MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 2, 2012

Membongkar Hadiah Sang Suami...Dan Isteri.

Tak habis-habis lagi cerita anibeseri ni. Tarikhnya belum lagi sampai, tapi kecoh dah lebih. Haha.

Anibeseri tak jadi sambut hari ni. Hari tu kan kata nak sambut awal kan, dah tak jadi. So kita sambut hari Isnin lah, ngam-ngam 4 Jun. Ala..sambut apalah sangat pun, just pergi makan jek. Makan pun entah-entah kat gerai jek. Biasalah kami....asal perut kenyang, hati senang sudahlah.

Semalam, balik dari hunting for hadiah, terus jek buat acara bagi-bagi hadiah. Aku dari kat Ujana lagi dah nampak incik suami dok jinjing beg plestik cap parkson, tapi sumpah aku tak tahu apa isi dalamnya. Hati aku teka hand bag. Wahhh..nak hand bag rupanya. Kui kui kui.

Hadiah dari aku pulak aku sorok dalam diaper bag Aidi. Nampak nau benda kecik cenonet sampai boleh sorok dalam beg anak. Haha.

Mula-mula incik suami punya turn bagi hadiah kat aku. Dia suruh katup mata guna tapak tangan. Ceh, nak lomantik lettew.

Aku pun tutup lah mata dengan eksaitednya.

Dengar bunyi plastik apa semua. Tentiba rasa benda berbulu atas riba.

BERBULU???

Apakahh??

Cer teka cer teka..


Haha!























Daa!





Teddy bear!!

Hohoho!

Aku terkesima.

Zaman-zaman bercinta dulu takde pulak nak bagi aku teddy teddy ni, alih-alih dah anak sorang barulah anak rasa nak bagi. Haha.

Aku suka. Walaupun dah masuk kategori makcik-makcik tapi aku tetap pencinta teddy bear.=)

Incik suami kata nama teddy ni "Boo boo". Tapi bukan bubu tangkap ikan tu. Haha! Iye, iye tau..ini bukan bubu tangkap ikan.

Pastu katanya lagi, dia pilih bear ni sebab ada tulis "LOVE". Ceaa..nak cakap I love U pun nak kena guna bear ke bang oii? Comel lah kamu.

Pastu dia huraikan lagi...katanya bear kecik yang ada kat love shape tu adalah aku, Boo boo tu pulak adalah dia. Jadi kesimpulannya dalam hati dia, dalam cinta dia hanya ada aku. Ohhh lomatik sungguh lakiku. Pitamm!! Pitamm!!

Pastu lupa pulak hadiah aku yang masih ada dalam beg Aidi. Huhu.

Aku bagi hadiah biasa-bisa jek.

Benda yang orang pun takmau beli dah. Kedai pun jual pakai lelong jek. 






Daa!!





Hand set.

Kenapa ada dua??

1 untuk dia, 1 lagi untuk aku lah. Eh ini bukan buy one get one for free tau. Aku beeeliiiii ni dua-dua ni. Menggigil tangan jari semua nak hulur duit. Haha.

Nak beli Galaxy Notes tak mampu lah dik non, walaupun hati berkenan benau dengan notes kaler pink tu. Tapi regenya.....sebijik note = 4 bijik Xperia Mini Pro ni tau tak? Saya tak mampu.Sob sob sob..

Incik suami biasalah dia. Terkesima tak habis-habis. Pastu siap cakap sayang nak guna sebab mahal sangat katanya. Pastu siap dan dan tu kata nak pergi cari casing untuk fon dia sebab takut calar. Ceh, barang baru memanglah sayang bang oii. Saya ni dulu masa baru-baru kawen pun abang sayang beria, sekarang?? Eh, sekarang pun sayang jugek. Hehe.

Jadi terbongkarlah sudah rahsia hadiah anibeseri. Tak dan nak tunggu 4 Jun. Takpelah. Yang penting hati bahagia.





Incik Boo boo sekarang dah resmi jadi teman sepermainan dan sepergaduhan Aidi.

Aidi memang..dengan toys pun dia boleh buat gaduh.

Ada Boo boo ni sedaplah dia buat gusti.



4 Jun nanti cadangnya nak makan kat Old Town je. Itu je tempat yang agak best nak tuju. Jujur aku tak pernah makan kat Old Town. Incik suami apatah lagi.

Jadi...siapa hantu Old Town??

Apa yang best kat situ ye?

Rekemen..rekemen..

2 comments:

  1. Alolo comeynye dpt tdybear...ala2 zaman muda remaja dlu plak kan..

    ReplyDelete
  2. nana
    bestnya dpt teddy bear, cam remaja. semoga bahagia selalu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...