MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, November 12, 2013

kisah bersalinkan Adelea Sofea


Bosan hoi duduk spital lama lama ni. Doktor kata aku kena stay hospital 5 hari lagi. Nak kena habiskan makan ubat. Pheww!! 5 hari hoi!

Kejap tadi, nurse dah off kan urine tiub aku. So bolehlah aku berjalan jalan tengok adelea kat wad baby kejap lagi.hoorayy!!

Sambil tu..nak start buka cerita dah lah. Tengoklah takat mana aku mampu taip ni. Ni pun taip pakai note je ni. Memang banyak typo la entri kali ni. Hewhewhew.


Ok nak mula cerita beranak ni.

10 november 2013.

6.30 pagi.

Aku bangun tido. Ahad katanya kan. So bangun lambat sikit lah. Incik suami keje. So bangun tengok dia siap siap pegi keje. Pukul 6.50 pg mcm tu laki ku zasss pegi keje. Aku?? Sambung golek golek atas tilam. Aidi pulak masih berdengkur kat bilik dia. So jgn diganggu. Biar dia tido situ.


Aku pun golek golek atas tilam layan internet. Fesbuk la apa la kan. Tengah sedap sedap fesbuking tentiba.....


"Eh..aku terkencing ke ni??"


Rasa mcm ada benda keluar. Dalam kepala dh terbayang air ketuban pecah je.


Terus bangun dari tilam dan terlihat pemandangan ini.






Ya allah..darah!!

Banyak kot. Siap menitik nitik atas lantai lagi.

Okey jangan panik..jangan panik. Call incik suami dulu. Suruh dia balik cepat walaupun dia baru je pegi keje beberapa minit lepas.

Lepas call asben, aku call mak. Mak suruh cpt pegi hospital. Okey baikkk. Padahal aku ni mandi pun tak lagi ni.haha.

Lepas call mak, aku call maklong aidi..bagitau nak tumpangkan aidi kat umah dia kejap.

Lepas tu..baru aku zass p mandi. Tengah mandi tu boleh lg aku borak borak dgn adelea...feeling seronok lah anak nak keluar dah.hehe.


Beg spital aku mmg belum berkemas. Jadi aku sap sap soi je lah masuk apa yg sempat dalam beg. Beg adelea mujur dh siap. So sauk je masuk kereta.

Hantar aidi dulu..sedih pulak time ni. Pastu terus p emergency.


Terus kena warded.


Merasalah pakai baju fink. Hehe









Masa ni doktor dah kata tekanan darah aku agak tinggi. So memang kena pantau. Kencing pun agak kotor. Mcm mcm lah agaknya.

Baby pulak masih melintang sampai.doktor pun susah nak scan. Dah lah dia melintang, pastu melengkung pulak mcm bola. Tambah pulak perut aku tebal..memang susah nak scan baby.

By 2.00 petang gitu...doktor kata aku akan jumpa doktor pakar dalam petang petang sikit. Tengok doktot pakar kata apa. Tapi diorang suggest aku pilih untuk pusingkan baby and try bersalin normal.

Yang aku pulak..dah takde rasa nak try pusing2 dah.

Dengan dah turun tandanya.
Dengan bp aku tinggi.
Dengan perut aku tebal.
Kencing kotor lagi.

Paling buat aku rasa aku tak leh nak tunggu untuk pusing baby dah adalah...

Contraction dah mula datang.

Yup. Aku dah mula rasa contraction.


Mild contraction.


Sebab apa aku kata mild?? Sebab masa ni aku boleh lagi berfesbuk siap wasap geng kedok kedok lagi. Kat spital pun sorang sorang. Laki aku dah balik tido. Boleh?? Haha.


Mula aku tak perasan itu contraction..pastu makin lama..aku rasa mcm dtg dlm sela masa. So dgn pantas aku donlod apps contraction timer kat playstore.


Selepas beberapa minit...ini hasilnya.



contraction selama lebih kurang 40 saat dalam masa lebih kurang 6 minit.

Pheww!!

Boleh tahan.

Tapi tak sakit sangat. Bukan tahap sakit rasa nak penerajang nurse tu. Haha. Aku relax je situ main fesbuk.


Tentiba....



Ah sudah...

Ada benda keluar lagi.


Kali ni aku suspek darah la keluar. Banyak..aku pakai pad siap siap pun meleleh jgk. Aku terus turun katil panggil nurse. Nurse suruh terus masuk bilik scan. Diorang nak buat ve.


Dengan berdarah darah ni nak buat ve. Alahaiiii...malunya aku rasa.


Doktor kata aku dh pecah ketuban tadi tu. Cuma tak pecah habis. 


So kalau kata dah pecah ketuban...memang kena emergency czer la jawabnya since baby masih melintang dan dan dan yang paling worst sekali...tekanan drh aku tinggi bapak gila tinggi.


Time tu berkali kali check bp smua lebih 150. Ada yg sampai 180!!


Gila.


