Last day school.
Weeehoooo!!!
Best oh nak cuti. Duduk rumah ngulit anak suami. Heh.
Malam ni pulak ada dinner sekolah. Buat kat Hotel Tiara, hotel tempat kami satu famili holiday holiday hari tu.
Tema dinner adalah merah hitam dan putih.
Pheww!!
Pakai baju PBSM aci tak? Haha.
Aku sebenarnya tak bulat hati lagi ni sama ada nak pergi ke tak dinner tu. Aidi kan masih lagi tak sehat. Kesian tau Aidi, kali ni punya campak memang teruk dari dulu. Habis muka dia dah tak hensem dah sebab penuh merah-merah. Badan, punggung, bebird pun habis merah. Syukurlah semalam aku tengok campaknya dah keluar sampai ke kaki. Kata orang, kalau dah sampai kaki tu maknanya nak baik dah la tu. Cepatlah sehat ye Aidi. Besday party dah dekat ni. Huhu.
Cakap pasal besday. Semalam, lepas sekolah sempat aku lone ranger pergi bandar sorang-sorang cari barang untuk besday Aidi. Terpaksa pergi sorang sebab incik suami kena jaga Aidi kat rumah. Salah sorang je boleh keluar. Gituuu.
Tapi sedihnya aku.
Paper plate gambar mickey takde.
Paper cup mickey pun takde.
party pack mickey pun yilek.
Pendek kata banyak benda yang aku nak takde. Dulu survey ada je banyak semua mickey stuff ni. Alih-alih bila nak beli semua habis. Stress mak.
Dah nya aku hentam je lah apa gambar pun. Lari tema ke apa ke lantaklah. Janji besday Aidi jalan. Hehe.
Malam ni aku nak start buat decoration dah. Mama kau kan beria Aidi oiii...bagai-bagai benda nak buat. Jangan buruk jadinya sudahlah. Haha.
Eh dinner ni..nak pergi ke tak ni?
Duit dah bayar.
Tapi baju dinner memang takdelah aku cari baru. Ku pakai je lah baju pergi pasar yang banyak dalam lemari tu.
Aish!! Tak tau nak pergi ke tak.
Kalau pergi....kesian pulak kat Aidi tinggal dengan abahnya saja malam ni.
Kalau tak pergi...rugi pulak rasa.
Grand prize lucky draw PETI AIS wa cakap sama lu!
Friday, November 9, 2012
Thursday, November 8, 2012
Aku Pulak Nak Bambu Blogger Ni.
Semalam ada isu hangat tentang NIP (Nursing In Public) kan kat dunia blogger n?
Siapa tahu tekan "like"!!
Muahahaha! Boleh lah sangat nak like kaaan.
Aku sebenarnya memang silent reader blog tu. Ada masa aku suka baca tulisan si Mantot tu, ada masa memang entri dia semua tahap menyampah jek. Kebanyakan entri dia mesti kutuk-kutuk kerajaan. Lantaklah..aku memang malas nak sentap-sentap sangat bila bab politik ni. Tapiiiiiiiii bila sampai bab dia buat karangan seolah-olah mengutuk wanita atau lebih tepat lagi, ibu...Ohhhh ini memang hangin.
Katanyaaa....dia ni bangkang sehabis-habisnya ibu-ibu yang NIP. Tak tahu malu katanya.
Ko tengok ayat dia eh. Jap aku copypaste.
Aku tak setuju langsung dengan pandangan diorang sebab sebagai seorang suami , aku tak suka isteri aku
terpamer macam tu aje. Wanita ni kadang2 bangang jugak la...assume sebab benda tu "natural" dan "beautiful" takkan ada orang tengok. Kepala hotak kau tak ada orang tengok. Aku pernah tertengok nipple bini orang YANG PUNYA LAH BESAR....kau ingat aku saja-saja nak tengok ke?
Coi!!!
