MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 24, 2010

MAK MENTUA KASSIM SELAMAT. *siapa Kassim Selamat???Loyer??Majistret??*

"Alaaaa Kassimmmmmmm...ampunkan mak kassimmmm..mak bersalah kassimmm...."


Pernah dengar dialog tu?

Tentu pernah kan? Dialog glamer dalam filem Ibu Mertuaku *sebetulnya Ibu Mentuaku*.

sumber google


Filem sangat terkenal dengan watak ibu mentua yang garang gila bak singa betina. Gila punya cerewet part nak pilih calon suami buat anak darannya..sampai kita semua boleh hafap dialog yang satu lagi ni.

"Siapa Kassim Selamat?? Lawyer? Majistret?

Ingat tak?

Gila aku kecut perut kalau dapat mak mentua cenggitu. Kang terkeluar pulak dialog

"Siapa Yongnana??? Juara akademi fantasia?? Miss Universe?? Ohhhhh.....pembelog rupanya. Apa yang kau tergila-gilakan Yongnana tu ha Amry?? Harap badan je macam tong deram tapi ketok deram seketul habuk pun tak bunyi."


Hahaha..sumpah aku takut kalau mak mentua aku mulutnya pot pet pot pet edisi bernanah gitu. Arghhh tamau.

Fuh fuh fuh....nasib baik lah tak dapat.

Tapi memang betul. Mak mentua memang banyak jenis dan spesisnya. Ada yang lemah lembut sopan santun tutur kata. Ada yang suka bercakap tak kira masa. Ada yang jenis mulut lepas tak sempat nak diinsurans, ada yang jenis tak reti nak bercakap langsung, ada yang asik moody je manjang *maklumlah..umur dah 50an ke atas memang gitu kekdahnya* dan macam-macam jenis lagi lah. Banyak.

Kira nasib kamu la dapat mak mentua yang camne nanti.

Mak mentua aku?

Hehe.

Aku bertuah okey. Mak mentua aku selalu berpewatakkan comel selalu.

Kadang-kadang dia nampak perfect sebagai seorang ibu.

Kadang beliau sedikit clumsy atau bahasa melayunya kelam kabut.

Ada masa beliau buat lagak "maleh aku nak layan..lantak kome la". Haha.

Dan paling selalu beliau nampak sangat la comel. Bukan senang wanita yang dah berumur atas 50an untuk kelihatan comel lagi remaja. Tapi itulah mak mentua aku.

Pernah sekali tu aku terbukak cerita pasal lemang jagung tak sangat susah nak jumpa kat KL atau mana-mana tempat lain kecuali Kuala Kangsar jek. *gila tak sabar nak raya, puasa pun belum dah bukak cerita lemang*

Then kamu tau apa?

Bila jumpa orang jual lemang jagung, terus dibelinya untuk aku. Banyak okey? Siap dengan rendang sekali. Sudahlah lemang ni harganya mahal. Sepotong bulat sekali masuk mulut tu je yang rm3. Gila! Tambah lagi mak cik niaga tu cuba untuk menipu kami mentua dan menantu. Huisshh! Hangin la aku. Mak Cik Lemang ni tak tahu agaknya aku ni handal matematik, lulusan akaun lagi tu. Sila jangan berani-berani nak menipu harga lemang dengan aku. Aku calculated balik harga lemang campur rendang semua depan mak cik lemang tu dan depan bakal-bakal pembeli yang lain dan ternyata makcik tu tipu kami RM4!! *ceh, RM4 pun kecoh la kau Yongnana.*


Ha kan dah terciter pasal lemang pulak dah. Okey sambung balik sambung balik.

Ada sorang blogger pernah mintak aku share tips macam mana nak mulakan perbualan dengan mak mentua. Juga bapak mentua.

Sebenarnya bagi aku cara nak berbual ni berbeza jugak ikut perangai mentua masing-masing.

