Semalam aku dah berusaha gigih menulis entri tentang pengapit aku atau dalam kategori lainnya pengapit pengantin perempuan. Hari ni aku nak tulis tentang pengapit lelaki pulak. Atau nama lainnya pengapit laki aku. Hahahaha!!
p/s: harus diingatkan bahawa semua tip-tip di bawah ini adalah pandangan peribadi aku berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku. Harap takde mana-mana ati yang terguris ye.
1. Saiz badan dan ketinggian lebih kurang sama. Owh tips yang pertama ni sama macam tips untuk pengantin perempuan. Tapi bagi aku, aku lebih suka dan selesa jika pengapit sama tinggi atau tinggi sedikit dari pengantin. Kalo terlalu rendah sangat takut susah pengapit nak payungkan pengantin. Terjengket-jengket beliau nanti. Hehehe..
2. Baju melayu dan sampin lengkap. Pengapit lelaki lebih segak dipandang jika mengenakan sepersalinan baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok hitam. Kadang-kadang aku perhatikan ada sesetengah majlis main tangkap muat je hal pengapit lelaki. Ada yang just pakai baju melayu tanpa sampin dan songkok. Itu kira ok lagi. Ada sesetengah tu pakai jeans dan t-shirt jek. Alahai....sayangnya gambar.
3. Warna pakaian kontra. Tips yang ni aku lupa nak masukkan dalam entri lepas. Tapi rasanya semua pun tahu bahawa warna pakaian pengapit tak kira lelaki atau perempuan haruslah kontra dari warna pakaian mempelai. Kalau boleh warna pakaian pengapit lelaki dan perempuan biarlah sedondon. Barulah cantik di mata dan di jiwa.
Untuk majlis aku nanti, insyaallah persalinan aku dan incik suami warna putih. Makanya sang pengapit akan memakai baju bewarna merah. *tema majlis putih-merah*
Untuk majlis bertandang, pakaian aku warna dark purple. Makanya pengapit akan memakai baju berwarna putih.*tema majlis ungu-putih*
Begitulah contohnya.=)
4. Storage boy. Huhuhu..tak menahan gelaran. Dah macam bilik stor dah. Hehehe. Tapi memang penting jawatan ni. Macam pengapit perempuan, pengapit lelaki juga kena pegang barang-barang peribadi pengapit lelaki seperti i.c, hand fon, sedikit wang untuk kecemasan. Cumanya aku tak dapat nak pikir jenis beg camne yang perlu pengapit lelaki bawak. Takkan nak simpan hand fon dalam wallet?? Nak suruh pakai pouch pinggang tu macam tak kena jek. Ermm..ada satu idea. Pengapit lelaki sila la berbuat baik dengan pengapit perempuan. Mana tahu boleh tumpangkan barang sikit dalam beg comel yang mereka bawak. Untung-untung dapat tumpangkan hati sekali. Hehehehe..
5. Tissue boy. Yup, jangan ingat orang lelaki tak perlu pegang tisu. Sila la bersedia dengan tisu barang sepaket dua. Kalo nak lebih macho, bawak sapu tangan, lipat molek-molek simpan dalam poket baju melayu. Beri saputangan/tisu tersebut pada pengantin lelaki bila manik-manik jernih mula kelihatan di dahi. Huhuhu..
6. Teman tidur. Ermm..peranan yang ni aku tak pasti masih diamalkan lagi atau tidak sekarang ni. Tapi menurut Incik Tunang, masa abang dia kawin dulu, pengapit lelaki dikehendaki tidur sekali kat umah pengantin perempuan pada malam pernikahan tu. Maknanya takde lagilah malam pertama ke malam pengantin ke sebab pengantin lelaki kena tidur bertemankan sang pengapit. Bukan sang isteri. Maka harap bersabar. Hehehe..
7. Lain-lain tugas standard. Seperti biasa pengapit lelaki juga membawa tugas yang hampir sama dengan pengapit perempuan. Contohnya macam fotografer terjun, peneman setia, dan tukang kipas berjaya. Sila rujuk entri yang lepas untuk huraian yang lebih panjang dan lebar lagi luas. Hehehe.
8. Pelayan meja makan. Ha, tetiba terpikir tugas yang satu ni. Tugas pengapit lelaki dan perempuan. Sewaktu makan beradap, biasanya pihak katering akan arahkan beberapa orang pelayan mereka untuk melayan tetamu yang duduk di meja beradab. Jika tiada, pengapit haruslah mengambil alih tugas itu. Dengan ikhlas hati silalah cedokkan nasik, n lauk pauk buat pengantin. Mereka kan raja sehari, maka layankan aje la perangai ngada-ngada si raja palsu itu sekejap. Kalau pengapit diberikan tempat duduk di sebelah pengantin, senang la ceritanya nak cedok-cedok nasik dan lauk pauk buat pengatin. Tapi andai kata tiada ruang buat pengapit di meja beradab, janganlah terus pegi makan dulu. Berbaktilah barang seminit dua untuk sang raja dan permaisuri yang mahu bersantap..then kamu pegilah soru..sappadek!
9. Wartawan tak bertauliah. Owh ini juga merupakan satu lagi tugas yang aku baru terpikirkan. Semasa majlis sedang berlangsung, pengantin biasanya tidak punya masa untuk amik tahu sangat tentang keadaan majlis. Lepas ni nak buat apa, kawan-kawan datang ke tidak, siapa yang bagi adiah besar tu *tamak haloba*, macam-macam info lagilah yang sepatutnya pengantin tahu tapi susah nak amik tahu. Maka tugas pengapit la bisik-bisik kat telinga pengantin tentang info penting perjalanan majlis.
TAPI...
Kalau ada benda-benda yang menyedihkan atau boleh membuatkan pengantin berubah mood menjadi incredible hulk, maka sila la sedaya upaya elakkan berita tersebut dari sampai ke pengetahuan sang pengantin. Nanti mau ada terbalik kerusi meja dikerjakan pengantin. Hahahaha..*over betol imagination*
Hmmm...apa lagi ek? Tak mampu berfikir dah aku. Cuma tadi aku ada terbaca, betul ke orang kata pengapit mestilah kurang hensem/cun dari pengantin?? Boleh terima ke kriteria ni?
Huh. Bagi aku pengapit lebih hensem/cun pun apa salahnya. Yang penting mereka merupakan individu yang rapat dan memahami kehendak pengantin. Janganlah semata-mata tak nak kalah dengan kehenseman dan keayuan pengapit, majlis kita jadi tunggang langgang. *mintak dijauhkan*
Sebagai penutup entri, aku nak tepek gambar pengapit Incik Tunang nanti.
Tadaa!!
Tu dia si baju belang-belang tu. Nama beliau Asrul. Sahabat baik Incik Tunang sejak zaman kanak-kanak lagi. Ini gambar masa bertunang. Asrul awal-awal lagi dah tunjuk bakat menjadi pengapit Incik Tunang ketika majlis bertunang. Punya gigih dia teman Incik Tunang kat luar rumah masa orang tua-tua tengah 'bergosip' kat dalam. Huhuhu.
To Asrul...jalankan tugas dengan baik okey? Aja aja fighting!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu masa abg saya kawin, pengapit lengkap baju melayu sampin, tapi songkok takde pasal takde size.. giler stress.. saya terpikir, dia ni raya tak pakai songkok ke?
ReplyDelete