Nurse smua dh kelam kabut buat persiapan utk operation.


Aku??


Gila tak panik. Panik jugak. Tapi aku cuba sedaya upaya tenangkan diri. Kalau aku lagi panik..tekanan drh lagi naik. So aku dok baca la apa2 ayat yang aku ingat. Dok ulanglah doa rabbi yassir wala tu asir tu berkali kali.


Pastu aku baru tingat laki aku xtau lagi hal ni. Haha.


Kelam kabut suruh nurse amik telefon aku..nak call laki katanya. Laki aku tido gamaknya kat rumah tu. Hehe.


Part nk siap2 utk operation ni memang drama. Kelam kabut semua. Yang aku ni contraction keep on dtg. Oh ya..buat ve td doc kata bukaan dah 5cm kau!! Mild mild contraction rupanya dah 5 cm.


Bila contraction keep on dtg mmg payah nak bertenang. Sampai satu tahap aku rasa mcm nak meneran. Tapi mestilah tak boleh sebab baby melintang.  Kang kaki keluar dulu kang..naya.


Ngam ngam sebelum masuk operation theater, laki aku sampai. Sempat sebut "abang..." je. Tak sempat nak mintak maaf ke apa ke..aku dah kena tolak masuk dah. Tapi aku dengar laki aku mintak izin nak teman aku masuk sama. Memang tak dapek lah bangggg.hehehe.


Masuk OT, sejuk hoii!!


Contraction masih dtg.

Tapi mujur nurse and doktor2 smua layan aku dgn baik.diorang bg semangat. Takde sorang pun yg marah2 atau jerkah2 aku mengadu sakit. Doktor kata... sabar puan..sabar.sikit je lagi.



Sebelum nak operate tu biasalah..kena sign mcm2 kan. Surat itu surat ini. And doktor sempat briefing risiko risiko yg maybe aku kena hadap lps operation ni.


Tang risiko ni yg aku lemah. Antara yg aku ingat..


Maybe aku kena dptkan bekalan drh lain jika berlaku byk pendarahan pada aku nnt. So kemungkinan utk aku kena hiv, talasemia, bla bla bla tu ada.


Maybe aku kena masuk icu lepas operation sebab tekanan drh terlalu tinggi.


Risiko doktor terpotong bhgn abdomen lain iti ada.


Paling buat aku terus ucap "allahuakbar" adalah bila doktor kata...ada kemungkinan baby boleh meninggal semasa dilahirkan.


Terus aku down


Aku memang berserah sepenuhnya pada allah masa ni. Aku tawakal sehabis habisnya
 Aku serah semuanya pada Dia.


Masa doktor nak cucuk ubat bius tu la 2 3 kali contraction dtg. Menangis aku peluk bantal. Siap aku pegang tgn nurse lelaki tu. Lelaki pun lelaki la..aku tgh sakit.huhu.


Dah kena bius..aku mula lalok. Ngantok. Aku rasa perut aku kena godek godek. Tapi tak sakit.


Aku tetido sekejap sekejap.


Tentiba aku dgr doktor jerit kata "baby fully out!!"

Aku tak paham dan tak mampu nak faham
 Aku nak tido je yang aku tau.


Pastu aku tersedar lagi. Aku tanya doktor..baby saya dah keluar ke?


Doktor ckp dah..pernafasan baby lemah skit tadi so diorang dh bawak pegi wad.


Takpelah...tak dpt tgk anak lagi pun xpelah. Janji aku tau dia selamat dah. Pastu aku tetido lagi sampailah siap proses jahit tampal sulam bagai kat perut aku ni. 


Aku sempat tanya doktor..aku kena transfer darah ke??


Doktor kata tak. Everything is ok.


Aku tanya lagi..Sy kena masuk icu ke??


Doktor jawab tak..cuma aku kena kuarantin duduk kat labour room utk pantauan rapi.



Syukur alhamdulillah.


Keluar2 OT...asben masih setia tunggu situ dgn beg pink bunga bunga adelea. Comel sangat dia. Hehe.


Rupanya asben pun tak tengok baby lagi..so.nurse bawak asben pegi tengok baby
 Aku terus kena pegi labour room..berehat.


Aku keje tido je 2 hari ni.


Maybe sebab badan aku dimasukkan.ubat 24 jam..so memang mengantuk saja.


24 jam lepas bersalin..mmg doktor pantau bacaan tekanan darah aku. Alhamdulillah skrg dah normal.


Ubat pun dah stop dh masuk guna drip tu
 Tinggal ubat makan je.


Luka operate pun ok. Lepas ubat bius habis smlm..aku takde pulak rasa sakit tang perut. Elok je aku baring. Cuma bila aku berdiri terasa jgklah ngilu tu..tp still boleh berjalan berdiri duduk sendiri.


Alhamdulillah allah bg aku kekuatan.


Aku sorang2 je kat spital ni. Nurse je la teman aku. Asben dtg waktu melawat je
 Itu pun tak lama. Yelah..mana nak jaga aidi lagi kan?


