Hari ni aku nak menulis pasal tukang gambar lagi. Kenapa la aku ni suka sangat tulis pasal fotografer jek? Hmmm..sebabnya aku masih blum dapat lagi fotografer mana yang aku nak. Kalau ikutkan hati, aku dah ada dah tukang ganbar pilihan kalbu, tapi entahla, susahnya nak yakinkan orang tua bahawa mengupah sang jurugambar itu satu pelaburan yang bijak. Haih.
Abah aku tak sudah-sudah suruh amik je khidmat kawan dia. Just tolong snap,then burn dalam cd, pastu aku p cuci sendirik. Takde album storybook bagai untuk aku simpan sebagai kenangan. Biarpun ditawarkan harga percuma, hati aku tetap berat nak terima. Untuk second OP okey. Aku takde masalah. Abah tersayang, tolonglah paham, Yong mahukan gambar yang cantik yang boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat. Pleaseee...
Mak. Mak lebih memahami aku. Mungkin sebab beliau ibu, jadi beliau sentiasa tahu apa yang si anak mahukan biarpun aku tak bagitahu. Mak jugak lah yang galakkan aku upah OP. Mungkin beliau serik dengan perkahwinan adik lelaki aku dulu. Tanpa OP, cuma berbekalkan kawan abah yang tolong snap gambar, then burn dalam dvd. Tambah malang, adik aku pulak sampai dah celebrate wedding annivesary pun masih tak p cuci-cuci lagi gamabr kawin dia. Bila kawan-kawan mak tanya mana gambar kawin anak, mak aku terpaksa lemparkan senyuman semanis gula. Sebabnya anak bertuah beliau tu memang takde gambar kawin. Haih.
Jadi aku tekad tamau perkara yang sama berulang kembali. Aku mahukan profesional wedding album. Aku tahu upah OP bukan murah. Nak beli kamera pun murah lagi aku rasa. Setakat yang aku survey ni, upah OP untuk kedua-dua belah pihak hampir cecah RM3000!. Mungkinlah sesetengah orang kata murah. Tapi bagi aku yang kawin sponsor dari PAMA ni, aku tak de kuasa veto nak main rembat je OP suka-suka hati. Cop mohon besar raja lingam haruslah didapatkan dahulu dari CEO PAMA. hehehe..
Mungkin akan ada yang kata, upah je la OP, kalau mak dan abah tak bagi, guna je duit sendiri.
Yup, memang aku pernah terpikir untuk guna duit sendiri. Aku tekad nak simpan dikit-dikit elaun yang KPM bagi tu untuk bayar OP. Tapi bila aku ajukan hal ni kat abah terchenta, beliau reply sms seperti ini.
.
.
.
"ikut suka Yong la"
Aku tau, itu bukan ayat mengizinkan. Bunyi sms tu lebih kepada meluahkan perasaan give-up, atau "whatever". Tak best la kan?
Hmm..bingung.
Tapi semalam Tuhan macam dah bagi aku jalan. Aku akan ceritakan pasal "jalan" ni di next entry. Hehehe..
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
awk duk area mn ye..?
ReplyDeleteAyu- saya duk area Ampang..tp buat masa ni saya study lagi kat Tg. Malim.weekend je balik Ampang..tu pun kalo free la.huhu
ReplyDeletedh dpt en.fotografer yg besh?
ReplyDeleteMcm dah ada dl kpala..bleh refer entri 'fotografer lagi". Tapi kalau Ayu ada another recommendation, boleh je promote..mana la tau kan...hehehe..
ReplyDelete