MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 15, 2014

Rezeki bukan hanya pada wang ringgit

Bila sebut rezeki. Ramai yang bayangkan duit. Aku pun gitu jugak dulu. Rezeki sama dengan duit. Bila dah makin matang baru aku paham rezeki bukan wang ringgit semata mata.

Kita sehat tubuh badan. Itu rezeki.
Kita seronok bahagia dengan kehidupan. Itu rezeki.
Kita dapat suami atau isteri yang kacak cantik hensem bergaya. Itu rezeki.
Kita dapat mak pak mentua sporting. Itu rezeki.
Kita dapat anak anak comel keletah bijak pandai. Itu rezeki.

Kita dikurniakan anak yang ramai. Itu rezeki senikmat nikmat rezeki bagi aku.

Sungguh. Anak memang pembawa rezeki. Bawa rahmat dalam rumahtangga.

Selalu sangat terjadi antara kita dinaikkan pangkat, naik gaji bila bakal terima orang baru

Balik rumah lepas balik keje penat penat, mengadap keletah anak anak yang macam macam, buat kita bahagia. Bukan rezeki kah itu?

Paling besar rezeki dari anak anak yang soleh, bila mereka yang akan doakan kita, menarik kita ke syurga bila di sana nanti. Besar sungguh nikmat rezeki yang satu itu. Insyaallah

Bagi aku..ini pandangan aku lah. Usah takut kalau punya anak ramai. Patut bangga dia banyak harta akhirat.

Jangan takut beras kat umah tak cukup kalau anak berderet. Percaya..rezeki ajal maut di tangan Allah. Berusahalah kita selagi daya.

Jangan susah hati takut anak ramai tapi sorang pun takde kualiti. Kalau bijak mak bapak mendidik, insyaallah menjadi manusia anak anak itu.

Kualiti memang penting. Tapi kalau kualiti dan kuantiti berjalan seiring. Bagus kan?

Err bagi yang belum ada rezeki anak. Jangan risau. Kan kat atas tadi aku ada cakap rezeki bukan hanya pada wang ringgit? So sama jugak..rezeki bukan hanya pada anak-anak. Uols ada suami ganteng badan ketak ketak...uiii rezeki tu. Hehe

Rezeki dari Allah

6 comments:

  1. Yup sgt setuju, kualiti dan kuantiti perlu seiring coz sy tak bersetuju ngan seorg lg blogger tu yg mngatakan kualiti lebih ptg dr kuantiti huhu

    ReplyDelete
  2. tahun ni daku takde rezeki kesihatan.... =(

    bab anak pulak, sebab daku pernah rasa susah. husband pulak sama.kalau boleh ada anak no 2, daku nak duduk rumah sendiri, nak ada extra income, nak anak no 2 sama excitednya dengan anak no.1.. terus terang, daku belum ready untuk tambah mengenangkan lately kitorang diduga dengan macam-macam ujian... walaupun 100% percaya Allah tengah plan something yang baik untuk hidup kitorang, tapi tak salah kitorang plan untuk kebaikkan semua. lagi pun mak ku dah cakap, dia tak larat nak jaga 2nd baby.. so daku pikir nak berhenti kot... kot lah

    perancangan kita baik, perancangan Allah lebih baik. tapi kita tetap kena berusaha untuk dapat yang baik.

    Just my 2cents

    ReplyDelete
  3. betul tu wan..makna rezeki nih luas...x semestinya harta dan duit je..

    w/pon sy dan suami masih belom dikurniakan rezeki anak tp kami positif menunggu..moga ada rezeki kami nti...doakan kami ye :)

    tp pape pon alhamdulillah sbb walau xde rezeki nk dpt anak lg tp Allah kurniakan rezeki yg lain cam dpt family in law yg sgt baik :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Org yg tulis tu xguna akal kot. Bajet anak byk takut terbiar. Eiii xpahamla. Rezeki tu kan kdg2 dtg bergolek. Ada org bg hadiah kt baby ke, tetibe menang pampers 1thn ke. Bodoh gila pikir rezeki tu kena usaha je. Kesian gile kt blogger tu

    eena best

    ReplyDelete
  5. eh betulll setuju sesgt...semua pun rezeki..ujian juga rezeki..supaya lebih dkt dgn Tuhan..kite xde rezeki anak lg..doakan kite preggy tahun 2014 ni yee..aminnnn..hihik

    eh membebel plak kt blog nie..salam perkenalan.. ;)

    ReplyDelete
  6. betul tu..anak sikit ke, anak ramai ke, takde anak ke..siapalah kita untuk pertikaikan ketentuanNya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...