Wargghhhh! Teramatlah bosan berhujung minggu di pekan koboi ni. Hari Khamis dengan Jumaat dah la takde kelas. Isnin depan pun takde kelas. Tapi nak balik tak boleh hanya sebab aku ada Kursus Bina Insan Guru (BIG) Sabtu dan Ahad ni. Aisshhh!
Maka dua hari yang bosan ni aku memerap je dalam bilik kat umah sewa aku ni. Bangun pagi dah la lewat. Owh kadang-kadang tak boleh lagi digelar bangun pagi. Huhuhu. Pastu rutin aku membasuh kain baju yang dah tak muat baldi gayanya, sapu-sapu bilik sikit, pastu menapak ke restoran kat depan tu untuk membeli nasik bagi memenuhi tuntutan perut. Huhu.
Ha, lepas dah makan bagai mula la aku terasa bosan tahap dewa pendekar lima. Apa lah nak buat ni. Duduk menung-menung depan laptop tiba tiba......
TING!
Aku dapat idea.
Aku mau bikin skrip untuk emcee la kali ni. Owh aku teringat blog Xora.
Xora pernah post entri pasal skrip emcee untuk wedding abang beliau last year. Owh ini sudah bagus. Mudahlah keje aku. Hehehe..Thanks ya xora.=)
Maka berpandukan skrip emcee Xora, campur dengan koleksi-koleksi pantun yang ada dalam laptop aku, campur dengan idea aku sikit-sikit maka siaplah skrip emcee untuk wedding aku nanti.
Tapi sumpah aku tak reti nak link kan word tu ke sini. Mintak hampun la kawan-kawan. Aku ni memang lembab sikit bab-bab komputer ni. Tapi kalau ada yang nak skrip aku tu untuk jadikan rujukan wedding kamu, bolehlah tinggalkan emel kamu-kamu di ruang komen atau di chatbox aku okey? Insyaallah aku akan emel kan. Kalo nak keje lagi senang, terus pegi je ke blog cik Xora. Bukan takat skrip emcee, segala bagai excel untuk budget, persiapan kawen sumer pun beliau ada. Bagus cik xora ni. Hehehe..
Hmm itu keje aku untuk semalam. Siap la jugak senaskah skrip emcee. Hari ni aku kembali bengong memikirkan apa yang patot aku buat dalam bilik patsegi ni. Owh..seksanya kepala otak.
Pikir punya pikir punya pikir, sudahnya aku decide nak wat penanda arah untuk ke rumah aku nanti. Tak perlu lah tempah bunting bagai, aku bukan ada duit pun. DIY je la ikut suka hati sendiri.
Tapi aku nak bagitau awal-awal, aku bukanlah kretip bab-bab mendesign menda ni. Tambah lagi laptop aku photoshop pun takde. Makanya aku guna teknik paling kuno..Microsoft Word. *malunya...sambil tutup muka*
Mula-mula aku try tanya incik google ada tak gambar-gambar yang menarik perhatian sukma kalbuku. Hmmm..then aku jumpa pict ini.
.
.
.
.
.
Dari gambar seketul tu aku godek-godek, edit-edit, delete-undo beberapa kali...maka terhasil lah ini.
.
.
.
.
.
.
.
Tada!!
Inilah gambaran rupa bentuk penanda arah aku nanti. Insyaallah takkan bertukar ganti sebab aku memang tak bape reti nak membuat menda alah ni. Ini je lah yang termampu.
Mula-mula tu aku konpius jugak nak letak nama aku apa kat situ. Nak bubuh nama panjang, kang panjang sangat. Nak bubuh nama "Wan" je..takot ada yang tak kenal pulak sebab aku lebih dikenali sebagai "Yong" dikalangan sedara-mara, kawan-kawan mak, dan abah. Sudahnya aku gabungkan keduanya. Kalau mak abah tak setuju nanti aku edit balik la. Bukan susah pun ye dak?
Owh design ni adalah design mentah. Yang dalam word punya aku dah tambah-tambah sikit arrow la, edit contras bagai..tapi tak lari jauh la dari ini.
Kalau ada yang berkenan nak amik design ni, amik la. * ada ke orang berkenan?*
Entahlah, ini je yang mampu aku buat. Aku ni bukan otak IT. Kalau salah tolong tunjukkan ye..
Sekian. Daa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sama. rasanya tak buat bunting banner semua. hehe.
ReplyDeletesiap ada script for emcee. i tatau la. dj tu ada but i mcm nak suh dia main lagu je takde cakap2. except yang penting2 mcm announcing ketibaan ke. masa merenjis ke. ntahla. tak terbayang camne. but good job. siap juga lah kan buat sambil2 u bosan tu.
Nurulhuda - better awak sediakan skrip utk emcee kalo awk cuma mahu dia ckp benda penting2 jek. Kalo x nnt tak mustahil dj tu meraban suka hati dia. Huhu..kalo xnak wat skrip pjg2 pun, just buat guideline ttg atucara majlis..cukuplah. Apapun gudluck!
ReplyDeletewah yong...terer dan ganas woo signboard tue.siap hati lagi.dap dip dup..toing toing.hahaha..cikgu shalin ke kl this week sbb nak attend kusus kawen.hehehe.selamat BIG.hahaha
ReplyDeletewah, cikgu shalin merambu ramba ke kl nampaknya..kejelesan melanda hatiku.uwaaa!!!
ReplyDeletewAAAHH..!! sudah ada byk sangat update ye kamu skrang :) bagus.. keep it up! :D
ReplyDeleteyong.....mintak sharing2 script emcee tu bolehh?? plss????
ReplyDeleteemail kite yek: noorhafizaabaziz@maa.com.my
thanks! :)
daaaa~
Jaja - orait..no problemo..=)
ReplyDelete