MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, July 8, 2010

"RAMALANKU BENAR BELAKA." kata PAUL SI SOTONG KURITA


Piala Dunia kali terasa best sikit.

Kenapa??

Satu,

Sebab ada incik suami yang boleh jadi teman borak-borak pasal bola. Kadang-kadang kami bertaruh *OLOK-OLOK YE* tentang pasukan mana yang menang. Pertaruhan ni langsung tak bermodalkan wang ringgit mahupun wang syiling. Sekadar bermodalkan air liur jek. Huhu.


Dua,

Sementelah aku masih lagi gigih mengusahakan "ladang anggur" aku kat umah ni, maka aku tak perlu susah hati pikir nak pilih mana satu.

Nak tengok bola ke nak tido??*sebab esok pagi harus bangun awal pagi untuk ke tempat keje atau ke kuliah*

Aku boleh tengok bola sampai lebam pastu tido subuh-subuh hari pastu bangun pulak time tok bilal surau depan umah dah get ready nak laung azan Zohor. Hahahaha!!


Tiga,

Piala Dunia kali ni terasa best dan ajaib sikit sebabkan satu mahkluk ni.
.
.
.
.
.
.


sumber: incik google

Paul si sotong kurita!!

Kata orang Paul ni mampu buat ramalan tepat atas satu-satu perlawanan terutama yang libatkan pasukan German dah ajaibnya setakat ni semua ramalan si sotong kurita ni TEPAT!!

Huhu..

Tapi apapun aku takdelah taksub dengan Paul ni apalagi nak percaya ramalan sotong ni.

Buktinya game semalam *German vs Spain* aku tetap sokong German biarpun satu dunia hampir percaya kata si Paul ni yang Spain bakal ke final.

Lantak pi la sama hang punya ramalan.

Walaupun akhirnya Spain menang jugak.

Haih!!

Mencik!


Paul..sekarang ni kamu mesti tengah seronok nyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka kan?? kan??

Tak pelah, German menang ke Spain menang ke sama jek. Aku bukan dapat apa-apa pun. Kalau German menang aku boleh dapat posting cepat layak jugak la aku nak meroyan menggila bila German kalah ye dak??

Hurm...tak sabar nak tunggu game kemuncak.

Final World Cup

Spain vs Belanda

Kamu sokong mana ya dear??

p/s: nak tunggu ramalam Paul la. Hihi

2 comments:

  1. holland..haha..vote for that team..semata2 kerana sy ada jersi holland..hihi

    ReplyDelete
  2. Ally - Err sotong Paul ada buat ramalan tak game kali ni?? hehe..

    Saya pun ada jersi jugak...jersi Perak! Hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...