MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2009

DOORGIFTS DALAM BEG KERTAS??

Doorgifts in a paper bag.

Trendy or not? Tentulah sangat trendy. Hampir semua pengantin bercadang nak letak doorgift dalam paper bag. Betul tak?

Dalam paper bag tu pulak penuh dengan pelbagai benda. Ada telur rebus, ada sapu tangan comel, ada lilin, ada kerepek sedap, ada kek, ada cekelat, pendek kata macam boleh diletak dalam beg santek tu. Kan?

Tapi..

Bagi aku, aku kurang suka idea itu. Kenapa ye?

Satu,
Pengalaman wedding adik aku dulu. Yup, masa adik lelaki aku kawin last year, kami satu famili sangat teruja untuk memberikan setiap tetamu buah tangan yang diisi dalam paper bag santek. Setiap paper beg mengandungi sekurangnya 3 jenis benda. Dan paper bag tu ada kategori-kategorinya pulak. Ada yang untuk tetamu biasa, ada yang untuk tetamu istimewa, ada yang untuk rombongan pengantin, ada yang untuk kanak-kanak..huh pendek kata banyak la kategorinya.

Dan sudahnya sangat menyusahkan. Really!

Bagi aku, sangat susah nak handle paper bag pelbagai kategori ni.*mungkin aku tak pandai nak manage kot*. Dan aku tekad tamau adakan hadiah pintu edisi paper bag lagi masa wedding aku.*tobat*


Dua,
Sangat costly. Untuk pengantin edisi bajet macam aku ni, sediakan hadiah tamu dalam paper bag ni sangat tak sesuai. Kos untuk satu paper bag termasuk isi kandungan dalamnya mungkin boleh cecah RM2.50 seorang. Ini harga untuk tetamu biasa. Kalau tetamu istimewa mungkin boleh jadi RM7 seorang. Kalau darab dengan 1200 kepala???Huhuhu..tak sanggup den nak kira..hehehe.

Sebenarnya berapa harga doorgift tu tak penting. Yang penting keikhlasan pengantin untuk memberi dan menghargai tiap tetamu yang dtg. Betul x?=)


Tiga,
Storage problem. Ya..ini satu lagi masalah besar bagi aku. Keadaan fizikal paper bag ni buatkan mereka sangat susah untuk disusun dan disimpan dalam kotak mahupun beg plastik besar sebelum diagihkan kepada tetamu. Tambah lagi rumah aku yang ruangnya sekangkang beruk. Stor pun takde. Maka paham-pahamlah. Sangat serabut jadinya bila tiba hari kenduri. Jadi untuk wedding aku, aku mahukan sesuatu yang saiznya comel dan fizikalnya berbentuk persegi supaya mudah untuk aku susun dan simpan dalam kotak. =)


Dan atas bantuan incik google, aku jumpa sesuatu yang menawan kalbu.

Untuk tetamu biasa. Kotak jerami ini mungkin sesuai. Saiznya yang comel dan bekasnya sangat praktikal untuk diguna semula oleh si penerima. Sesuai untuk diisi telur rebus, coklat, kek, atau apa-apa sahaja yang memenuhi saiz dan ruang bekas ini.

Aku jumpa kotak ni di sini. Atau boleh hubungi Pn. Ataiillah - 0123485644. Harga RM0.90 satu.



Untuk tetamu VIP, aku sangat tertarik dengan tetris glass dari kugeeku.com ni. Sangat kiut dan miut dengan lukisan karikatur wajah pengantin with all the important love event in life. Dan aku juga telah berjaya melobi mak aku untuk order tetris galss ni. Heheheh..


Harga dalam RM4.60 sebijik....Huh tergoda!


Untuk tetamu cilik aku nanti, aku bercadang nak adiahkan lolipop untuk mereka si comel comel. Kalau boleh aku nak kan lolipop seperti ini.



Mana boleh aku dapat lolipop camni ek? Ada sape-sape tau tak? Kat Mydin ada jual tak agak-agak?hehehe..


Selain dari doorgift yang tertepek kat atas tu, aku ada lagi beberapa site menarik yang mungkin boleh bantu kamu-kamu si bride to be dalam mencari hadiah tamu terbaik untuk majlis perkahwinan kamu.