Kalau macam aku memang punya mentua yang sediakala kuat bersembang memang mudah keje. Aku tak sempat bukak mulut lagi mereka dah mula dulu dah. Sampai pernah sekali aku tengah ralit-ralit syok-syok dok mengemas kat dapur, mak abah mentua aku panggil duduk sekali. Nak bersembang katanya. Haha.

Tak cukup dengan bersembang puas kat kampung, bila dah balik KL pun mereka rajin call tanya khabar dan seterusnya sembang pot pet pot pet selalu. Iye betol. Selama dah kawen ni aku tak pernah lagi call mentua kat kampung. Bukan aku sombong atau kedekut duit tak nak call, tapi selalunya aku baru berangan nak call mereka sekian-sekian hari tup tup mereka dah call aku dulu. Dah tu?? Salah aku ke? Hehe..

Pastu bercakap dalam fon pun dah ibarat aku bergayut dengan incik suami. Kemain lama. Siap boleh main pas-pas talian lagi. Mula-mula cakap dengan mak, pastu abah pulak nak cakap, pastu mak nak cakap balik sampailah selalunya talian terputus sendiri. Mungkin kredit mereka abis atau line tak de. Comel. *hotak ko comel ngabiskan kredit mentua je tau*


Tapi kalau dapat mentua yang kurang bersembang, mungkin kita boleh cuba tips ni.

1. Cuba mulakan perbualan ringkas. Kalau untuk kita-kita yang baru kawen ni topik paling senang nak dijadikan modal bersembang adalah anak dia sendiri iaitu suami kita. Cuba la soalan-soalan mudah tentang anak dia. Tapi awas!! Jangan sesekali cuba bertanya soalan yang buruk-buruk tentang anak mereka. Tanya soalan yang comel-comel mungkin takpe. Contoh:

" Mak mak..Amry tu masa kecik-kecik mesti comel macam mak kan?"

Haha..Kalau aku pegang watak mak tu aku akan senyum meleret dulu sebelum jawab. Hehe.


2. Selalulah dan rajin-rajinkan lah diri tu duduk dapur dengan mak mentua. Bukan apa, kita ni orang pompuan kat dapur la port paling strategik untuk bersembang sambil buat keja apa yang patot. Kat dapur tu macam-macam benda boleh dijadikan topik berbual. Dari lesung batu, periuk belanga, hitam bontot kuali, perasa makanan baru di pasaran, bawang besar dengan bawang kecik mana lagi best, kicap terbaik sepanjang zaman dan segala bagai topik bersembang ada di dapur. Moh kita ke dapur!


3. Mak mentua biasanya akan senang hati melayan karenah menantu yang berusaha nak senangkan hati dan perut anak lelaki mereka. Maka, rajin-rajinlah bertanya segala bagai makanan kegemaran mahupun aktiviti kegemaran sang suami. Mesti mak mentua akan berborak panjang. Silap-silap kamu sampai tak cukup pen dan kertas nak salin resipi. Hehe.


4. Kalau ada saudara mara yang bertandang atau kamu pegi bertandang ke rumah sanak saudara belah incik suami, rajin-rajinlah bertanya kat mentua tentang sanak saudara tersebut. Tunjukkanlah sifat prihatin kamu terhadap kaum keluarga belah sana. Serasa aku mentua akan senang hati nak perkenalkan kita dengan adik beradik mereka. Menantu baru oii...sape tak bangga punya menantu baru??


5. Kalau mentua kamu masih kurang mahu bersembang, masih duduk terperok seorang diri tak suka kamu mencelah apa lagi mahu dengar kamu sok sek, janganlah susah hati. Mungkin dia ada masalah peribadi yang terlalu peribadi untuk kita amik tahu. Jadi kamu janganlah kecik hati, usahalah jadi menantu yang baik. Kadang-kadang tingkah-laku kita je boleh jadi alat penilaian paling ampuh bagi mereka. Jaga tingkah laku, dan cuba sedaya upaya senangkan hati mentua biarpun mereka tak senang dengan kehadiran kamu.