Tapi its ok.


Aku rasa aku boleh uruskan diri aku kat sini.


Esok aku nak pindah dari labour room ni masuk wad. Aku request 1st class punya wad.


Kemaiinnnnnn ko kan!


Haha.


Eh dah habis dh cerita bersalin aku. Thanks lah siapa yg sudi baca. =)




23 comments:

  1. Alhamdulilh dh lega yong. Walaupun ada msalah skit. Geram adelea.hehe

    ReplyDelete
  2. ooo gitu cerita nye yong czer.. takpelah, janji semua selamat..harap cepat baik, adelea cepat keluar wad yer..

    ReplyDelete
  3. Alaa yong, sedih lak bila part smepat pgl abg tu je. Huu. Ngeri lak dgr doctor gtau detail tu

    ReplyDelete
  4. Setuju kata yong...bahagian kita lain2 kan...beranak ni, bukan semua org sama...mcm i, pun ketuban pecah kat rumah jugak..pun kne emergency czer jugak..tp x sakit lngsung...sikit pun xde contraction...hurmmmm...

    Anyway..tahniah!...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.....selamat berpantang yong...:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selamat. Memang procedure eh doc kena explain semua tu? huhu.. Buleh menaikkan lagi darah tu.. Tapi takpelah, syukur semuanya selamat. Semoga luka czer cepat sembuh & baby adelia pun cepat2 keluar wad. boleh co-sleep ngan mama hehe

    ReplyDelete
  7. huhu..sedih aku part doktor ckp ada kemungkinan baby boleh meninggal semasa dilahirkan..huwaaaaa..
    lagi sedih biler sorang2 kt spital kan..
    sedih lagi teringat anak sulung kt umah kan..
    huwaaaaa banyak nye sedih aku yong..
    tak lama lagi aku pulak yong..
    acaner ni..banyak nau sedihnya...huhu

    ReplyDelete
  8. Huuuuu. Mg nak kena kabo time2 nak bersalin ke risiko2 bagai tu? Kalau sy mau gigil dengar dia bagitau risk bagai tu. Sobs! Tapi realitinya, setiap emak adalah sangat strong! Stronger than what we expect. Alhamdulillah yonh. Tahniah. Selamat berpantang.

    ReplyDelete
  9. mmg sbelum czer tu doc akan terang kan risiko tu yong tp risiko sllunyer tak sllu terjadi..sama ngan akak dlu pun doc terangkan..kita percaya pada Allah..insyaAllah Allah tolong..dah selamat pun yong skrg ni kan ;)

    ok lagi czer daripada yg rela rahim pecah tu..hahaha eh nmpk sngat aku tak puas hati ngan jemah tu hahahaha..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah yong..yang penting semua selamat..
    tahniah tau..

    ReplyDelete
  11. fuhhh... daku baca meremang abes.. wlupun xde la yong cerita yg serem2...hahaha...
    chaiyok2.. smoga jd mama yg tbaik tuk aidi dan adelea... selamat bpantang la pasni...

    ReplyDelete
  12. lega dah Yong.Alhamdulillah.aku pulak debo nk tggu yg no.2 ni wlupun lame lagi....apepun selamat berpantang ye Yong.

    ReplyDelete
  13. Uishhh..berdebar baca yong..besar pengorbanan seorang ibu ni...semoga cepat2 sihat and boleh kuar hospital to both mommy n baby..Amin...comel sgt adelia yong..gerammm..selamat berpantang ye :)

    ReplyDelete
  14. berdebar baca kronologi kelahiran baby Adelea Sofea. Alhamdulillah semuanya selamat.
    selamat berpantang :)

    ReplyDelete
  15. yong jalan yang dipermudahkan walau czer nampak senang yong...huhu ko sempat tido ye ..aku dulu minta oksigen tak leh nak nafas gigil sejuk

    ReplyDelete
  16. Congrats yong... Dah lega dah...
    Alhamdulillah... Moga yong n bb cpt sihat

    ReplyDelete
  17. Nebes ooii baca.. ko dlm kate tulis pakai hp jer pon kemaheh drama gak aku baca... heheh..alhamdulillah selamat dah... tunggu nak tgk baby adelea jer nih.. eeaahh yong..ni kire kembar darah eh?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..wlpn czer tp nmpk mcm mudah je ko brsalin kn Yong...

    ReplyDelete
  19. Yong terkejut Umi qi baca tang keluar darah tuh...haishhh debor plak rasa baca ...tahniah yong selamat sudah...

    ReplyDelete
  20. tahniah dear.. terharu baca kisah org bersaln ni.. semoga ibu & baby sihat2 selalu. selamat berpantang dear.. :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..sempat lagi ye yong update blog..hihii!rajin2 mengepam tau..bg adelia gebu gebas yong

    ReplyDelete
  22. Allahu Akhbar. Ujian Allah pada wanita yg bersalin. ALhamdulillah. Tahniah. selamat berpantang....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...