MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 25, 2010

BAJU SANDING DAH TAK KETAT DAH...huhu

Minggu ni memang best. White bedroom set aku sudah selamat sampai! Yeehhaaaaa!

Wah bilik tido aku yang selama ni sepah lerak tetiba berubah menjadi laksana bilik tido di rumah baru. Huhu. Tapi jangan tak tahu, separuh pengsan aku dan famili mengemas bilik dan rumah sepanjang hari ni. Segala mak nenek perabot-perabot dalam bilik aku tu kena pindah masuk ke bilik belakang. Pastu segala bagai lemari dalam bilik belakang nak kena angkut bawak simpan ke dapur pulak. Aduhai....penatnya jangan cakap la. Tapi takpela, sebab aku yang nak kawen maka aku la kena penat lebih. Redha je la...huhu.

Di sini aku tepek sipi-sipi gambar bilik tido baru aku. Tengok gambar katil je la k, tunjuk semua kang muntah ijau pulak korang. Hehehe..

Tada!



Set bedroom aku biasa jek. Bukan english style ke apa ke. Aku pilih mengikut kemampuan. Takmau la bazir-bazir hanya kerana satu set bilik tidur. Sian mak banyak abis duit ke aku sekarang ni. Huhu..Lebiu Mak!


Tapi serius, aku sangat sangat puas hati. White bedroom set dengan dinding warna putih memang buat bilik tido comel aku nampak lebih luas. Sampaikan ramai kata bilik aku lebih luas dari bilik sebelah, padahal sebenarnya sama besar je pun. See, ilusi yang sungguh berkuasa. Huhu.

Okey, setel dah bab set bedroom.

Lepas dah setel kemas bilik baru *bilik lama sebenarnya, bedroom set je baru.huhu*, mak ajak aku pergi Dios, fitting baju sanding aku. Ingat lagi tak peristiwa mengerikan bila mana baju sanding aku tetiba mengecik dengan sendirinya??? Huhuhu..memang gila kentang ngerinya. Baju sanding tak muat beb. Sape tak panik?? Gemuk la lagi, padan muka aku. Hahaha..

Tapi leganya fitting kali ni sebab baju dah muat kat badan. Siap terasa longgar-longgar skit kat beberapa bahagian. Hahaha..*nak jugak kata diri dah mengecik walaupun cuma beberapa sentimeter.hehe*

Owh kali ni tamau tayang gambar baju dah. Nanti ilang seri. Hahaha...sebagai ganti, layanlah gambar bakal pengantin yang suka berangan sendiri ni. Zassss!




Hehehe..maafla sebab tepek gambar tak pakai tudung pulak kali ni. Gambar ni aku snap masa tgh sedap-sedap berangan sambil pakai baju sanding. Dengan kain leret-leret, baju lip lap lip lap memang perasan puteri raja la time ni. Hahaha..

Sangat lega bila baju sanding sudah muat di badan. Seminggu sebelum majlis aku akan p fitting sekali lagi. Harap-harap ada bahagian badan yang perlu dikecik kan..aminnn..

Okeyla, mau tido. Esok pagi-pagi mau berangkat pulang ke Seremban. Kembali menjadi guru bitara. Huhu..

Okey dear..nunite.

Daa!

6 comments:

  1. ok. semakin maju. pantas pantas Wan! siapkan lagi apa2 yg patut. COngratz ya baju sanding sudah siap. yeya! kurang satu hal pening kepala

    ReplyDelete
  2. bestnye dia dah dapat set katil baru..hihi..mesti tido lena jer skrg.. =p

    ReplyDelete
  3. syukur baju dh siap :)..sy pn tgh mencari bedroom set ni..

    ReplyDelete
  4. tunjuk sume pon xpe..xmuntah ijau pon! suke lagi adela..
    btw bedroom set tu lawa lah! ingt pon nak cari gege biase je, sbb bukan dok bilik tu pas kawen..

    ReplyDelete
  5. chomel lah bedroom set tu yong. nanti dah pasang cadar pengantin lagi lawo. love white!suci jer rs. haha

    ReplyDelete
  6. sweet la bed room awak 2...mmg teringin nak bedroom putih...nak cari jugak la...
    hope semua ok k:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...