MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, July 30, 2015

"Kan bini ada, biarlah dia buat". kata mak mentoa.


Aku malas nak ulas pasal isu kabinet kabinet yang hangat sekarang. Kak mah beli kabinet la, kak jah tuko kabinet ke, cik kiah rombak susunatur kabinet dapo dia bagai. Malas rasa nak ulas, plus aku pun bukan reti sangat benda benda folitik ni. Tapi iols nak ulas isu kat bawah ni.



Viral kata ko status Encik Faizal Azmi ni.

" kan bini ada, suruh aje bini ko buat"

Aku dah baca versi full.

Memang betul, ada berlaku kes kes orang tua kita pandang sinis bila sang suami sama sama turun jamban cebok bontot anak.

Wakdolahhhh mereka nak sinis?? 

Time sedap proses anak, sama sama nak sedap. Sama sama nak sampai ke tepian katanyaa.

Time mengandung, suami sedap lebih sebab yang lelah usung perut 9 bulan pun isteri. Yang putus putus urat meneran pun bini jugak. Yang susah payah kena pantang makan pantang itu ini semata nak make sure badan kembali tiptop untuk suami pun bini jugak kena harung.

Ate, takkan sampai part mengurus anak, bini kena redah sorang? Suami buat apa?

Suami keje, cari nafkah.

Eh bini bini zaman sekarang pun ramai je yang keje. Sama sama balik keje lewat, sama sama penat, sama sama tong tong duit gaji bayar perbelanjaan rumahtangga. Kalau pun isteri tu surirumah pun, ingat tak penat ke keje jadi surirumah? Cer try seminggu jadi surirumah, mengah ko tau!

Untung siapa dapat suami pangai macam Encik Faizal yang viral tu (sambil libas shawl). Dia paham tugas suami. Paham lelah isteri. Takde dosanya isteri kalau minta tolong suami urus rumah and anak anak. Takde dayus suami kalau bantu isteri buat kerja kerja rumah.

Aku sendiri, sebagai isteri bekerja, anak dua, suami tentera, takde jugak sampai hati aku nak serah bulat bulat keje rumah pada suami. Penat penat dengan sekolah pun, aku cuba sedaya upaya setelkan hal rumah. Memasak, mengemas, membasuh melipat, urus anak anak etc. 

Untungnya aku dapat suami ringan tulang. Tak kekok cebok anak anak, tukar pampers, bancuh susu. Sekali sekala tolong sediakan dinner bila tengok aku letih sangat. Atau paling tidak ofer makan luar. Rajin sesekali vakum rumah, cuci sawang, basuh kain baju. 

Walaupun kat kampung dia sendiri pun, dia tetap buat semua tu.

Dan syukurlah, mentua aku tak pernah berbunyi kalau anak lelaki dia tolong isteri.

Depa bising kalau anak lelaki depa tak nolong lagi ada lah.

Huntongg kak yong kan. Heh.

Kepada lelaki lelaki di luar sana, yang dah kawen, yang bakal kawen, even yang belum kawen pun..please, bantu isteri. Jangan malas sangat sampai  nasik lauk dah hidanh depan muka, pinggan makan sendiri pun tak larat nak angkat masuk sink. Ada tu spender pun bersepah sepah atas lantai tak reti kutip.

Aidi pun dah pandai masukkan baju kotor sendiri dalam bakul. Paham dah dia lepas makan pinggan kena hantar ke sink.

Isy malulah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...