MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 23, 2013

Siapa wanita, sila duduk rumah jaga anak suami sekarang.


Kecoh baru baru ni ada kes "Baby dikurung oleh pekerja taska".

Siapa tau cerita ni??

Aku tau pun sebab ada member fesbuk dok share share cerita ni, so tau lah. Taska kat Putrajaya kalau tak salah. Presint berapa, aku lupa.

Selang sehari lepas tu, kecoh pulak isu segelintir individu yang blame balik ibu kepada bayi yang dikurung tu. Macam-macam hujah lah keluar.

"Wanita/Ibu sepatutnya duduk rumah jadi surirumahtangga, so anak-anak akan lebih terjaga"

Gitulah antara point hujahnya.

Bagi ibu ibu yang bekerja macam aku ni, at the first sight mesti akan sentap. Ye tak? Rasa macam, eh salah ke iols bekerja?? Berdosa ke? Gituuu..

Jujurnya, aku memang respek ibu ibu yang jadi suri rumah ni. Serius. Nak nak yang ada education qualification. Kau ada degree, 1st class lagi, tapi pilih untuk duduk rumah jadi suri. Jaga anak dan suami. Hebat!

Tapi....tak semua orang berhadapa situasi kehidupan yang sama, betul tak?

Ada orang untung....dia punya suami yang mampu serba serbi. Kalau tak mewah pun sekurang-kurangnya suaminya mampu sediakan segala keperluan dan kehendak anak isteri lebih kurang sama jika isterinya tu bekerja. Suami mampu bayarkan hutang piutang isteri, mampu sekali sekala bawak anak isteri makan sedap kat luar, mampu setahun sekali bawak keluarga holiday. Bertuah sangat.

Ada orang pulak, suami mampu sediakan keperluan keluarga. Tapi si isteri ni pulak ada komitmen dengan mak ayah dan adik-adik dia. Mungkin mak ayah dah tak kerja, dah tua, adik-adik ramai lagi yang bersekolah. So kena lah hulur-hulur sikit kat keluarga kat kampung. Nak harap suami jugak bagi?? Boleh, kalau suami mampu. Kalau suami pun ngam ngam soi je gaji dia untuk rumahtangga, acaner??

Ada orang pulak, memang suami tak mampu. Err maybe belum stabil sepenuhnya dari segi kewangan. Yelah, 5 tahun pertama kawen memang banyak pakai duit. Time tu lah anak-anak baru nak besar, time tulah  baru nak beli kereta, beli rumah segala. Dan biasanya orang yang dalam tempoh 5 tahun kawen ni, dia kerja pun tak sampai 10 tahun lagi. Kerjaya pun tak stabil lagi. Senang cakap, gaji masih ciput.

Okeylah, maybe ada yang kata..

."gaji sikit pun takde masalah, kereta pakai je lah kancil, rumah duduk je lah PPRT, makan nasi lauk telur dengan sardin cukuplah, anak-anak tak perlu dibelikan toys, no more holiday, no more famili entertaiment. Mesti cukup."


Insyaallah boleh cukup.


Tapi mesti ke semua famili amalkan gaya hidup macam ni? Kita ni manusia, sama ke keperluan dan kehendak masing-masing? Ibarat kata macam, kalau semua nak makan sardin je, siapa nak makan ayam?? Kalau semua wanita mesti jadi suri rumah, siapa nak jadi cikgu wanita kat sekolah? Haaa gituuuu. Dunia kita masing-masing tak sama. Mana yang bertuah tu, bersyukurlah.


Lagipun, bukan semua anak-anak yang kedua-dua ibu bapanya bekerja, kelakuannya tak senonoh, belajar tak pandai, meyusahkan orang yada yada.

Dan tak semua jugak anak-anak yang ibunya suri rumah mampu berjaya dalam kehidupan.

Bukan itu soalnya.

Yang pastinya, semua ibu dalam dunia ni mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Yang terbaik dari sisi kaca mata mereka sendiri. Bukan kaca mata orang lain.


Bagi aku, ini bukan salah ibu keluar bekerja ke atau ibu jadi suri rumah ke apa.

Isunya sekarang, kenapa pengasuh taska tu berperangai biadap macam tu?? Itu masalahnya. So cari jalan selesai masalah. Bukan pusing u turn ke jalan lain dengan suruh semua wanita tak perlu keluar bekerja.

Lama-lama aku rasa isu ni dah macam isu menteri ayam tempoh hari.

Ayam naik harga, jadi kita jangan makan ayam. Makan ikan. Kalau ikan naik harga, jangan makan ikan, makan sayur bla bla bla.


Sekarang ni pulak...


Anak kena dera kat taska, so jangan hantar anak ke taska. Berhenti kerja, jaga sendiri.


Yang si bersalah kat sana nun tepuk tangan je gembira sebab kesalahan dia asalnya dah diturunkan ke bahu orang lain.


14 comments:

  1. Kan. Kan. Kan. Setuju!!! Tapi itu la. Kalau cara penyampaian tu berhemah rasa nya tak jugak mak mak yang bekerja ni sentap. Ni siap ada statement sorang yg berpendidikan tinggi bagi org yg tak berpelajaran jaga anak. Apa kah? Oh. Iols still emosi. Huuuuu.

