Tak sehat. Uhuk uhuk.
Semalam aku mc gara-gara muntah selambak tengah-tengah malam. Lembik terus badan aku. Aku suspek angin sebab hari Isnin tu aku makan tak tentu hala. Pukul 3 dekat pukul 4 baru nak lunch. Itu pun makan mekdi je. Mujur jugak Aidi sudi nak teman mama dia ni makan. Lapar ohhh time ni
Aidi teman mama lunch. =)
Pastu malamnya pulak aku lapar balik. Tapi yang vodohnya aku pegi tibai MAGGI!!
Bahahahah!! Selang beberapa jam pastu merasalah kau muntah keluar megi balik. Padan muka!!
Jadi semalam aku mc. Nak rest. Aku pun sibuk sangat sekarang ni. Hari ni pun patutnya aku kena bertugas kat kompleks sukan sempena Kejohanan MSSWPL. Sekolah aku tuan rumah, jadi paham-paham je seboknya cikgu-cikgu. Kejap lagi lah aku ke kompleks. Uiii aiiii dah boleh bayang letihnya. Sampai hari Sabtu kot sukan. Sigh!
Hari ni jugak kalau ada masa boleh dicuri-curi aku ingat nak pegi bukak buku pink kejap. Aku bawak buku pink lama je lah sebab dalam tu pun dah ada gambar, salinan sijil nikah, salinan ic suami isteri bla bla bla. Harap-harap takde masalah lah. Ni dah masuk 8 minggu dah ni buku pun tak bukak lagi. Kesian anak mama. Huhuhu.
Tekak sakit ni oi.
Apa ubatnya??
Labuan ni panas membahang sangat nampaknya sampai perit tekak aku. Nak menghabiskan air masak suku cawan pun amik masa 5 minit nak telan.
Ate..takkan nak mc lagi?? Cantik hang punya muka. Haha.
Okla daaaa!!
MC ler yong..rehat kt umah..lom lepas 1st trimester nak melasak dahh ..
ReplyDeletebesala awal2 nandung ni kan...jg diri yong...
ReplyDeletekalau perit tekak tu depa kata makan madu perah ngn limau nipis sikit.. cuba la yong.. n take care!
ReplyDelete