Laki bini depan lappy..gigih mencari tiket nak balik KL cuti sekolah minggu depan.
Klik punya klik punya klik, belek punya belek, pikiaq punya pikiaq, campur tolak darab bahagi semua duit-duit yang ada..
akhirnya terus tekan butang.."confirm".
Yes!! Finally dapat jugak balik semenanjung berdua. Selama ni asik-asik aku balik sensorang. Macam bini yang merajuk mintak dihantar balik ke rumah mak. Hoho.
Tentiba petang tadi....
Henfon incik suami bunyi...lagu xnak kalah..."boleh pandang-pandang...jangan pegang-pegang...".
Incik suami: Ha hello. Kat rumah, nape? Aaa....Apa? Bakat? Bila? 13hb? Aduh..kitorang dah beli tiket dah ni nak balik KL 11 hb..Abis camne? Ha... Ha...okey okey. Bye.
" Ayang tak boleh balik KL...Ayang kena pegi perjumpaan BAKAT kat kem 13hb nanti. Kalau ayang tak pergi nanti abang kena denda."
DANG!!!!
Rasa nak menjadi hulk hijau dah time tu.
Orgghhhhhhhhhhauuuurghhhh!!!
nota kaki: BAKAT adalah persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri tentera. Aku isteri tentera kan?? So..sila mengjoinkan diri.


