MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 10, 2015

Walaupun rumah pprt, ada hakak kesah?

Semalam, sebelum mentido sempat la ber pillow talk kejap dengan hubby. Ewaaahhh hubby tetiba kan. Haha. Mata tak bape nak ngantok lagi, tapi have to sleep sebab esok nak koje. So nak bagi ngantok, bawak bawak la borak.

Tajuknya adalah 'Dah 5 tahun kita duduk rumah ni kan.'

Gitewww sekali kami terobek.

Sesiapa yang memang folo blog cabuk aku ni dari dulu memang tau la syurga kecil kami ni cane rupa. Tarap pprt je dik non. Tapi inilah syurga kami.

5 tahun dulu, masuk rumah ni deposit pun pinjam duit mak. Betapa takde duitnya kami nak bayo depo ribu riban tu. Rumah tak kosong 100%, ada kerusi sofa style kusyen tu, ada meja lipat, ada tilam single usang. Tv takde apatah lagi astro. Memang yilek. And kami masuk just bawak 2 beg luggage je. Laki aku siap spender pun ada 3 lai je masa tu. Adoiilah bang!

Esoknya pinjam moto kawan asben (dah arwah dah kawan tu, al fatihah), naik moto pegi beli barang barang asas sikit. Kete memang takde lagi, moto pun takde. Laki aku selama bujang kat labuan tu pegi keje bonceng moto kawan je. Jadi naiklah moto jinjit beg beg plastik barang barang. Sampai tengah jalan, hujaaaaannnnnnn. Kuyuplah kami laki bini sementara nak sampai rumah. Heyyy suwitttt angat!

Lepas 2 bulan, iols dapat gaji dah,tertunggak lagi. Macam jakun sangat dapat gaji tertunggak 2 bulan tu. Tak pernah dapat duit banyak gitu. Maka terusss bayo balik duit pinjam kat mak ritu, anto duit ke famili, pastu gedik pegi hunting perabot untuk rumah.

Kami beli sofa, meja makan, kabinet dapur, bedroom set, kabinet tv. Amik pun yang paling murah. Miskin kan time tu. Uhuk uhuk. Katil tu dah jahamam, roboh kau! Sofa pun dah tukau lain sebab dah koyak rabak, kerusi meja makan pun dah jahanam sebijik. Ni lemari dapur pun macam dah kiok dah. Drawer takleh tutup la apa la, tapi sayang pulak nak beli baru. Sentimental value katanya.

Sekarang alhamdulillah, selepas hampir 5 tahun, rezki makin bertambah. Rumah dah lengkap walau tak mewah, kereta ada walau bank punya lagi, moto ada walau cuma ex5, anak ada dua walau katil sampai roboh bahahahah,bahagia masih kekal bahagia. Alhamdulillah alhamdulillah.

Kadang terpikir jugak nak pindah rumah lain yang lebih selesa, tapi sayang pulak kat rumah kenit ni.

Our 1st house hidup sama sama.
Banyak memori kami dalam rumah ni.

Tak dapat bayangkan bila nanti satu hari kami berpindah balik semenanjung.


Uwaaaaa mesti sedih!

Okey gambo rumah takde. Malas nak carik. Haha

2 comments:

  1. entry ko best...nk buat gak la citer cam ni..mengimbas

    ReplyDelete
  2. Terkenang jugak first time ikut husband tinggal kat labuan disember 2012. Lepas habis blajar kat IPG. Hihi. Dapat rumah blok M, lantai pecah. Menganggur 7 bulan. Jadi babysitter. Mmm inshaallah 2016 mengharapkan pindah ikut suami balik semenanjung dah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...