MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

26 TAHUN DULU.....AKU ADALAH....

Zaman kanak-kanak indah kan?

Selalu tersenyum kalau teringat zaman riang itu. Terasa macam dunia ni tak de masalah. Aman sentosa. Bahagia sentiasa. Huhu.

Aku bertuah sebab abah aku memang sangat amat lah suka amik gambar aku dan adik-adik untuk dijadikan kenangan bila kami besar kelak. Hobi agaknya. Sungguh aku ada banyak koleksi gambar zaman hingus itu. Dari aku berumur 2 3 hari sampailah aku dah pandai berjalan berlari. Koleksi video pun banyak, tapi aku tak pasti mana letak duduknya. Mungkin ada dalam simpanan abah. Kalau dapat tepek satu dua video kecik-kecik kat sini best jugak kan? Hahaha...macam lah reti.

Kenapa tiba-tiba aku buka citer pasal zaman kanak-kanak ni ye?

Hmmm..sebenarnya tadi aku godek-godek la henfon cikai aku ni..*sungguh dah cikai sangat dah fon aku sampai keypad pun dah tanggal-tanggal.huhu*. Dan aku terjumpa beberapa keping gambar aku masa kecik dulu. Memang boleh buat aku senyum-senyum sendiri. Hihi..


Mahu lihat??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sat na...mahu upload.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tada!


Inilah aku masa baby, comel tak?*anda tiada pilihan, sila jawab comel.haha*. Masa ni baru umur sebulan dua kot. Ke baru beberapa hari...tak sure sebab ikut kata mak aku ni membesar dengan cepat bagai johan. Hahaha..


Ini pun umur masih tak sampai seratus hari lagi agaknya. Owh ye lupa nak kenalkan, yang baju biru tu Athirah, sepupu aku yang selalu aku pukul canang nama beliau dalam belog ni. Kami ni sebaya..beza cuma 30 hari saja. Aku lahir 24 Jun, beliau lahir 24 Julai. Wah! her besday coming soon! Huhu. Dan yang seekor diri lagi tu siapa lagi kalau bukan baby paling comel tahun 1984! Hahaha..perasan gilos!


Aku masa baby memang pesen tido berbuai. Zaman dulu-dulu takde la lagi buai ala-ala anak orang kaya yang style pat segi diperbuat dari besi@kayu tu. Yang ada cuma buai edisi kain batik mak. Memang terbaikk! Abah hayun buai laju-laju, dan aku terlena kroh kroh kroh sambil peluk bantal busuk.

Errr..nak tau tak, sampai sekarang aku masih tido dengan bantal busuk yang seakan-akan sama macam dalam gambar tu. Hehe, dah kawen pun masih ada bantal busuk. Ketiak incik suami tak cukup busuk untuk lenakan tido aku. Haha!


Ini aku tak tau kat mana lokasinya. Entah kat tepi jalan mana entah ni aku tak pasti. Yang pasti kat KL la. Hehe. Montel kan i??=p


Naik kuda kayu sambil menyanyi...


"kuda ku lari gagah berani!!!!"

Hahaha..sayang bangat sama abang kuda ni. Tapi sah-sah la dah "arwah" dah abang kuda aku ni.


Wallawei!!

Dah macam champion wrestling dah kekdahnya. Hahaha. Sila tengok bentuk tubuh badan aku kala ini, geram kan? Ada rasa nak cubit-cubit geget-geget kan? Cuba bayangkan sekarang ni aku pakai pakaian yang sama sambil pegang trofi camtu. Agak-agak berapa baldi korang nak muntah?? Hahah!


Playtime.

Serasanya aku memang ada banyak toys zaman kanak-kanak riang dulu. Oleh itu segala kerja-kerja menyepahkan rumah silalah serahkan pada aku adik-beradik. Hehe.



Masa kecik-kecik Zoo Negara adalah antara tempat yang wajib mak abah bawak pegi jalan-jalan melawat "sedara mara". Hahaha.

Tapi untuk si badan montel macam aku ni pegi la ke mana saja, yang nampak di mata hanyalah makan makan makan!

Sebab tu muka aku dalam gambar ni cebik jek. Sibuk nak makan KFC la tu. Haih!


