MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 6, 2011

9 MINGGU SUDAH.



9 minggu..


Alhamdulillah..masih lagi kuat.


Cuma ada satu perubahan ketara yang aku rasa.


Perut cepat lapar. Heh.


Lambat sikit makan, perut akan mula rasa pedih, rasa sebu, rasa macam nak kena gastrik. Tak boleh tahan. Menyeksakan.

Tapi bila dah dapat makan, baru beberapa suap dah kenyang. Pelik pulak aku.

Semalam teringin nak makan kfc. Bukan main aku order x-meal deluxe, whipped potato besar, cheezy wedges bagai. Sekali yang aku telan cumalah setengah zinger burger tu jek. Yang lain....tunggu 2,3 jam seterusnya baru aku boleh makan lagi. Sungguh pelik. Sebelum ni dinner plate pun sekali harung je aku boleh balun. Hahaha.


Mungkin aku kena kerap makan, tapi dalam kuantiti yang sikit. Yang penting jangan biar perut lapar. Bila lapar...memang seksa nak tahan pedih perut.


Tengah-tengah beraktiviti ko-kurikulum kat sekolah pun aku sanggup escape 5 minit untuk lari ke kantin cari makanan isi perut. Huhu.


Setakat ni itu je la perkara yang paling ketara aku rasa. Yang lain-lain masih okey. Masih gagah mengajar panjat naik turun tangga sekolah yang 4 tingkat tu. Masih boleh drive pergi balik sekolah dengan jayanya, masih boleh buat tuga seorang isteri dengan baik..kecuali masak. Haha..Memasak adalah sedikit malas sekarang. Seminggu sekali je kot aku pegang kuali. Hehe.


Minggu depan nekad akan curi sikit masa untuk bukak buku pink. Tak boleh tidak, harus pergi minggu depan jugak. Insyaallah.



Dah abis dah entri. Nak tengok diari AF pulak.


Daa!

Wednesday, May 4, 2011

11 BULAN YANG AMAZING RACE!

Hari ni 4 Mei..


Uiiii sebulan je lagi nak cukupkan haul satu tahun. Satu tahun yang penuh pahit manis, setahun yang sungguh menakjubkan.


Teruja pulak nak masuk tahun kedua ni.


Plan sambutan annivessary?


Oh sedih. Sampai sekarang masih tiada sebarang planning mahu sambut ulang tahun perkahwinan macam mana.

Terpikir jugak nak pegi honeymoon *wahhhh* kat KK. Tapi memandangkan kami laki bini bawak kereta kat Labuan yang sunyi sepi ni pun terkial-kial, apa lagi nak driving sampai ke KK yang busy manjang tu. Memang tak lah.


Pastu terpikir nak pergi honeymoon kat mana-mana hotel yang ada kat Labuan ni je. Saja nak merasa feeling tido hotel lagi. Pastu bila hitung-hitung balik.....ahh macam rugi pulak. Tido kat rumah pun okey apa? Bilik style hotel jugak what? Haha.


Pastu dah tak boleh pikir apa-apa lagi. Aku pun tak de idea dah nak celebrate annivesari camne rupa nanti.


Mungkin just makan-makan berdua kat luar.


Atau makan-makan berdua kat rumah.


Atau just menghabiskan sepanjang hari berdua-duaan golek-golek depan TV.


Hmm...kalau incik suami rajin, boleh jugak aku ajak dia buat lawatan sambil belajar keliling Labuan ni.


Aku teringin la nak pergi Taman Burung.





Hehe...taman burung pun jadi la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...