Aku tak tahulah mantot ni duduk dalam dunia abad berapa. Aku tak tahu kat dunia mana yang dia dok jumpa ibu-ibu yang selak baju menyusu anak sambil tanyang NIPPLE BESAR tu. Ko kan mantot, kalau tak tau tentang nursing cover, tak tahu tentang shawl apa semua tu kau jangan cakap banyak tentang NIP. Ini siap nak kata wanita ni bangang lah apa lah. Hello?? Siapa yang vangang di sini sekarang? Dah, ko duduk situ diam-diam layan porno kau.
Kat bawah sikit, dia bagi pulak hujah yang semakin menunjukkan kevodohan beliau tentang dunia penyusuan ni.
Korang baca eh.
Tak ada rasa malu ke? Tak ada tempat lain yang lebih elok ke nak menyusu? Orang lain boleh aje anak nangis gi menyusu tempat tersorok tapi ada jugak "wanita-wanita" yang nak menyusu depan orang ramai dan mintak orang lain jangan sibuk-sibuk. Kalau ada lelaki bukak seluar dan jalan rata2, adakah ada kemungkinan tak kau tertengok dia "punya anu"? Ada. Jangan tipu. Walaupun secepat mana pun kau pejam mata dan alih pandangan kau, kau akan tertengok jugak.
Kaaaannnnn??
Very the vudus kan?
Nak paksa ibu-ibu ni larik-larik sambil kendong anak yang tengah meraung nangis cari tempat tersorok untuk menyusu anak. Tersorok tu kat mana hoi?? Tandas?? Tepi tangga? Kat mana hoi?? Aku nak tanya balik, kenapa perlu lari menyorok sedangkan ibu tadi ada kain/nursing cover/napkin etc untuk cover breast dia masa menyusu?? Kenapa perlu menyorok??
Sebab....dia sebenarnya tak tahu langsung kan kewujudan benda-benda tu. Dalam kepala dia, nak susukan anak, kena selak baju bagi nampak NIPPLE BESAR. Ngok!!
Pastu siap nak buat perbandingan dengan lelaki bukak seluar. Wakdehek!!
Aku kesian sangat kat bini dia. Dari entri-entri dia sebelum ni dia gambarka isteri dia ni wanita bertudung labuh, cikgu sekolah katanya. Tapi sayangnya suami cenggini perangai.
Pastu perenggan bawah-bawah sikit baru dia nak sentuh bab wanita bertudung la apa lah.
Kalau dah terpaksa nak menyusu, ada banyak cara yang lain,even nak breastfeed secara mobile pun boleh ...tapi masalahnya..heheh...cara tu hanya boleh dilakukan kalau anda bertudung. Betul kan puan2 yang bertudung? Nak tau apa benefit bertudung? Menyusu anak ni senang.
Ya...memang kalau kita bertudung especially yang bertudung labuh ada sedikit kelebihan sebab boleh je cover breast dengan tudung. Tapi itu tak bermakna ibu-ibu yang tak bertudung atau yang bukan Islam terpaksa/wajib/mesti selak baju sampai nampak NIPPLE BESAR. Satu lagi...bini kau ni mantot bukan ke bertudung? So apa alasan kau tak bagi bini kau nyusukan anak kat public macam kau mention awal-awal tadi?? Geli?? Phuiii!!
Kalau baca komen-komen kat entri si mantot ni, memang teruklah dia kena bambu. Siap tak terlawan balik. Tapi ada jugak yang backup mantot ni and kebanyakan yang back up dia adalah lelaki. Eh tak tepat...lelaki yang tak tau tentang dunia penyusuan bayi tapi kepoh nak up entri. Hahahah!!
Sudahlah tot...kau lain kali buat entri tentang bidang yang kau mahir sudahlah. Kutuk-kutuk orang politik, keji-keji artis, up gambar-gambar pompuan hot..ha itu memang kepakaran kau.
Kalau teringin sangat nak up entri tentang ibu-ibu, tentang bayi..buatlah research dulu. Bini ada..ibu ada...anak ada..lu pikir la sendiri!!!
p/s: sampai tunggang terbalik size font aku. Siapa tak nampak, sila pakai kanta. Hahahaha.
p/s: sampai tunggang terbalik size font aku. Siapa tak nampak, sila pakai kanta. Hahahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)


