buah cempedak tu. Memang fail. Belum lagi tengok depa buat pantun lagi. Lagilaaahhh! bagi 5 minit pun belum tentu siap serangkap pantun. Masa pertandingan masa yang diberi untuk membeli dan menjual pantun hanyalah 60 saat. Ate camane??


Jadi jawapannya adalah training training training! Pagi petang siang malam adalah training. Bukan budak je kena training..dengan cikgu-cikgu pembimbing sekali. Jadi selama seminggu ni memang lewat petang baru aku dapat amik Aidi dari rumah mak long dia. Pastu malam, jam 8 camtu dah kena keluar lagi pergi train budak-budak.


Aidi macam mana??


Abahnya lah jadi baby sitter. Huhuhu. Nasib baik ada incik suami yang sangat memahami dan memberi sokongan 120 peratus. Kalau suami kata "NO"?? Nak kata apa kan?


Jadi berlatihlah kami anak beranak secara intensif. Sampai Mc D pun jadi port berlatih. Tapi Mc D kat Labuan ni ada sebijik jek, jadi agak crowded, tukar pulak port latihan ke gerai makan jek. Cari pulak gerai yang tak ramai orang. Privacu sikit. Balik latihan malam-malam mesti tak kurang dari jam 11 malam. Balik-balik tengok Aidi pun dah tido. Kenkadang incik suami pun dah tido. Kesian sangat...


29hb..Khamis. Pertandingan bermula.

Sekolah aku..SMK Mutiara lwn SMK Lajau.




Muka-muka pemantun sebelum pertandingan start. Muka ala sinyum...tapi dalam hati bergempa bumi gamaknya. huhu.


Keputusannya??


Kami menang!! Yeay!!


Kalau iktu jadual perlawanan, kalau kami menang, terus pergi semi final. Bila?? Esoknya..Pergh!!


Semi final...SMK Mutiara lwn SMK Pantai.






Sebelum pertandingan, aku memang cakap dengan budak-budak harapan kita 50-50 je. Maklumlah, semi final kan..jumpa dengan pasukan yang sama hebat sebab sama-sama dah menang kat pusingan awal. Jadi just all out. Tapi jangan over konfiden.


Sekali bila pertandingan dah mula....aku pulak yang macam over konfiden sekolah boleh menang. Hahaha! Tapi betul apa..we won!!


Jadi esoknya kami akan ke final bertemu SM St Anthony. St Anthony ni juara bertahan ni wa cakap sama lu. Tahun lepas depa wakil Labuan pergi peringkat kebangsaan boleh sampai semi final tau. Jadi memang lawan besar ni. Memang menggerunkan. Terasa sangat kami ni macam semut merah..depa tu gajah besar. Huhu.


Tapi takpe..takpe. Pantang menyerah katanya. Gajah ke king kong ke kita kasi lawan jugak. Jadi latihan malam tetap ada malam tu. Latihan paling intesif sampai pukul 12 malam. Tentiba jugaklah aku jadi berani driving malam-malam. Selalunya aku memang kurang yakin nak drive malam. Tapi demi bebudak pantun..cikgu relaaaaa.







Sebelum pertandingan. Tersenyum dalam debaran.


Baju budak-budak ni kami main hentam je ni. Sekolah memang takde koleksi baju pemantun sekolah sebab memang sebelum-sebelum ni sekolah aku tak pernah sampai final pun. Selalunya pusingan awal dah kalah. Tahun ni ajaib sikit. Jadi baju ada;ah takde. Terpaksalah kami cikgu-cikgu pembimbing ni buat muka seposen mintak pinjam baju melayu pasukan nasyid, mintak pinjam sampin hak milik pendidikan khas, pinjam capal pasukan kompang bla bla bla. Dan nasib baik semuanya macam dipermudahkan. Dapatlah jugak bebudak ni berbaju sedondon. Kalau tak...kita pakai baju sekolah je la ye anak-anak. Heh.






Semasa pertandingan.



Muka memang masing-masing ketat. Cuak lettew!


Walaupun jumpa pasukan gergasi, aku kagum jugak dengan pasukan pantun ni..depa melawan la jugak. Dengan pusingan pengenalan yang mantap, memang mampu buat pemantun lawan berubah muka. Kena saiko lettew.


Pantun-pantun yang dijual memang killer-killer. Banyak jugak pantun yang tak dapat dijawab tepat. Tapi pasukan lawan mantap dari segi gaya bahasa. Kosa kata diorang memang mantap banding bebudak aku. Yela..mana nak lawan pasukan yang dah praktis berbulan-bulan dengan pasukan yang praktis beberapa hari je. Huhu.


Jadi keputusannya kami tewas. Cuma naib juara.

Tai bagi aku, dapat ke final pun dah kira kemenangan bagi pasukan pantun. Mana pernah smk mutiara cipta nama dalam arena pantun ni, inilah kali pertama. Tambah membanggakan diorang berjaya ke final sebagai tuan rumah. Memang cikgu bangga!


Lepas ni,pasukan pantun ni akan diberi latihan berterusan sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai persediaan ke pesta pantun 2013 tahun depan. Aku macam ada sikit yakin yang tahun depan, pasukan pantun SMK Mutiara mampu bergelar juara.




Juara Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah W.P Labuan 2013.


Percayalah.


Heh.

1 comment:

  1. Kain warna lipat atas para
    Tahniah kerana dapat Naib Juara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...