Memang bukan mudah nak jadi menantu pilihan. Tambah lagi kalau kamu punya saingan. Haha. Tapi ingatlah, kita kawen dengan anak mereka bukan sebab nak menunjuk-nunjuk kita menantu terhebat ke apa. Kita hadir dalam lingkungan hidup mentua untuk jadi seorang lagi anak mereka.

Maka usahalah untuk jadi anak yang terbaik. Macam mana kita sayangkan mak abah kita kat rumah tu, seperti tu jugak kita harus kasihkan mentua itu. Tiada beza.

Kalau awal-awal perkahwinan bila gaduh laki bini, dialog ni selalu keluar:

"Hantar saya balik rumah mak saya"

Siapa tahu lama-lama kawen dialog ni pulak yang keluar:

"Hantar saya balik rumah mak abang"

Hahaha.

Comel kan?

13 comments:

  1. ayat klaka dowh takle bla..but really good tips. bertuah dpt mertua gile cool..

    tapi topic sembangan dapur itu mmg lawak

    ReplyDelete
  2. hahahaha..i tak suker itu cerite kassim selamat taw...!! yeah..dialog tu samapi mati pon i akan ingat... eerr..kaLo i tak nyanyuk lar dah tua nanti...~ngeeee

    mak mertua macam tu buat i mimpi ngerti.. n hope sangat mak mertua ~to be i tak macam tu nanti.. n nampak gaye macam tak..die sanagt baik ngan aku.. n terime aku as a part of derang nyer family... tapi tak tau lar kot dah kawen nati macamane kan...~huhu...

    ReplyDelete
  3. hehe...mak mertua kamu mmg comel!!
    tp betul kata kamu, dapur menjadi tpt yg plg sesuai utk beramah mesra.tanya psl suami,pasal makcik2pakcik2 sedara..macam2 la...

    ReplyDelete
  4. Hai dear! Sorila lambat skit mderate comments u all semua.berokbeng telah disekat.ni pun menumpang khidmat berok org.haha..

    Memang seronok kan citer psl mak mentua ni..huhu..moga semuanya dpt mak mentua cool gila mcm i.hehehe..

    ReplyDelete
  5. sy suka la baca tips wan kali ni.. wpn sy belum ada mak mentua atau calon mak mentua tp sy rasa tips ni bakal bguna satu hari nnt...

    mmg kena pandai2 amik hati org tua ni kn.. takutnya... selalu doa dapat mak mentua yg sporting huhu..

    tapi sy rasa, mak sy yg mcm mak mentua kassim selamat tu.. diriku terasa seperti Sabariah pula huhuhuhu~~~

    ReplyDelete
  6. Cik Fiza oii...mak kamu mcm mak mentua kassim selamat ye? Ho ho ho..takutnya..bertabah la wahai tunang cik fiza ye..hehe..*tp saya tau hati mak kamu tetap baik kan kan kan?*

    ReplyDelete
  7. blom bertunang lagi tau wan..
    selection pun dh buat sy pening kepala.. dh bape org dh kena reject huhuhu~~

    mak mmg baik.. dan sy tau dia nk yg tbaik utk anak dia...

    ReplyDelete
  8. hehe...suke je ngan mak mertua saya..orgnye x banyak cakap..mulut saya je yang riuh sampai abg ipar panggil hagemaru..emm.saya akui kalo mak mertua jenis x banyak cakap nih susah sket kita menilai hati diorang..yelah, suke ke, x suke ke dgn ape yg kite buat kan? tapi sebagai menantu, saya selalunye pandang +ve jeh..kalo ade yg ditegur terima dgn ikhlas..dan kalo ade yg xtahu,bertanye le.ada sesetengah org tua suka kalo menantu bertanya itu ini, nampak sikit kite masih perlukan mereka.yg penting kita hormat & sayang die ngan ikhlas spt ibubapa kita..

    ReplyDelete
  9. Aida, saya stuju 120% pendapat awak tu..bak kata upin ipin...btol btol btol!!=)

    ReplyDelete
  10. hahaah! i sangt la suka dengan tips u..thanks for sharing yang!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...