MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 15, 2010

EPISOD 7: CORAT-CORET TENTANG KATERER ITU

Wahh...nampak sangat aku tengah membosan duduk kat umah ni sampai tiap hari mau bagi makan entri. Hahaha..takpela, mulai hari Jumaat (18 Jun) sampai Ahad (27 Jun) aku akan membizi. Time tu memang rasanya takkan ada sebarang entri baru dari aku. Orang tengah berhanimunan takkan mau bagi makan entri ye tak? Hahahha...*gatai*


Okey, today aku mahu bercerita tentang vendor - vendor yang terlibat dalam majlis aku. Untuk permulaan aku mula dengan katerer aku dulu okey. Di lain entri aku akan proceed dengan vendor yang lain pulak.


Chalo!

Katerer: Sri Angsana Catering

Katerer ni merupakan katerer yang keluarga aku amik masa adik lelaki aku kawen dulu. Disebabkan makanan mereka yang sangat sedap, maka famili aku decide untuk amik katerer ni sekali lagi. Aku pun mengikut je la. Mana yang terbaik untuk keluaga, baiklah untuk aku. Kan?

Secara keseluruhannya, prestasi Sri Angsana ni boleh aku katakan meningkat berbanding masa wedding adik aku dulu. Yela, dah dekat 2 tahun, pastilah diorang ada penambahbaikan yang dibuat ye tak? Walau apapun aku tetap ada komen positif dan negatif tentang Sri Angsana ni. Boleh kan? Kita mula dengan yang negatif dulu la ek.

Yang negatif:

1. Khemah dipasang terlalu awal. Kak Aishah *bos Sri Angsana* janji khemah akan dipasang pada hari Khamis petang tapi yang aku tekejut bila staff dia call aku pagi-pagi buta Khamis inform kata diorang dah otw nak ke rumah aku untuk pasang khemah? Omaigod! Bukan apa, jalan depan rumah aku ni boleh kata jalan sibuk. Pagi-pagi orang masih ramai nak guna jalan p keje. Kalau pasang khemah awal sangat kang tak pasal-pasal aku sekeluaga kena maki dalam hati. Haih! Tapi apa boleh buat...redha je la khemah siap pasang seawal pagi hari Khamis.

2. Kipas industri tak dipasang pada hari majlis. Owh ini memang boleh buat pengantin rasa nak mengamuk. Bayangkan khemah-khemah lain semua ada disediakan kipas siling tu, tapi untuk khemah pelamin takde. Memang aku yang takmau kipas siling tu kat khemah pelamin, aku nak letak lampu candeliar *btol ke ejaan?* kat atas tu. Konon nak nampak cantik la. So aku request la 2 bijik kipas industi yang gedabak tu untuk sejukkan sang pengantin kala bersanding nanti. Tapi malangnya kipas tu duduk elok je terletak tepi pelamin. Tak berpasang..Memang aku hangin. Panas weh..kalo korang tengok video masa aku bersanding memang boleh nampak jelas ketara aku dok bisik-bisik kat pengapit suruh somebody pasang kipas tu.

nampak tak aku tengah bisik-bisik kat pengantin suruh sesape tolong pasang kipas yang duduk elok kat tepi pelamin tu. Nampak tak?

Tapi sape la yang reti..dengan wayar-wayar langsung tak bercucuk kat plug lagi..takde siapa berani nak usik. Kang blackout satu rumah kang naya jek. Sudahnya....berpeluh sakan la kami laki bini atas pelamin. Hahaha..

Tapi nasib baik Kak Aisyah tu pulangkan balik RM100 yang kami bayar untuk kipas tu. Kalau tak memang hangin la aku. Huhu

3. Kek pengantin tak sedap. Huhu..




Memang frust jugak la aku bila kek dua tingkat tu kurang sedap. Dulu masa wedding adik aku, kek diorang sangat sedap. Serius, memang sedap. Even nampak rupanya biasa jek, tapi rasanya sangat yummy.

Bila sampai turn aku..adoyai....maaf kata la. Biasa je rasa dia. Sampai takde sape nak makan pun. Ni pun dok elok ada setingkat lagi kek tu..bulat lagi dalam peti ais. Sape nak?? Hehehe..



Hmmm apa lagi komen negatif yek? Rasanya itu jek kot. Hahaha..Jom kita tengok komen positif pulak.




Yang positif:

1. Susunan kerusi meja nampak kemas dan teratur. Khemah tak rasa terlalu serabut dan sempit sampai tetamu nak bejalan pun takde ruang. Gud job!

2. Ikatan reben pada kerusi tetamu pun nampak cantik. Aku pernah tengok dalam gambar porfolio Sri Angsana ni yang mana ikatan reben pada kerusi-kerusi dibuat sambil lewa jek, tak kemas. Maka sebab tu aku dah nekad akan duduk bawah khemah masa diorang pasang scallop dan ikat reben ni. Kalau nampak dioang ikat main-main memang aku suruh bukak balik dan ikat sekali lagi. Hehehe..kejam ke?

cantik dan kemas. *abaikan sepupu aku di situ*

3. Pelayan Sri Angsana sangat efisyen dan rajin.Aku tak sure masa wedding adik aku dulu diorang pakai uniform camne, rasa macam pakai T-shirt rasmi jek. Tapi kali ni semua pelayan mereka pakai uniform cantik sikit siap ada vest. Baru nampak vouge gitu. Huhu..Paling best, pelayan-pelayan mereka kacak gitu! Auuw! *ah sudah....*

dilayan oleh pelayan.hehehe


pinjam garaj jiran sebelah untuk letak segala bagai lauk pauk dan tempat basuh pinggan mangkuk. Thanks jiran!

