MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, May 2, 2014

Sopa baru. Ehem


Ehem ehem.

Ini cerita agak basi sebenarnya, tapi nak story jugak sini.

Iols beli sofa baru. Ehem. 

Haha.

Sofa lama aku yang berusia 3 tahun itu sudah nazak sangat keadaanya. Nak duduk letak bontot pun rasa sedih sangat dah. Koyak rabak siap soletep soletep sana sini.

Sedih. Malu pun ada jugak bila orang datang rumah tengok sofa aku dah gitu rupa. Uhuk uhuk.




Sofa lama. Bahagian yang buruk itu pada sofa 3 seaters. So terlindung. Haha.

Lepas dah bermusyawarah dengan incik suami, maka kami setujulah untuk korbankan duit holiday ke kota kinabalu cuti sekolah nanti untuk membeli sofa. Uhuk uhuk tak dapat pegi holiday.

Nak pilih sofa pun macam nak gila. Letih!

Cadangan asal nak beli sofa L Shape je sebab nak jimat ruang. Almaklumlah rumah besar lubang idong katanya. Tapi idokler aku jumpa L Shape yang bekenan. Ada yang jenis fabrik, pastu takleh bukak basuh pulak. Ada yang design dah cantik, tapi bila test duduk adoyai kemain keras rupa duduk atas batu.

Harga taknak murah pulak. Hoi!

2 hari jugak lah ke hulu hilir keluar masuk kedai kedai perabot.

Last lastnya pilih sofa  1 2 3 seaters jugak.



Sofa baru iols

Tengok kat kedai macam size standard lebih kurang sofa lama. Sekali bila sampai, adoimak! Besau! Siap nak masuk pintu pun susah.

Bila dah besar, maka memang makan space la. Sempit rumah hamba. Mujur aritu tak beli dining table sekali 6 kerusi sekali. Ikut kan ritu laki aku dah gedik gedik nak tuko meja makan jugak. Mujurlah tak beli. Kalau beli manalah nak dicampakkan sebab rumah dah full. Haha.

Nak susun atur pun aku sampai tak reti. Pusing tang sini tak kena, tang sana tak kena. Last last susun atur yang macam kat atas tu je lah yang paling elok walaupun sebenarnya tak berapa elok jugak.  Lantoklah!





Jadi sekarang gembiralah hati perempuan aku sebab ada sofa baru. Walau bukan sofa leather, half leather pun bukan. Cuma sofa cikai je *tapi rege ya ampun mahai*, aku tetap gembira.


Tapi.............

Incik suami aku ni suka nau melenjan tido atas sofa.





Eeeiiii manalah sofa lama tu tak rabak??

Bang, kalau yang ni pun rabak, ko beli yang baru harga dabel!

3 comments:

  1. Rumah ku xder sofa yong. Lagi sedih. Haha.

    ReplyDelete
  2. mestilah sedap tidor atas sofa baru...emputk gitu

    ReplyDelete
  3. sejuk kot yong tido atas sofa... sama lah suamiku. dah lah ukurlilit badan suami ku ehemmm boleh tahan.. tengelam jadinya lepas bangun.... hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...