    ReplyDelete
  2. well said yong..well said..
    klu aku rajin aku pn nk up entry gak.err tp klu rajin le.bahahaha

    ReplyDelete
  3. Teramattttttt laa setujunya..tapi memang dah jadi lumrah mentaliti rakyat malaysia..suka mengkritik..itu tak betul..ini tak betul..yang betul diorg ajer..aper laaa

    ReplyDelete
  4. stuju sangat yong terutamanya bab "Kalau semua wanita mesti jadi suri rumah, siapa nak jadi cikgu wanita kat sekolah?" thumbs up!

    ReplyDelete
  5. calit sikit yong.....sesedap rasa je kata kita ibu2 bekerja "blur" pasal tanggungjawab seorang ibu....meh cni nak sekeh laju2...ko blur ke aku blur...coi.....

    ReplyDelete
  6. dulu2 sang suami insya-allah boleh dipercayai akan sayang kita sampai akhir hayat, sekarang ada jaminan ke? bukan nak prasangka buruk kat suami, tapi.....(yang tapi tak best ni)....banyak dah kes depan mata terjadi, isteri jadi suri rumah, suami keluar kerja, bebas sana sini, then pasang luar, khawin lain. isteri yang tak bekerja ni, relalah dimadukan, yelah....tak kerja, of course hak jaga anak2 tak dapat sebab tak kerja, harta pun takde. so kalau suri rumah, buatlah business (kecil2 pun ok) janji ada pendapatan sendiri ada saving sendiri yang boleh bantu kalau apa2 terjadi. nauzubillah.

    itu kalau suami khawin lain, kalau ajal maut? isteri tak kerja, so macam mana nak teruskan kehidupan? insya-Allah Allah tu ada, tapi Allah pun tak suruh kita duduk diam, jadi kenalah fikir dan buat sesuatu yang bijak.kalau bukan untuk kita pun, untuk anak2 kita. kan?

    panjangggggg comment - sebab SENTAP pasal kes ni.kesian mak dia pulak yang disalahkan. orang lain punya salah, orang lain yang kena.

    ReplyDelete
  7. Kalo orang tanya nape kerja, jaga je anak kat rumah, mesti hana akan jawab "AKu banyak hutang". Terus dia diam. Orang yg mentaliti gitu, tak faham ke kita hidup di zaman apa. hutang ptptn time belaja kena byr. Dahlah kalo laki gaji 10k sebulan memang on the spot berhenti kerja. Nak ckp tu biarlah berlapik sikit.

    Setuju dengan pendapat yong.

    ReplyDelete
  8. kang semua mak dok umah.. tutup taska kau oittttt

    ReplyDelete
  9. Sy blum kerja, tapi insyaAllah habis belajar nanti memang nak kerja. Setakat ni boleh lagi la nk hidup, suami nak tampung keperluan, alhamdulilah la.. cukup-cukup makan la orang kata.. walaupun sy tak kerja.. tapi.. sy sendiri ada kehendak yang nafsu je lebih.. haha.. taknak pakai carlo rino nak pakai lv, lempang nak? :p contoh. hehe.


    tapi, isteri bekerja utk backup jugak, kita taktahu apa jadi masa depan, takkan la nak harap suami 100% kan, kalau jadi apa-apa.. kita taktahu..


    jadi suri rumah memang bagus, memang best...
    tapi tak semua orang boleh. kesabaran perlu tinggi. kau duduk rumah kerja asyik nak marah anak je.. tak boleh jugak kan.. huhu..


    manusia ni lain-lain, kita tak sama.
    tepuk dada tanya selera.

    "Kalau semua wanita mesti jadi suri rumah, siapa nak jadi cikgu wanita kat sekolah?" - terbaikk..






    ReplyDelete
  10. Mintak share boleh? Exactly what i have in mind when i read about that statement. Sentap pon memang ye. X semua orang impian die sama. Ade orang belajar tinggi2 sebab nak kehidupan lebih baik dr masa dulu. Masa kecik hidup susah, so belajar sungguh2 sbb x nak hidup susah bila dah besar. Boleh beli ape nak beli walaupon xde la mahal sangat. Dan x nak anak2 rasa bende yg sama macam dia rasa masa kecik dulu. Husband kalau mampu bagi, dah lama berhenti jaga anak kot. Tapi bukan semua husband mampu. Kalau macam tu baik kawen dengan orang kaya je terus. Memang senang x payah keje dah.

    ReplyDelete
  11. sebaiknya ibu lah yg patut mendidik anak2 bukan org lain. Sy dah 11 tahun bersama2 dgn bdk2, dr pengalaman bercampur dgn mrk, mrk sgt suka kalu ibu sdri yg jaga mrk... kita jgn pentingkan diri..

    ReplyDelete
  12. Anon yg kt atas tu.apa mksud anda 'kita jgn pntingkan diri'?.awak brpeluang didik ank sndiri, silakan.tp jgn fikir situasi org lain sama mcm awk.byk bidang krjaya yg mmerlukan wanita, antara yg plg pnting-doktor, esp pakar sakit puan.byk sbb lain lg, lain org lain situasinya.rsnya blogger ni dh abis clear dh explain.tlg, jgn simply2 guna perkataan 'pentingkan diri'.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...