MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 11, 2010

EPISOD 3: BERSANDING

5 Jun 2010....Sabtu.


Kini tibalah hari besarnya. Kalau semalam masih boleh relax-relax makan nasik lemak awal pagi, kali ni nan ado. Aku membizi sepanjang pagi. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus cari doorgifts. Misi untuk lekatkan TQ tag pada doorgifts.

Pelik??

Hehehe..janganlah pelik. Aku kan memang gini. Semua pun kelam kabut. Memang betul pun aku belum letak TQ tag kat doorgift lagi. Pagi kenduri baru hegeh-hegeh nak letak. Tu pun guna stapler jek. Ketap ketap ketap sikit-sikit lama-lama siap la stapler TQ tag pada 1000 doorgifts. Hebat kan? Hehehe..

Sebenarnya bukan aku buat sorang keje tampal TQ tag tu. Aku buat 300 bijik jek..belen-belen yang lain tu adalah sedara mara lain yang baik ati tolong sambung sebab perut aku dah kelaparan. Huhu..Tengok atas meja atas roti canai....hulalala...dua keping aku tibai! Hahahaha..

Aku difahamkan Anje *pak andam aku* akan datang make up kan aku kul 11.30. Maka aku pun takdelah kelam kabut nak mandi lagi. Niat hati kul 10.30 nanti aku mandilah, malas nak mandi dua tiga kali. Hahhaha...sengal tak? Tapi cuba teka....kul 10 camtu tetamu dah mula datang!

Omaigod!

Tetamu dah mula datang tu takpe lagi, masalahnya diorang mahu berjumpa dengan sang pengantin!

Hulalaaa...

Sang pengantin yang sedang elok tak mandi lagi, masih pakai baju kelawar lusuh siap rambu ramba kiri kanan..adoi...memang tebal la muka jumpa tetamu. Mak sampai dah bising suruh tukar baju. Hahaha!

Dari aku p tukar baju baik aku p mandi..segar sikit. Kan?

Lepas mandi, pakai baju belasahan jek terus sambung ke hulu hilir setelkan apa yang patot.

Arrange karpet merah....set up guest book table....bagi final briefing pada petugas-petugas majlis...pot pet pot pet ke sana ke mari sampailah pak andam aku sampai.

Letih!

Pak andam sampai je dia terus suruh aku pakai baju sanding siap-siap..Omak ai..memang azab la kalo pakai baju dulu baru make up. Tak terbayang berpeluh ketiak time menadah muka nanti. Sudahlah bilik aku guna kipas angin 1 2 3 jek..ekon ekon memang tarak la. Tapi takpela...aku yang gatai nak kawen..tahan je la. Setakat panas sikit apa ada hal ye tak? Huhuhu..

Sesi make up berjalan lancar. Aku memang tak tengok cermin langsung time make up. Saja nak bikin surprise untuk diri sendiri. Huhu..Anje selesai make up aku dalam kul 12.30 camtu. Time ni kawan-kawan pun dah mula ramai datang masuk ke bilik nak jumpa aku. Kawan-kawan sekolah rendah ada, sek men ren ada, sek teknik ada, kawan masa kat Uitm Segamat ada, Kat Upsi ada,pendek kata ramai jugaklah kawan-kawan aku datang hari tu.

bersama kawan-kawan sek rendah dan menengah..tengok tu, dah beranak tiga dah ha. Aku?? Anak mata anak tekak je ada buat masa ni. Huhu


Tapi paling buat aku terharu sampai bertakung air mata adalah........




ANAK MURID AKU DATANG WEI!


Hok oloh...

Memang tak sangka langsung. Sanggup diorang datang dari Seremban nun semata-mata nak tengok cikgu kesayangan diorang ni kawen. owh sungguh la terharu. Siap datang bawak adiah lagi, dua kali la aku terharu. Owh cikgu memang sayang kamu-kamu semua. Biarpun kamu nakal dalam kelas tapi dalam ati kamu ada taman rupanya. Hihihihi..

Maka sementara tunggu rombongan lelaki sampai, memang puas jugakla aku bergambar. Sampai naik krem dah tulang pipi sebab banyak sangat senyum. Huhu..Lebih kurang kul 2 camtu, rombongan lelaki sampai..


tu dia......dia mai dah....




Dan aku pun menanti dengan penuh debaran. Siap boleh tanya banyak kali kat kawan-kawan apa yang patot aku buat bila berdepan dengan Incik Suami nanti. Nak senyum dulu ke, salam cium tangan dulu ke...ke terus je pegi berdiri sebelah dia sambil paut tangan dia erat-erat?? Hahahaha...bila dah panik aku memang boleh jadi sangat sengal.


Kita layan gambar la ek..boleh? Tak larat nak taip panjang-panjang dah..huhu


Bacaan doa mohon keberkatan



-Kami-



Bersama geng 6 jahanam....i mish uolls!


huh..lakonan semata. Aku tak suka udang okey.



band boy....tajaan adik aku. Terbaik la wokk!


Masa untuk potong kek tingkat-tingkat. Yeay!



pemandangan bawah khemah...sangat suka.


bersama sebahagian rombongan pengantin lelaki



bersama segerombolan kaum kerabat aku


Mat over in the house...uiii takmau lepaskan peluang.


Hmmm..majlis aku selesai agak awal hari tu. Lebih kurang kul 4.30 camtu tetamu dah mula reda. Famili incik suami pun dah balik. Tapi even baru kul 4.30 tapi penatnya Ya Rabbi.....tak terkata. Rasa macam nak rebahkan badan kat atas katil time-time tu jugak. Tapi haruslah tak boleh kan? Kang apa pulak kata orang. Huhu..Maka bertahanla kami laki bini mengharungi kepenatan. Tambah azab bila OP ajak p Taman Tasik Ampang Hilir untuk buat outdoor fotoshoot..Omaigod!

Tapi bila pikir-pikir kalo tak buat petang tu jugak, nak buat bila lagi? Incik suami dah nak balik Labuan dah ari Selasa. So dalam terpaksa rela kami ke taman tasik sambil ditemani dua orang cousin yang bertindak sebagai 2nd OP. Huhu..

Tapi gambar-gambar untuk outdoor kita tengok esok okey?

Aku dah nagntok dah...dah pukul 4 pagi dah sekarang. Esok aku bagi makan entri tentang outdoor pulak okey?

Jumpa lagi dear!!

Daa..



Koleksi cerita kawen yang lain:

Episod 1: Beberapa hari sebelum detik itu
Episod 2: Majlis nikah itu

5 comments:

  1. hihi bab xmandi pagi time jumpe tetamu tuh mmg rock! hahahaha =P

    ReplyDelete
  2. hi dear hehehe cepat update ek outdoor....

    ReplyDelete
  3. cik ieza - hehehe...sila jgn ikut jejak langakah buruk tu.huhu


    farahfatihah - entri outdoor akan menyusul tak lama lg..wait ya!=)

    ReplyDelete
  4. cpt2 update....=)
    pelamin cantik!

    ReplyDelete
  5. Syima - lps baca komen awk terus saya hapdet..tp dah di schedule utk publish esok hari..Sabtu 12 Jun. Tunggu okey!=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...