MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 4, 2012

Eh, ada hadiah lagi ke?


Seronoknya..seronoknya seronoknya....eh kalau dah lebih dari 1 seronok kita kena panggil beronok-ronok. Yeay!! Beronok-ronoknya!!

Baru balik dari keluar menyambut anibeseri. Sambut tak sambut sangatlah. Takdelah party-party apa pun. Kek pun takde. Just keluar makan, pastu keluar bayar hutang, pastu pegi cari kain untuk langsir bilik aidi, pastu pegi jalan-jalan. Haaaa...romantik sangat tentatif sambutan anibeseri kami kan? Haha.


Itu semua tak penting, yang penting kami pulang dengan hati yang gembira.

Kenapa gembira??

Sebab kami bertiga masing-masing dapat hadiah anibeseri yang baru.

Yeayyy!!

Hari tu aku dapat teddy bear yang bernama Mr. Boo Boo kan?

Hari ni aku dapat ini.






Hihihi..sukanyaaaa!

Speechless terus. Huhu.

Incik suami pulak dapat ini.

Jeng jeng jeng..








Ohh lama dah kami idamkan benda ni. Orang lain dah lama dah beli tapi kami baru mampu nak beli. Memang kitorang ni selalu lambat. Tak larat nak kejar teknologi. Tapi finally dapat jugak. Suka!!


Eh Aidi pun ada hadiah jugak tau. Sebabkan Aidi banyak bagi kebahagiaan pada mama dan abahnya, maka kami pun bagi Aidi hadiah jugak sempena anibeseri..

Tada!!





Soft toys dgn teether je pun. Tapi mahal ya amat. Bagi aku kalau toys rege above RM50 tu kira mahal dah la tu. Hehe.


Jadi malam ni kami bertiga di rumah dengan hati yang gumbira.

Mama gumbira

Abah gumbira

Aidi pun gumbira.








Errr Aidi, malam ni Aidi tido awal okey?


Haha!















Selamat Pengantin Baru Suamiku...

4 Jun menjelma jua!!

Ohh nebes nebes. Lepas asar nanti nak menikah. Huhu. Rasanya sepanjang hari ni mesti aku asik keje mengimbau kenangan 2 tahun lepas je ni dengan incik suami. Imbau la sampai loya. Haha.

Hari ni plannya takde gempak mana. Since semalam incik suami duty malam, and dia baru je balik rumah jam 8 pagi tadi, maka semua plan hari ni kena anjak sikit ke petang. Bagi can lah pengantin baru tido lena dulu. Caj bateri. Nanti sampai ke malam jadual padat. Eh? Haha.

Macam tak percaya je dah 2 tahun tempuh alam rumahtangga bersama.

Dulu masa mula-mula kawen, duduk pun jauh-jauh. Sorang kat KL, sorang kat Labuan. Hari-hari rindu macam nak pecah dada. Ceaa!!

Bila dah dapat posting ke Labuan, seronoknya!! Mulalah hidup berumahtangga di Labuan. Masuk rumah sewa pun rumah kosong semata. Bantal pun takde. 1st nigh tido kat rumah sewa ni aku adalah berbantalkan lengan suami. Soooo sweet!!

Masa tu motor pun takde. Sampai kena pinjam *sewa* dari kawan. Sedih sangat kalau ingat balik. Kereta apatah lagi lah kan? Memang takde. Pastu kami berbondong beli barang-barang dapur dan rumah macam tilam toto, bantal, selimut, almari kain bla bla bla bla. Naik motor okey. Incik suami bawak motor, kat depan dia ada seplastik besar barang-barang. Aku pulak jinjing beg-beg plastik yang lain penuh tangan kiri kanan. Sekali di pertengahan jalan...hujaaaaaannnn!! Lebat kot. Habis basah kuyup kami dua. Dengan barang semua habis basah. Memang kesian sangat kalau ingat balik. Tapi itulah kenangan kami.

Sekarang...

After 2 years...

Alhamdulillah..syukur atas kurniaan Allah.

Kami dah ada motor sendiri. Eh kereta pun dah mampu beli.

Rumah pun dah lengkap walaupun takdelah mewah. Mesin basuh pun semi auto jek tapi syukurlah dari takde.

Makan pun tak pernah tak makan. Buktinya..lihatlah suamiku yang gagah macam gajah tu. Haha!

Paling istimewa...sekarang dah ada Aidi. Aidi adalah kurniaan terindah dari Allah setakat ini. Alhamdulillah.

Walaupun perjalanan rumahtangga aku tidaklah indah memanjang selama 730 hari ni. Tetap ada pasang surutnya, tetap ada gaduh rajuknya, tetap ada marah terkilannya...tapi itu adalah pengalaman indah buat aku.

Yep, bergaduh sampai sikit lagi nak terbang periuk belanga pun tetap indah bila dikenang-kenang balik.

Harapnya tahun ketiga ni membawa lebih banyak kebahagiaan. Kalau dikurniakan ahli keempat pun best jugak kan? Eh, pulak dah? Hehe.


Untuk suamiku yang terchenta..

Selamat Pengantin Baru buat kali yang ketiga.






Aaaa...aaaa...pengantin baru je kali ketiga, isteri tetap yang serupa tau. Jangan buat-buat lupa pulak.

Haha!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...