MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 27, 2012

Cerita Balik Semenanjung : Kenyang Makan Kenduri


Okey sambung cerita.

Ini kali cerita tentang kenduri kendara pulak.

Aku sampai KL 7 Disember, esoknya 8 hb dah mula dah kenduri kendara sanak saudara.

Kenduri pertama adalah kenduri Aqiqah baby Akid. Anak cousin kesayangan aku...Athirah aka Tira Miss U.

Kenduri diadakan di Kuala Kangsar, Perak. Jadi moh ler kita balik kampung.

Balikkk kamponggggg...oooo ooooo ooooo balikkk kamponggg!!

Aku sampai lewat ke kampung. Orang dah habis marhaban, dah setel cukur rambut semua dah baru kami sampai. Tak kisahlah, janji makanan tak habis lagi. Hahaha.


Sweet sangat pelamin buai Akid. Wording nama Akid tu dengar khabarnya ayah Akid buat sendiri. Gigih kan? Huhu.









Tahniah untuk kakak *Athirah* sebab dah jadi ibu. Seronok kan mommy life? =)

Gambar aku dengan Aidi memang takdelah. Aku ni kalau bizi-bizi memang takde ingat nak snap gambar ke apa. Ini pun semua gambar aku curik dari fesbuk sedara mara. Haha.


Dah selesai Aqiqah Akid..malamnya berlangsung pulak majlis nikah cousin aku pulak. Majlis resepsi buat esoknya..9hb. Uiiii beratur kenduri ni. Kenyang makan je lah aku. Haha.

Kenduri ni pun kat Kuala Kangsar jek. Depan rumah si Athirah tadi tu jek. Jalan tak payahlah susah-susah pikir nak naik kereta ke apa. Naik kaki jek. Heh.


Wasilah nama sepupu aku ni.

Umur baru 23 tahun. Alhamdulillah dah sampai jodoh.



Wasilah ni anak tunggal.

Jadi boleh bayanglah betapa meriahnya kenduri dia.

Siap ada upacara melepaskan burung merpati lagi. Meriahhh..meriahhh.

Meriah, memang meriah. Tapi yang aku kena bertugas bagi doorgift kat buffet station ni Ya Allah....kematu kaki. Mana taknya, tetamu tak putus-putus. Aku nak duduk seminit pun takde dapat. Dari pukul 12 sampai pukul 3 petang kau berdiri lah kat situ edarkan doorgift sambil membuat senyuman paling manis. Huhu. Tapi takpe..sepupu punya pasal, apa ada hal. Seronok what berkenduri kendara gini. Kalau kenduri tapi semua duduk melangut tengok pengantin je pun tak best jugak kan. =)




Aidi mana Aidi??

Hahaha. Aku tak tau mana Aidi masa tengah sibuk-sibuk bertugas ni. Adalah tu budak tu dengan siapa-siapa. Aidi jenis mau kat orang. Dengan siapa pun dia okey jek. Jadi tak jadi masalah sangat kalau aku ada kerja nak buat. Memang senang nak jaga Aidi ni kalau balik kampung. Kau letak je dia kat tengah-tengah orang..pandailah dia bawak diri nanti. Haha.



Okey kali ni ada gambar aku. Ceaaaa..Itu pun puas carik kat fesbuk orang.




Aku..si Mak Jemah dikelilingi artis-artis.

Dari kiri....pelakon sinetron, model ubat gigi, Mak Jemah boyot, tokey Fellina dan tak asing lagi...penari K Pop.

Haha.

Terasa kampung sangat aku bila sepupu-sepupu yang dulu comot behingus lebih gojess dah sekarang.

Ini tak boleh jadi.

Hahaha!


1 comment:

  1. bestkan balik kmpg,berkumpul sanak sedara....da lama xkumpul2 mcm ne.hehe

    btw,bila baca profile kt tepi tu,teringat dkt cikgu eca..nama dia rozana,ajar BM & sastera melayu..dulu dia mcm pindah kat labuan ikut husband dia,airforce juga kalau xsilap eca..kot2 akak kenal,leh la bgi kontek nmbr beliau ye..sbb btl2 terputus hubungan dgn beliau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...