MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 28, 2012

Kalau Aku Bagi Aidi Makan Karipap.........

Semalam besday anak buah incik suami yang ke 2 tahun. Jadi Mak Long Aidi adalah buat small party sikit untuk raikan anak dia. Nantilah aku tepek gambar-gambar besday party tu. Sekarang ni aku nak citer satu story yang terjadi masa party tu.

Adalah sorang tetamu majlis ni...member incik suami. Ada baby sebaya Aidi, muda 6 hari je dari Aidi tapi berat badan memang dia lah menang. Haha.

Jadi macam biasalah, bila 2 orang mama dah bertemu, tambah pulak ada masing-masing ada baby yang sebaya, maka rancaklah kami borak.

Borak punya borak punya borak bla bla bla sampailah masuk topik makan. Err maksudnya makanan baby.

Ini aku tak tanya pun, tapi dia sendiri yang bukak cerita.

Katanya...

Dia dah bagi baby dia makan start dari dalam pantang lagi. Dia campur nestum dalam susu and bagi guna botol. Perghh!! Dari dalam pantang tu. Tapi takpe-takpe, aku denagr je. Aku pun mommy baru, jadi malas nak komen lebih-lebih. Tapi aku ada tanya kat dia, camne dia boleh nak terbagi baby dia minum nestum tu? Kata dia, masa dalam pantang dulu baby dia asik nak nyusu jek *susu formula*. Selang sejam, susu. Selang sejam susu. Jadi mak dia kat kampung nun cadangkan campur nestum dalam susu bagi baby kenyang. Resultnya?? Yes, baby dia tak kerap nyusu dah.

Sampai sekarang baby dia minum susu campur nestum. Plus ada lagi yang lebih advance. Jeng jeng jeng..

Sebelum tu, aku admit..yes, aku dah bagi Aidi solid food masa Aidi genap 5 bulan haritu. Tapi aku cuma bagi buah sahaja. Cubaan nak bagi sayur bayam pun tak berhasil sebab Aidi memang serupa mama dia, tak makan sayur hijau. Jadi menu Aidi setiap hari adalah buah dan buah. Aidi suka carrot, suka epal, suka carrot+epal, dan sekarang dia tengah makan pisang. Dah 2 hari makan pisang dan nampaknya pisang adalah favourite Aidi. Ok dah. Melalut jauh ni.

Member sorang tu pun kata dah bagi anak dia makan. Maknanya makan solid food. Tapi solid food dia adalah sangat mengerikan aku.

Katanya...

Kalau pergi KFC, baby dia boleh habiskan small whipped potato sorang diri. Ok fine, itu biasa kita dengar. Potato is ok for baby tapi dengan syarat without gravy. Aku tak tahu dia bagi dengan gravy sekali ke tak tapi cara dia cerita pun macam bagi sekali.

Kalau makan Pizza Hut pulak, anak dia makan sekali sosej yang ada kat atas pizza tu. Tapi dia atau husband dia dah kunyah-kunyah dulu lah bagi lumat then suap kat anak.

Pastu dengan bangga lagi bagitahu yang pagi tadi anak dia habiskan sebiji karipap!!

O M G!!

Walaupun dia kata dia dah kunyah-kunyah dulu karipap tu bagi lumat, tapi hati aku tetap kata O M G. Huhu.

Paling buat aku terkedu bila aku nampak dia dan husband dia tekun suap jelly sumi tu ke mulut anak dia.

Sumi??

Yes, memang sumi lembik-lembik, sedap tentunya.

Tapi......ah malaslah nak check ingredients dia ada apa.

Aku seriau.

Tapi aku tak berani nak komen apa-apa. Sebab mereka lebih berhak atas anak mereka. Kang aku cakap macam terer sekali aku pun dua kali lima.

Jadi sekarang aku tahu, entri ini bukan untuk mengutuk tindakan sesiapa, tapi lebih kepada ingatkan diri aku sendiri.

Selagi Aidi belum capai 6 bulan, hanya homemade solid food sahaja akan masuk perut Aidi. Itupun cuma buah/sayur. Meal time pun cuma sekali sehari walaupun aku tengok anak aku tu nafsu makan dia macam bapak dia dah.

Haha!

    

4 comments:

  1. uish..ganas btol ..anak br 5 bln da mcm2 die sumbat..anak sy br 5 bln gak, mude skit dr aidi, sy penah bg puri pisang, 2 pon lpas bace blog awk pasal bg solid food kat aidi..
    sy pon try gak, n my baby like it..
    sy cume brani bg sehari skali je, da 6 bln ti br ikut jadual yg btol..

    ReplyDelete
  2. ngerinyeee...

    mak dulu pn sama dia cakap baby lahir je (kitorang lah tu) trus dia sumbat makanan sbb dia kata nampak mcm lapar.ngilu kakak ipar dengar.. pastu kakak ipar explain takleh bg solid food b4 6months, trus dia yg ngajar anak2 dia, jgn bg makanan..

    ReplyDelete
  3. Baby saya pernah makan whipped potato masa umur 3months++. Haha, tapi sikit je la, sebab adik( budak umur 10tahun) dia terbagi.. dia cakap kesian baby lapar.. nak kepsi jugak. Adeh~ Lawak betul.

    ReplyDelete
  4. owh my,mg seriau dgr cite awk tu,sy pn penah experience mak2 sumbat anak mcm2,since dulu b4 kawen sy selalu ikut mak ke gerai,kt situ leh tgk mcm2 gelagat org,ade yg sumbat anak ngn bihun sup,durian,murtabak,n etc..aiyo perlu ke nk share every single meal yg kite mkn dgn anak..udahle anak tu br 5-6bulan,bwkla biscotti ke ape bg dia mkn...seriau bile pikirkan psl usus baby yg kecik tu disumbat pelbagai jns mknan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...