Sumpah 1 2 3 aku tak pernah daftar mana-mana pun kelas taek kwan do dari kecik membawak lah aku besar. Tapi entah angin apa yang goda abah aku pegi beli set baju taek kwan do ni. Adakah semata-mata mahu jadikan props bergambar??

Kalau la betul, maka tabik la kat abah. Sanggup beli 3 set uniform ni hanya untuk amik gambar eksyen konon-konon ada hantar anak-anak pegi kelas "gaduh-gaduh" tu..padahal nan ado. Huhu.




Bersama adik lelaki aku. Masa ni kat kampung ni. Entah hapa kejadahanpokok ntah la kami dua beradik kena bertanjak tinggi gini?? Adakah ini pun angkara abah jugak?? Adeh la..abah saya..abah saya..


Wah..ini best. Hari Bakat di tadika. Kalau tak salah ni acara fashion show. Semua pelajar dikehendaki pakai baju yang paling cantik yang kami ada pada hari tu. Wah! Teruja!

Mak aku lagi teruja. Siap belikan sepasang gown baru untuk aku. Gown tingkat-tingkat beb. Tengah in what masa tu. Stokin pulak jenis yang tinggi sampai ke peha pastu ada rambu ramba. Kasut pun siap dapat baru lagi. Getah rambut, hair ban bagai semua pun mak belikan yang baru. Pink karer lagi!

Wah! Tak seronok kau??

Siap menang lagi tau??

Tapi MENANGgung kekalahan jo lah jang...Huhu.


Hahaha!

Itulah aku masa kecik-kecik. Gemuk, montel, hitam, comot, pendek, semualah bagi kat aku. Tapi even aku tak comel ala-ala princess macam kanak-kanak perempuan lain aku peduli hapa? Yang penting aku bahagia. Menjalani zaman kanak-kanak setahun demi setahun demi setahun, sambut besday demi besday sampai tak sedar yang aku dah besar.



Kek paling canggih la orang kata untuk zaman dulu-dulu. Hahaha!


Riang ria memotong kek hari jadi yang ke-3 tahun. Yeke ni?? Apsal aku tengok badan aku dah macam budak darjah 1??

Ilusi kamerakah atau memang aku yang membesar bagai anak badak??!

Haih!



Besday lagi..tapi yang keberapa entah lah. Tak hengat.

Dapat banyak sangat hadiah. Sungguh best. Paling best tu lah, hadiah yang aku tengah bukak tu..Playdoh set!

Gila kau?

Budak stinggarden pun dapat adiah playdoh tu. Memang kembang sekembang cik siti wan kembang hati aku time ni. Hahah!

Err...sape pulak yang adiahkan aku pistol siap peluru tu?? Hei..i princess tau..princess pakai gown..pakai crown..mana ada princess pakai pistol???? *dush!benti la berangan. dush lagi*


Gila best sambut besday zaman kanak-kanak dulu. Tiap tahun mak abah buat parti. Masak banyak-banyak, sedap-sedap pastu ajak kawan-kawan satu taman datang umah, nyanyi-nyanyi. tiup lilin bagai..Owh indahnya..Hurmmm..

Tahun ni aku menjadi semakin dewasa. Semakin tua bahasa kasarnya. Molek lagi ke nak bersambut-sambut besday macam zaman kata atas tu lagi??

Macam huduh jek.

Maka sambutan besday kali ni dirancangkan tak perlu lah kek ke belon ke nyanyi-nyanyi ke tak payah dah la. Cukuplah sambutan yang sederhana bersama incik suami terchenta.

Di mana?

Langkawi tentunya.=p


Apa agendanya??

Tiada apa yang istimewa sangat. Incik suami mulakan dengan nota surprise ini *aku dah penah citer pasal nota ni dulu*



Dan diteruskan dengan membelanja besday gurl makan besar. Hehe




Ceh, aku punya besday dia yang makan melahap dulu. Tengok nasi aku, menggunung cantik lagi tau. Nasik incik suami??Huhuhu..2 3 suap lagi licin la tu. Hahaha.

