MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 20, 2009

SI TUAH

Dari semalam lagi aku berdebar-debar. Menunggu keputusan dengan hati yang gundah-gulana. Berjaya ke aku? Rasa macam kalah jek.

Semua peserta lain pun hebat-hebat. Siap kreatif lagi. Ada yang tepek-tepek pict comel-comel. Ada yang berbahasa bunga-bunga dalam English. Macam-macam ada la.

Tiba-tiba aku rasa macam takde lagi harapan menjadi the best bride who win the contest. Aku rasa macam kata-kata magis itu takkan berlaku ke atas diri aku. Takpelah..mungkin takde rezeki. Apa nak susah hati sangat, rezeki kita kan sudah ditetapkan Yang Maha Esa. *pasrah*

Dalam gelisah gemisah itu aku beranikan diri jugak nak tengok resultnya. Tapi aku tak berani nak terus bukak blog MG, so aku bukak blog ternakan aku dulu. Mana la tau ada hint kat situ. Huhu..

Dan tiba-tiba aku terpandangkan sesuatu di blog ternakan aku. Bilangan pengomen di entri "Merisik Gallery Online Contest" sudah bertambah. Kenapa ek?


"Congratz to u.."

"Congrats... dream come true.."

Ish. takkan lah.

Aku terus bukak blog MG.

Dan inilah pemandangan yang aku nampak.
.
.
.
.












Omaigod! Syukur Alhamdulillah..

Err sebenarnya aku tak lah setenang itu menerima khabar gembira ni. Aku menjerit sekuat hati memberi tahu seisi rumah yang aku lah Si Tuah itu. Sangat-sangat-sangat gembira. Really!

Sampaikan tangan aku menggigil. Hatta nak skroll mouse pun aku tak mampu. Tersangat la parkinson aku waktu itu. Tapi aku tahu, aku sangat gembira. Terasa seperti Tuhan memudahkan perjalanan niat suci aku. Terasa macam rezeki berkahwin itu sentiasa ada untuk aku dan insan terbucuk dalam kalbu. Sungguh.

Kepada pihak Merisik Gallery, a big thanks kerana sudi menyediakan peluang indah kepada bakal-bakal pengantin seperti aku. Juga terasa ingin peluk cium kamu-kamu kerana memilih aku sebagai Si Tuah itu. Sangat-sangat berterima kasih.

Kepada peserta-peserta yang lain. Jujurnya kamu semua sangat hebat. Juga berbakat. Cuma mungkin ini rezeki aku. Pasti ada rezeki kamu di lain kali. Usah berputus asa..

Terus berusaha demi perkahwinan impian kamu.

Aja aja fighting!

8 comments:

  1. u congrats! despite all the kesedihan berjauhan dengan yang tersayang ada rewardnya.. tuhan itu maha adil.. :)

    Ada yang berbahasa bunga-bunga dalam English.

    i lah tu ek, hehe malunya saya!

    ReplyDelete
  2. Nurulhuda - thanks ya!erm..mmg awk la tu yg bunga2 bahasa dalam English. Sgt kagum. Sungguh sy tak mampu nak membuatnya..hehehe

    ReplyDelete
  3. sorry lambat nk wish congrats!hehehe..suka baca blog kamu actually kelakar...terhibur saya!

    ReplyDelete
  4. Amy - thanks sudi singgah. Sy ni tulis main hentam jek...kalo ada yg suka, Alhamdulillah..=)

    ReplyDelete
  5. wahhhh
    tahniah
    ai link kan u yer..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...