MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, November 9, 2012

Nak Pergi Ke Tak

Last day school.

Weeehoooo!!!

Best oh nak cuti. Duduk rumah ngulit anak suami. Heh.

Malam ni pulak ada dinner sekolah. Buat kat Hotel Tiara, hotel tempat kami satu famili holiday holiday hari tu.

Tema dinner adalah merah hitam dan putih.

Pheww!!

Pakai baju PBSM aci tak? Haha.

Aku sebenarnya tak bulat hati lagi ni sama ada nak pergi ke tak dinner tu. Aidi kan masih lagi tak sehat. Kesian tau Aidi, kali ni punya campak memang teruk dari dulu. Habis muka dia dah tak hensem dah sebab penuh merah-merah. Badan, punggung, bebird pun habis merah. Syukurlah semalam aku tengok campaknya dah keluar sampai ke kaki. Kata orang, kalau dah sampai kaki tu maknanya nak baik dah la tu. Cepatlah sehat ye Aidi. Besday party dah dekat ni. Huhu.

Cakap pasal besday. Semalam, lepas sekolah sempat aku lone ranger pergi bandar sorang-sorang cari barang untuk besday Aidi. Terpaksa pergi sorang sebab incik suami kena jaga Aidi kat rumah. Salah sorang je boleh keluar. Gituuu.

Tapi sedihnya aku.

Paper plate gambar mickey takde.

Paper cup mickey pun takde.

party pack mickey pun yilek.

Pendek kata banyak benda yang aku nak takde. Dulu survey ada je banyak semua mickey stuff ni. Alih-alih bila nak beli semua habis. Stress mak.

Dah nya aku hentam je lah apa gambar pun. Lari tema ke apa ke lantaklah. Janji besday Aidi jalan. Hehe.

Malam ni aku nak start buat decoration dah. Mama kau kan beria Aidi oiii...bagai-bagai benda nak buat. Jangan buruk jadinya sudahlah. Haha.

Eh dinner ni..nak pergi ke tak ni?

Duit dah bayar.

Tapi baju dinner memang takdelah aku cari baru. Ku pakai je lah baju pergi pasar yang banyak dalam lemari tu.

Aish!! Tak tau nak pergi ke tak.

Kalau pergi....kesian pulak kat Aidi tinggal dengan abahnya saja malam ni.

Kalau tak pergi...rugi pulak rasa.

Grand prize lucky draw PETI AIS wa cakap sama lu!

1 comment:

  1. demam campak nie org ckp elok mandi dgn air kelapa muda...
    gi jer la dinner tu sis, dh last slh nie..pastu dh lme plk nk jupe kwn2 keje..hihihiihih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...