Walaupun cuma belanja makan di warung tepi jalan, tapi aku gembira amat. Kalau Incik suami belanja makan roti sambil duduk atas lantai bilik hotel sambil menonton TV pun aku tak kesah, janji incik suami ada di sisi.


Dear, cuba teka mana satu minuman aku mana satu minuman incik suami??? Hahaha! Gila besar cawan tu.


Owh belum tamat lagi sambutan hari jadi aku. Incik suami mahu belanja aku lagi. Uishh banyak pulak duit dia 24 Jun tu ek??

Belanja apa??

Tadaaa!!
.
.
.
.
.
.
.
.
My besday present..
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hand bag.

Owh sila la tahu bahawa ini langsung amat la bukan hand bag cap prada ke gucci ke coach ke yang ribu riban tu.

Ini cumalah hand bag cap langkawi. Beli pun di kedai-kedai cenderahati tepi jalan sajork. Tapi sebab aku dah suka, suka yang sampai tahap asalnya tak mau beli tapi bila dan jalan sampai hujung jalan nun tetiba meroyan nak patah balik ke kedai tadi. Katanya hand bag tu memanggil-manggil supaya dibeli. Hahaha!

Incik suami pun belikan lah..murah saja..doploh hengget! Hahaha! Aku memang tak kesah kalau hadiah besday aku kategori super ekonomi sekalipun. Hehe.

Memang gumbira aku sepanjang 24 Jun tu. Sambutan yang penuh memori.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba
.
.
.
.
.
Bila pulang ke Ampang..
.
.
.
.
.
.
Ada ini.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.



Omaigod!!

Rupanya famili merancang surprise belated besday party untuk aku.

Mereka masak banyak sekali.

Gila terharu.

Aku ingat dah besar-besar gini tambah lagi bila dah kawen ni takkan ada dah sambutan party riang macam zaman kanak-kanak dulu. Rupanya masih ada. Sungguh gumbira amat.

Ada kek sedap dari Secret Recipi



Masih berpeluang tiup lilin *suka-suka saja okey* sambil mereka menyanyi lagu sumbang melodi. Huhu..



Paling bahagia ada incik suami di sisi.




Seronok. Suka.

Thanks buat semua ahli keluarga yang tungkus lumus buat persiapan untuk raikan aku tempoh hari. Memang terkujat amat. Tapi hati amat suka. hehehe.

Harap-harap tahun depan 24 Jun aku akan raikan seronok macam ni lagi. Tambah best kalau ada orang baru mengisi ruang hati. Siapakah orang baru tu??? Hehehe...pray for it.

=)

Daa!

11 comments:

  1. hepy bufday..may god bless u..best kan bila imbas kmbali zman comel2 dulu..

    ReplyDelete
  2. wah, sonot tgk gambo masa zaman kecik2..mmg kiut abis..hehe..

    hepi besday ke 26..

    moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu..

    hadiah dr asben x kisah murah mahai..yg pntg, asben kasi kan.kan..

    ReplyDelete
  3. wahh comenya pic kanak2 kamu...rasa cam nak cubit2 je pp tu hehehe happy besday dear =) semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  4. comelnya wan ms kecik dulu..hik..hik..skrg pon comel juga...=) happy belated besday!

    ReplyDelete
  5. ala2 sihatnyer masa kecik2 kan :-) tahun depan wish nak sambut besday bertiga yer??saya doakan sama yer.aminnn

    ReplyDelete
  6. happy belated bday wan.. jemput ke blog sy terima award :)
    fizziefiza.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Farah, Fikaryna,FarahFartihah, Ally,Nadeera, Cik Fiza........thanks ya dear atas wish itu. Even rasa macam dah basi dah nak story pasal besday ni tapi best jugak..dpt feeling mcm baru sambut besday smlm. hehe..

    Err cik Fiza - ada award ye utk saya..tenkiu so much dear!

    ReplyDelete
  8. wah~ belated benau nih!

    i am EXACTLY 1 year 1 day younger thn you! hehe

    ReplyDelete
  9. Kay Kamal - really??maknanya besday kita dua dekat benau la eh?? Wahh..boleh selebret sesama nanti..huhu!

    Neway Happy Belated Besday to u too!!

    ReplyDelete
  10. hepi befday walaupun agak terlewat ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...