MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 9, 2012

Mencari Biskut Raya


Tak berapa hari je lagi nak puasa dah kan? Bestnya...Pastu nak raya pulak. Eh double best jadinya.

Tahun ni aku mohon tiket warrant untuk balik raya. Jimat sikit. Kalau nak beli tiket sendiri pergi balik untuk kami 3 beranak mahu beribu jugak jadinya tu. Jadi dapat tambang percuma tahun ni kira Alhamdulillah sangat.

Baju raya pulak boleh kata hampir selesai untuk kami bertiga.

Baju aku semua mak yang sediakan. Dari beli kain sampai ke hantar tailor semua mak dah uruskan. Aku tinggal hulur duit upah tailor je lah. Eh upah tailor pun mahu makan ratus-ratus lebih jugak tu sebab mak tempahkan LIMA pasang baju untuk aku tahun ni. Hamboiiii ini kira balas dendam ni sebab last year aku memang takde tempah baju raya. Almaklumlah..membuyong. Hehe

Baju Aidi memang dari awal dah berdikit-dikit beli. Sikit-sikit pun sekarang sampai dah tak muat laci nak simpan. Itu pun ada yang masih belum sampai ke tangan sebab bajunya pre order. Kalau kira-kira rasanya ada 10 pasang dah baju Aidi. Baju melayu pun dah beli. Beli ready made je kat manjakuhappy.com. Kasut raya Aidi kalau ikutkan dah beli 2 pasang. Tapi silap size. Aku terbeli yang size 18-24 bulan. Memang sampan lah kasut tu. Aidi sekarang masih pakai kasut size 6-12. Tengoklah kalau jumpa yang berkenan. Kalau tak..pakai je lah kasut lama. Ada 3 pasang kesemuanya kasut Aidi sekarang. Heh.

Baju incik suami pun setel sudah. Stok baju melayu and baju kurung baru sampai ke pasaraya-pasaraya kat Labuan ni. Kain pun boleh tahan cantik. Warna pun not bad. Banyak pilihan. So sementara benda masih banyak stok ni baiklah kita beli cecepat. Kalau nak tunggu balik Kuala Kangsar baru nak hegeh-hegeh nak cari baju Melayu..alamat memang tak berbaju baru lah sayang oii. Tak kisahlah baju melayu sepasang 50 hengget pun..janji kualiti kain cantik, warna menepati tema raya kita tahun ni. Cukuplah. T.shirt/kemeja pun dah beli 3 helai untuk dia. Jeans tak payahlah beli baru sebab mak aku ada belikan jeans untuk incik suami masa beliau ke Bandung hari tu. Waahhh..bertuah betul kan..sampai baju raya menantu pun mak mentua belikan. Heh.

Aku tinggal nak cari tudung and kasut jek. Ah, kasut pun takdelah nak bling-bling sangat. Dah masuk group mak mak ni kita pakai sandal yang selesa sudahlah. Mana nak mengendong putera kecik tu lagi nanti kan.

Tak sabar nak raya. Eh, tak sabar nak puasa dulu. =)

Oh lupa..biskut raya.

Siapa ada jual biskut raya online?

Patik mahu lihat-lihat..kalau berkenan di hati bolehlah order untuk santapan di Aidilfitri.

Kalau kamu-kamu tahu siapa-siapa yang jual biskut sedap..drop komen eh. Memerlukan sangat ni.

Daa!

Sunday, July 8, 2012

Macam Pengantin Baru Pulak..


Fuh!

Baru lepas siap masak lauk daging masak kicap. Lawan dengan telur dadar jek. Mama tak berapa nak rajin masak tiga pat mata hari ni.

Mandi apa semua pun sudah.

Aidi pun dah wangi dah.

Sekarang kami berdua tunggu abahnya pulang dari kerja. Abahku pulang dari kerjaaaa...abahku belika kereta...lalalalala...pon pon pon pon pon pon pon..haha!

Eh..nak tanyalah..

Korang selalu tak rasa macam rinnnnnndu je kat incik suami bila kat tempat keje? Aku kan sejak dua tiga menjak selalu je macam rindu kat suami sendiri time kat sekolah. Rasa macam tak sabar nak jumpa dia. Eh dah macam pengantin baru pulak rasa.

Korang ada rasa gitu tak?

=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...