Satu,
Untuk doorgifts yang unik dan murah *serius murah*, sila la ke sini. www.duriankahwin.com

Dua,
Untuk mereka yang masih mencari kotak atau bekas yang comel untuk doorgift pada harga yang mampu milik, bolehlah ke sini. oleolemanis.blogspot.com

Tiga,
Untuk mereka yang sukakan coklat untuk dijadikan cenderahati perkahwinan mahupun untuk hantaran. Coklat kat sini sangat sedap. Aku dah cuba. Sangat sedap dan murah. Sila ke sini ye...aniscoklat.blogspot.com


Fuh, puas hati dapat berkongsi info dengan kamu-kamu arini.=)

Sekian terima kasih.

Daa!

14 comments:

  1. info yg sgy berbaloi2..
    coz i pun tgh pening2 cari bnda utk doorgift yg harganye mampu beli..hikhikhik..

    ReplyDelete
  2. Ayu - xpela kita kongsi-kongsi info..sama sama nak kawen...kan?heheh

    ReplyDelete
  3. cik fadzlina....sy dh pon survey2 harga anis coklat. sgt manarik! sekarang tgh tunggu sample nk test je kalau ok cfm order terus.

    Nk order VIP gift, lolichoc utk kanak2 and hantaran skali.

    Thanks for the info! :)

    ReplyDelete
  4. Jaja - order la..coklatnya di jamin sedap.saya order masa bertunang aritu..memang delicious!saya akan order utk doorgift masa nikah nanti.huhu

    ReplyDelete
  5. Fadzlina, wah, bagaikan serangan komen di page saya :P kekekeke..mekacih sudi singgah hantar komen. Oh, kamu pun mencari makanan ye? gudluck ya! apa2 nanti update la, sudi2 kongsi kat sini. Kami pun dapat manfaatnye :P

    ReplyDelete
  6. xora - serangan komen??hehehe..xdela..cuma sangat suka membaca tulisan awak..perlukan masa seminggu agaknya untuk khatam blog awk tu.huhuh..

    ReplyDelete
  7. hi...sy angkat tgn setuju dgn alasan xnak gna paper bag...hehehe...meh kita beralih kpd kotak2 comel plak nak?..kat my blog ada 1 pic kotak rama2 yg sy x jd gna tuk tunang..pospone tuk kawen la...btw..i link u..

    ReplyDelete
  8. Harzharun - Hi!Kotak comel lg best kan?hehehe..sy link awk jugek!=)

    ReplyDelete
  9. dear, lollipop tuh, try tgk2 dekat kedai RM2 area2 umah awak.. dekat2 umah saya ada kedai ni. so dlm satu paket tuh, ade 10bttg lollipop=RM2. jadinya sebatang tuh RM0.20.kalau beli banyak mungkin boleh bincang dgn tokey kedai for special price. hihi. kalau xde, saya boleh tolong belikan.. ade macam2, lollipop ala-ala strawberry pon ade. comel jugak. same jugak harganya. =)

    ReplyDelete
  10. Belle - yeke?wah best best..smlm tgk kat tesco ampang pun ada jgk lolipop ala-ala gitu..tp 8 btg RM2.50. Mahal skit la. Ermm.umah awak katne Cik Belle?

    ReplyDelete
  11. elo dear.. kalau cari doorgift comel2 n harga yg sgt berpatutan jgn lupe visit blog saya ye

    http://marryme2u.blogspot.com :)

    tq

    ReplyDelete
  12. wan norfadzlina, awak kawan julie eyh? hhihihi. julie tuh kawan sekolah kite dulu-dulu. adui, keciknyer dunia nieh. hihi

    umah kite kat senawang, n9. awak survey dulu, kot2 ade yg lagi murah kan.. kalau xde, kite boleh je tolong belikan.. hihi.

    ReplyDelete
  13. Cik Belle - yup, Julie tu member baik kite kat uitm segamat dulu. Huhuhu..x sangka kan? Sebenarnya bln 3 ni saya akan wat latihan mengajar kat seremban..SMK Seremban Jaya. Mungkin time tu boleh survey kedai yang awak ckp tu. Hehehe..

    ReplyDelete
  14. ow hihi. haah, tak sangka betul. die teruja betul, terus kol kite bitaw. haha. haa, bagusla macam tuh. nanti boleh datang survey area sini. hikhik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...