MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, July 27, 2015

Terima report card Aidi. Nebes iols!

Dah setahun Aidi ke tadika. Aku start hantar Aidi tadika masa umur dia 2 tahun 6 bulan and sekarang Aidi dah 3 tahun 7 bulan dah pun. By December nanti cukuplah dia 4 tahun.

Setahun Aidi sekolah, apa perkembangan?

Tujuan utama aku hantar Aidi school adalah nak bagi dia bergaul, berkawan, and improve communication skill dia. Aidi jenis lambat cakap. Sekarang pun ayat dia masih pendek pendek and pelat. Tapi banyak improvement banding setahun lepas. Alhamdulillah. Itu yang aku nak.

Bonus, banyak kemahiran lain Aidi blajar setahun ni. Baru baru ni Aidi ada exam pertengahan tahun. Ahaaaa jangan buat main zaman la, budak 3 tahun lebih dah kena duduk exam. Nebes mak tau. Aku memang takde letak apa apa target pun untuk Aidi. He just 3y plus, kejam rasa kalau nak letak high expectation sangat.

Selesai exam, ticer pulangkan kertas kertas exam Aidi and report card.

Guess what??!!




Ehhh boleh tahan result ko nak. Not bad.

Aku belek kertas exam dia, eh ter bangga pulak aku dengan bujang ni. Banyak soalan yang aku tak sangka dia boleh jawab sampaikan aku konpius betul ke dia jawab sendiri, ke ticer bagi jawapan? Tapi kalau ticer bagi jawapan dah tentu 100% markah semua subjek ye dop? So aku buat kesimpulan, ticer cuma bacakan arahan since aidi belum pandai baca, tapi jawapan pepandai ko la anak jawab sendiri.

Well, mama vangga nak. Kembang vontot mama ha.

Walaupun tak semua score A, siap ada gred C, still okey what? Ko nak expect apa untuk budak yang belum pun cecah 4y? Tulisan dapat C, aku senyum sepanjang hari. Itu menunjukkan Aidi dah boleh menulis walauponnnnn. Haha.

Hujung tahun nanti mesti ada exam lagi. Aku tak expect banyak. Tahun ni masih masa untuk main. By next year, yes aku target aidi boleh membaca sikit sikit next year.

Good luck aidi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...