MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, May 12, 2014

What?? Adelea dah 6 bulan?



Jarang aku cerita pasal Adelea kan? 

Kalau  Aidi dulu setiap bulan update milestone dia. Adelea? Sedih. Mama dah kemalasan. Huhu. Oklah aku kumpul 6 bulan punya cerita la senang. Kang cerita perkembangan anak pun ada 20 parts kang hazab sangat. Hahaha!

Adelea dah genap 6 bulan 10 Mei yang lepas.

Alhamdulillah. Besar dah anak dara aku. Walaupu size body masih maintain slim, tak mengapalah anak oi. Janji kamu sehat. Sementelah Adelea pun tak pernah demam ke selsema ke batuk ke apa sepanjang 6 bulan ni. Hari hari dia sehat, gembira, ceria. Syukur Allah.

Progress Adelea pun bagus.

Dia suka tersenyum ketawa bila kita agah.
Dah pandai meniarap dengan lajunya. Susah dah nak pakaikan dia pampers sekarang. Nak memusing je keje dia.
Pandai tengok TV. Paling suka tengok boboiboy! Ini abang dia la ngajor ni. Haha.
Kuat nyusu. sekali minum 5oz okey. Ini pun aku rasa macam tak cukup. Macam nak kena up jadi 6oz dah sekarang.
Dah boleh menyulur. Tapi bukan nyulur ke depan, nyulur gostan ke belakang. Hahaha. Apa apa la dik. Janji kamu berkembang.
Tido pun dah lama dia tido sendiri dalam cot dia. Tido pun jenis tido direct macam orang dewasa. Jarang sangat dia bangun malam mintak susu kecuali kalau dia tido awal sangat jam 8 dah tido katakan, memang dia akan terjaga dalam kul 1 nak susu.
Suka memerhati. Adelea jenis pemerhati. Dia suka tengok sekeliling, macamkan paham, analisis bagai pastu dia senyum sendiri. Gitulah anak dara aku.

Senang sangat nak bela Adelea ni. Kalau dulu aku rasa Aidi tu dah habis senang nak jaga, rupanya Adelea lagi senang jaga. Rezeki mama la dapat anak-anak menyenangkan gini.


Eh Adelea dah start solid food tau.






1st meal dia. Puree carrot!

Dalam fridge ada carrot dengan potato je. So aku pilih carrot sebagai makanan pejal pertama dia. Steam dan blend dengan susu dia sikit. Yummeh oii rasa!



Untuk 1st meal, aku bagi tak banyak. Dalam 1 sudu besar je. Dan licin, habis.Untuk seminggu ni rasanya memang 1 sudu besar je lah makanan dia. Makan pun sekali sehari je la dulu. Nanti masuk bulan kedua baru aku up makan 2 kali sehari. Slow and steady kata orang. Kang terkejut perut budak tu. Huhu.


Petang ni nak bawak Adelea check up 6 bulan. Berapalah berat dia sekarang.

Dapat 6 kg pun aku dah syukur dah. 5 bulan ritu Adelea 5.4kg. So kalau 6 bulan ni dia dapat cecah 6kg kira bagus dah la tu. 

Badan persis miss unibes memang cenggini. Ahaks!


3 comments:

  1. same la anak kita..kecik je..
    time lima bulan..5.5 kg..

    takpela kan..asal dia sihat... :)

    ReplyDelete
  2. menu 1st sama airiell...puree carrot..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...