MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 6, 2010

3 BENDA BUAT AKU GEMBIRA

Arini tak larat nak pikir ayat panjang-panjang sebagai pembuka entri. Letih menjaga kelas time bebudak ujian masih bersisa lagi. Cuma arini aku ada tiga benda yang membuatkan hatiku meloncat-loncat gumbira. Ngeeee...


Satu.
Aku tatau dah bape kali incik tunang kata nak terbang pulang ke semenanjung tapi tak jadi pulang. Memang sgt stress. Hari ni buat sekian kalinya beliau bagitau kata nak terbang pulang Jumaat ni. Dan berulang-ulang kali jugak aku tanya balik samada beliau serius ke main-main. Dan jawapannya adalah SERIUS. Yup, serius incik tunang buah hati pengarang jantung pisang akan pulang ke pangkuan Jumaat ini.



Owh sungguh gumbira!


Dua.
10 April ni merupakan besday incik tunang buah hatiku. Owh...sudah semakin dewasa kamu. Memang elok la kawen tahun ni. Hahaha.





Dan yang paling best aku dapat celebrate besday incik tunang sama-sama. Tak perlu la gunakan khidmat abang posmen untuk kirimkan hadiah kepada incik tunang. Huhu..

Aku mahu habiskan weekend kali ni bersama incik tunang. Aku mahu ke klcc tempat kitorang selalu detink metink dulu-dulu, makan roti naan cheese kat mamak bus stand Klang mcm selalu..owh bahagianya.

Hampir 5 bulan tak bertemu buat hati aku sangat rindu pada semua aktiviti-aktiviti kami dulu. Serius, sangat rindu.

Ermm..hadiah apa ek nak bagi kat dia tahun ni??


Tiga.
Petang tadi tengah bizi-bizi mengawas perhimpunan petang kat foyer tetiba ada call masuk. Owh Abg Asnor kad kawen rupanya.

sembang sembang sembang bla bla bla bla bla...

oeh rupanya kad kawen aku dah siap!

Sangat pantas dan pintas MS Print ni. Kejap je kad dah siap. Ready to pick up. Harap-harap takde sebarang kesilapan kecil berlaku pada kad. Rasanya aku dah check gila-gila dah aritu.

Berdoa takde kemalangan buruk berlaku pada kad kawen aku.

Untuk kawan-kawan blogger, dah boleh drop by nama dan alamat masing-masing supaya mudah aku pos kan kad kepada kamu.

Itu je untuk malam ni.

Konon taknak taip panjang-panjang sekali amik hang..bleh tahan berjela jgk ha.

Daa...

4 comments:

  1. 5 bulan x jumpa?..mmg patut rindu..

    ReplyDelete
  2. harzharun - yep..hampir 5 bulan x jumpa.sgt kasihan kan?huhu..

    ReplyDelete
  3. lamanya x jumpa en tunang.. msti rindu sesgt kan??

    zana xjumpa sehari pun dh rindu.. nasib baik leh jumpa hr2.. hehehe

    apapun, have a nice weekend dear..

    ReplyDelete
  4. rindu itu indah

    inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax..lawati :

    http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...