4. Makanan mereka maintain sedap hingga menjilat jari. Huhu..serius makanan dari Sri Angsana memang sedap. Sayangnya aku sang pengantin tak bepeluang nak makan banyak pada hari tesebut. Maklumlah...malu-malu. Hehehe.

jemput-jemput makan..

Dalam banyak-banyak lauk aku paling terjatuh chenta sama ayam goreng berempah. Ayam ni digoreng semasa majlis, makanya bayangkanlah bila dimakan panas-panas..perghhh terbaik!

Satu lagi lauk yang orang sebut-sebut sebagai sangat sedap nom nom nom adalah acar buah. Hmmm..untuk acar buah ni aku takleh nak komen lebih-lebih sebab aku memang tak reti makan acar-acar ni. Tapi famili yang lain ramai yang suka acar buah Sri Angsana ni. Cubalah!


5. Satu lagi yang paling aku suka tentang Sri Angsana ni adalah harganya!



Aku amik pakej 1 tu. RM8.80 sekepala. Famili amik 1200 pax, aku pulak ngada-ngada request khemah sampai 9 bijik, siap nak kerusi bersarung bereben bagai, dengan khemah pengantin ada undelayer + candelier semua...kira total total semua kurang lebih RM13 k. Bagi aku berbaloi la...kalo kira-kira balik satu kepala jatuh dalam RM11 camtu. Masih affordable la bagi keluarga biasa-biasa yang punya anak ngengada mahukan decoation khemah ala-ala wedding di hotel. Hahaha!


Hmmm rasanya itu je la yang aku mahu coretkan di sini tentang katerer aku. Kepada b2b yang mahu try Sri Angsana ni, cubalah. Owh lupa nak gitau, Sri Angsana macam ada dua kumpulan yang begerak tapi bawah satu nama. Aku pun tak sure nape. Dua kumpulan seakan-akan bersaing antara satu sama lain. Satu nama Aisyah, satu lagi nama Nurul kalau tak silap. Yang Nurul tu selalu ada time pameran pengantin kat sekitar KL. Tapi aku berurusan dengan Aisyah. Kalau ada sape-sape yang pernah berurusan dengan Sri Angsana ni dan mahu share pengalaman..silakan la. Ruang komen sedia menanti. Untuk kebaikan kita semua jugak kan?

Okey la..sekian dulu. Perut suda lapa..

Daa..




Nota kaki: Pssst..aku tak larat nak wat link dah episod-episod sebelum ni. Kamu skrol sendiri ek ke bawah, ada entri episod 1 smp la 6. Uhuhu..

11 comments:

  1. agaknya yg tukang wat kek tu org lain kot huhuhu

    ReplyDelete
  2. farah, maybe jgk la..tp sepatotnya meeka kna jg kualiti dan rasa kek tu sblm tukar tukang buatnya..huhu

    ReplyDelete
  3. bnyk nyer catatan awak...suka baca:-)

    ReplyDelete
  4. acik gee..thanks ya! singgah la lg dtg baca..huhu..

    ReplyDelete
  5. yong, memang masakan sri angsana sedap giler kan. sampai sekarang jiran2 masih puji lagi.hehe... especially acar buah dgn ayam rempah dia tu..nasi dia pun yummy! psl kek tu, mmg ada kawan yg remind, tkt kalau dia upah kat org lain. sy dulu, drop kek dr pakej tukar dgn benda lain. tp so far mmg sgt puas ht dgn sri angsana service

    ReplyDelete
  6. sy pun nak amik kat ctu mula2 ,tapi mak abah tak jadi amik plk,,,sbb diaorg dah jmper lagi ok dr ni ...

    ReplyDelete
  7. Azian - mmg sgt sedap...acar buah dia masih ada lg tersimpan dlm peti ais umah..konon nk reserve mkn masa bulan pose.hehehe..

    Ashikin - kalo jumpa yg lg better..baik go for it. Katerer mana shikin?? Share la..=)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..ekin br je selesai kenduri 10 july lepas...ramai puji makanan sedap...tk mcm katering pon..cam msk sendiri je...nama katering tu selera mak jah..tapi tak der blog bagai..kalo berkenan ekin leh bagi no..bgtau je k..tnkiu wan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Boleh btau saya number fon cateriing mak jah tu? mesej 0104640712. T. kasih! :~D

      Delete
  9. Hai Ekin - Selamat Pengantin Baru!! Wah..mcm best je katerer awk tu Ekin, Tinggalkan la number fon ke apa ke tentang katerer tu. Mana tau ada reader lain yang baca komen ni mahu cuba..Neway thanks ye sudi share sesuatu kat belog ni.=)

    ReplyDelete
  10. hai..salam pekenalan.now tgh servay catering service.memang nak amik angsana.lagi satu catering yg macam angsana tu qis catering...harga,menu semua sebiji.Ashikin boleh lah share no tel selera mak jah tu.if ada yg lagi bagus nak jgk cuba

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...