4 bulan lagi Aidi genap 1 tahun. Hooyeahhh!!
Rasa macam kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi aku dok bising-bising kat nurse "nak berak, nak berak" masa nak lahirkan Aidi. Tup tup sekarang dah 8 bulan dah anak guwe. Cepatnya....
Isnin ni nak kena bawak Aidi pergi klinik kesihatan. Pergi timbang and ukur tinggi. Aku rasa berat Aidi dah nak cecah 8 kilo dah ni. Berat wei budak ni. Nampak je kecik, tapi....uiiiiii tercabar kudrat mama. Huhu. Last timbang masa Aidi 6 bulan adalah 7.4 kilo. Tengoklah nanti berapa kilo pulak sekarang.
Aidi dah pandai apa?
Huiiii haii.
Macam-macam dah pandainya budak ni.
Memanjat.
Memang dah terer.Kira je 1 2 3..tara!! dia dah siap berdiri dah.
Kalau dulu gayat-gayat nak berdiri sampai kemain kuat berpaut pada apa yang ada depan mata. Sekarang??
Heh. Sebelah tangan je beb.
Paling terkini, tu..rak toys dia tu...mampu je dia terbalikkan dah sekarang ni. Mula-mula elok je dia main berdiri-berdiri. Lama sikit nanti tengok-tengok habis terbalik rak toys dia kerjakan. Aku syak Aidi ni tulang besi gamaknya. Haha.
Walaupun Aidi dah terer berdiri memanjat apa semua, tapi sampai sekarang dia masih belum merangkak. Masih macam dulu. Badan dengan bontot je dah pandai angkat, tapi nama nak bergerak ke depan dalam posisi merangkak tu memang takdelah. Gaya je lebih tu. Dia lebih selesa menyulur macam komando.
Sebenarnya nak bagitau ni..aku dulu pun tak merangkak jugak.Sebab bontot berat, badan berat, tulang berat..semualah berat.Tau-tau je dah jalan. Hehe.
Aidi sekarang dah pandai sikit-sikit buat gaya bye bye. Tapi bye bye dia comel sangat. Ala-ala lambaian miss universe gitu. Haha. Comel. Tapi selalunya dia bye bye kat TV. Entah, aku pun tak paham.
Mulut dia pun sekarang sama banyak macam umur dia jugak.
pot pet pot pet pot pet entah apa-apa dalam bahasa dia.
papapapapapa...
mamamamama..
aaaaa bah aaaa bah.
aaaaaaaaaaaaaaaaa....
aaa buuuuu aaa buu..
macam-macamlah bunyi dia buat. Kejap bunyi kuda, kejap bunyi kucing. Haha! Memang banyak mulut Aidi ni nanti aku rasa. Asik mumbling je kerjanya. Pastu suka ketawa. Kalau dapat ketawa memang mengekek-ngekek. Happy baby!
Apa lagi??
Ha...pandai dah buat aksi geram.
Bila dia marah, atau apa yang dia nak tak dapat, dia akan angkat dua-dua tangan dia ke atas, pastu buat muka geram. Arrhhhhhhh!!! Comel okey aksi ni. Aku selalu cuba nak snap aksi ni tak selalu terlepas. Tapi memang kiut. Baby, buat apa pu nampak comel je kan..dia berak pun nampak kiut jek. Ahaks!
Suka pergi jalan.
Kalau nampak je aku pakai tudung, gigih sangat dia kejar kaki aku nak suruh dukung. Nak ikut lettew. Padahal memang nak bawak dia sekali pun, tapi tunggulah kejap..mama nak siap-siap dulu. Tapi ada dia kesah? Yang dia tau mama kena dukung dia. Takut kena tinggal. Hehe.
Bila dah sampai shopping mall, jarang sangat dia meragam. Biasa dia diam je menghayati keindahan membeli-belah. Hehe. Cuma sekarang kena hati-hati sikitlah, takut benda yang kita tak amik masuk troli tentiba ada masa kat kaunter bayar. Siapa punya kerja?? Ha itulah..si kecik tu. Pandai sangat capai barang. Semua pun nak dicapai selagi boleh.
Ha, tengok tengok. Ini bukan lakonan. Ini betul-betul. Haha.
Lagi..
Aidi suka tengok TV dekat-dekat.
TV dah kemain gabak pun masih tak cukup ke nak oii!!
Abahnya selalu marah. Pastu mulalah bebel.."Aidi tengok TV dekat-dekat ni nak pakai spec macam mama ke?" Huhuhu...terasa kot. Sob sob sob..
baby selalu tengok kartun, Aidi tengok Olimpik. Dewasa sangat kan? haha.
Ini ada satu perangai unik Aidi.
Dia berkenan sangat dengan suis kipas siling tu. Suis yang ada benda bulat yang boleh kita pusing-pusing untuk kelajuan kipas tu. Suka sangat dia. Kalau dia tengah menangis, bawa je lah pergi ke suis kipas tu..terus diam. Siap senyum lagi. Pelik budak ni. Mungkin Aidi ni esok jadi engineer letrik kot sebab dia pun minat sangat dengan segala jenis wayar. Wayar charger, wayar laptop, wayar TV, wayar iron, pendek kata semua junis wayar adalah kegemaran beliau. Electrical engineer to be.=)
Bab makan sekarang jujurnya aku takde dah ikut sangat pantang larang makan untuk baby. Aku ikut hati nurani aku jek. Kadang aku suap je kuih-muih yang lembut-lembut tu ke dia. Kadang aku bagi je dia merasa makan aiskrim 3 4 suap. Kadang nasik pun dia telan jek. Tapi makanan utama dia tetaplah bubur nasik yang aku masak. Cuma aku tak ikut dah 4 days rules tu. Aku assume Aidi boleh makan semua benda since dia tak pernah ada sebarang alahan dan berak pun cantik jek.
Since sekarang Aidi sedang melalui proses tumbuh gigi lagi 2 batang. Gigi atas, maka raya nanti aku dapat rasakan Aidi akan serang macam-macam juadah raya. Heh.
Dengan gigi 2 batang kat bawah tu pun dia boleh mengunyah dah, ini pulak nak ada lagi 2 batang gigi atas. Aidi mesti boleh menguyah makanan dengan lebih baik lepas ni. Aku pun dah jarang bagi makanan halus-halus sangat dah. Selalunya makanan Aidi sengaja aku pejalkan, untuk ajar Aidi mengunyah. Pejal tapi lembut. Biar baby belajar kenal terkstur makanan pulak.
Kalau nak cerita semua perkembangan Aidi memang banyak sangat sebab boleh kata setiap hari ada je benda baru yang dia buat. Tinggal benda tu benda baik ke benda tak baik jek. Kalau tak baik, siaplah aku bap tangan dia. Hehe.
Yang penting dan paling paling penting, Aidi sihat sentiasa. Syukur sangat sebab selama 8 bulan usia Aidi ni, jarang sangat Aidi tak sehat. Tumbuh 4 batang gigi pun dia steady jek. Syukur sangat. Harap Aidi sentiasa sehat walafiat, membesar dengan ceria!
Mama Love You Aidi!!
cepat besar,cepat boleh adik.
ReplyDeleteHahahs comel...buat je apa yg terbaik uyk dia. ..mula2 nk pntggsk sekali teacher kt nursery dh sumbt kt dia memacam redha aje...
ReplyDeletemakin besar..makin comel perangai..:)
ReplyDelete