Wah..raya makin dekat. Hari ni dah Jumaat. Esok dah Sabtu, hari tengok anak bulan. Lusa Insyaallah semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut girang Aidilfitri. Weeeehooo!!
Sebelum aku selalu kata baju raya aku ada lima pasang.*dasar periak*. Tapi tiga daripadanya masih lagi berada kat tailor. Huhu. Kalo adik laki aku tak p amik malam ni, ada kemungkinan aku cuma ada dua pasang je baju raya tahun ni. Huhuhu..
Semalam aku tengok mak aku gigih menjahit manik manik kat baju raya aku. Mak memang superwoman. Dan seperti selalu aku akan rasa bangga bila pakai baju yang maniknya dijahit oleh mak aku. Sebab apa? Sebab bila orang tanya.."cantiknya baju, tempah kat mana ni?" Aku dengan bangganya akan bagitahu manik manik kat baju aku ni mak aku yang jahitkan.*sambil kembangkan serombong kapal aku*. Memang satu kebanggaan. Cuma aku je yang takleh mak banggakan sebab langsung tak pandai menjahit. Ntahlah di mana silapnya. Tangan aku keras mcm jarum.Hahaha.
So kat sini aku nak tepek sikit pict baju raya aku. Tepek sikit sudahlah. Takkan nak tepek lima lima pasang kot. Riak sangat tu nanti makruh puasa.*puasa ke,wink*
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment