MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, March 13, 2014

Calling For MH370

Masuk hari ke 6 kehilangan pesawat MH370.

Misteri.

Aku ni dah la bangsa yang jarang tengok berita TV. Tapi dalam tempoh 6 hari ni tentiba Astro Awani jadi feveret channel. Muahahaha!

Tak tahulah apa nasib pesawat, penumpang dan krew kabin semua. Kalau baca speku speku yang bertebaran kat media sosial memang boleh bikin sesak jiwa. Macam macam cerita timbul. Mula kata terhempas lah, meletup di udara lah, kena hijack lah, patah balik pulak, dan semalam kecoh kata dah jumpa tapi...ada tapinya. Tapi aku pun tak tahu apa yang tapinya. Eh apa aku cakap ni? Huhu.

Aku yang bukan famili member penumpang pun dah rasa tak senang duduk mikio kan mana hilangnya pesawat ni. Inikan pulak ahli keluarga penumpang. Berdouble susah hati. Ada jugak yang PM aku tanya pasal kes ni. Kemain kan, macam kan aku ni FBI pulak. Haha. Ya memang laki aku TUDM. Walaupun bukan pegawai tapi aku tak sampai hati nak bertanya pada dia. Aku rasa dia tau sesuatu tapi dia zip mulut dan berpura pura tak tau apa-apa. So better aku jangan bertanya apa-apa. Kang kalau terbocor rahsia kang aku jugak gedik gedik nak kepoh kat mak jemah semua. Huhu.

Moh kita berdoa sajalah. Moga moga pesawat dan isi pesawat ditemui dalam keadaan selamat.




Berdoa..solat hajat. Itu yang terbaik.

Bomoh bubu ke bomoh do re mi tak payahlah ye. Kot ye pun nak glamer, cari lain time la bang!Ini kemain siap ber kot siap name tag bagai. Dah macam nazir sekolah je aku tengok. Hahaha.

1 comment:

  1. Yang bomoh tu kelakar...orang patut bersedih dia bikin kelakar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...