Entri kali ini merupakan entri yang agak ketinggalan zaman. Sebabnya citernya dah basi. Tapi aku tetap nak tepek jugak kat blog ni sebagai kenang-kenangan.*gatai*
Sebenarnya tadi aku baru melihat-lihat kembali gambar-gambar wedding adik lelaki kesayangan aku yang aku panggil Ayid. Beliau telah pun berkahwin dengan gadis pujaan beliau iaitu Sakinah sekitar Oktober 2008. Maknanya dah dekat setahun dah depa kawin. Cuma aku je yang lambat nak update dalam blog ni. (Yela blog ni pun aku baru je ternak.huhu)
Wedding Ayid ni merupakan wedding pertama kategori cucu dalam famili. Samada belah mak atau abah, inilah cucu tok, pah, tok wan n tok yang pertama skali kahwin. Jadi tentulah masing-masing teruja. Terutama sekali mak aku. Tak percaya? Tengok pict ni..
Mak adalah individu paling sibuk pada hari perkahwinan adik aku. Rasa-rasa aku malam tu dia tak tido langsung. Masih gigih menjahit manik kat baju kitorang. Tambah lagi mak tak sempat nak makan pun pada hari wedding tu. Aku risau jugak mak pengsan ke apa ke..Ish mintak dijauhkan..
2 orang pakcik aku (Pak Tun dan Pak Din) yang berusaha menyiapkan hidangan pengantin. Katerer dh sdiakan dh hidangan pengantin, tp depa beriya nak wat sendirik hidangan tambahan..kagum.
Dan juga pict ini.
Mak Yang nangis ke wat hidangan pengantin??huhu..terharu lagi aku.
Sungguh aku terharu dengan kerjasama yang pakcik makcik aku berikan. Itu baru beberapa keping gambo jek. Ada byk lagi moment-moment indah yang x dirakam.
Kalo dah namanya majlis perkahwinan, kurang lengkap kalo takde pelamin ye tak? Erm..meh aku tepek gambo pelamin selai. Not bad la bagi aku. Walaupun banyak guna kain (utk makluman aku x bape suka pelamin banyak guna kain.aku prefer bunga.ngeee) tapi masih nampak cantik bagi aku. Memenuhi la citarasa yang aku nak. Nak tengok? Ha tengok la..
Sila abaikan model dua orang itu.itu bukan pengantin ya.
Jom kita tengok suasana kat bilik pengantin pulak. Ngeee...
Bilik yang simple..tp aku suke..no need cadar kilat-kilat beropol bagai.
Ok dah puas tengok? Moh kite jenguk khemah pengantin pulak. Meriah tak meriah. Hahaha..
Wah..ramainyeee..slps proses post mortem, at least 1000 org tetamu hadir majlis ni.cukup ramai bg aku.
Ok..ok.pengantin dah sampai tu. Cepat cepat kite tengok pengantin pulak. Pak kompang kompang kompang..kepong kepong kepong kepong..(bunyi kompang)
Apapun aku sangat happy dengan wedding adik aku yang sorang ni. Biarlah dia langkah bendul ke apa ke, aku tetap gembira. Boleh kata 80% wedding ni aku yang uruskan sambil dibantu oleh bala tentera aku yang dedikasi.*buat muka bangga*
Untuk Ayid and Ina, selamat menjalani kehidupan suami isteri. Tak lama lagi nak sambut 1st annivessary (btol ke ejaan ni?). So Happy 1st Annivessary *in advance*.
Sebagai penutup, mari kita layan gambo nih..terliur beb.
Time kira duit salam kaut..riban riban jugak la famili aku dapat ari tu.huhu..
Thanks yong , mak n semua..sayang semua skali..
ReplyDeletelg satu..*Anniversary la..hehe..