Zaman sekarang, duit menjadi satu alat yang amat berkuasa sekali kan? Nak buat apa pun sekarang ni perlukan duit sekalipun mahu ke tandas yang belum terjamin kebersihan dan kewangiannya tapi dari jauh dah boleh nampak sign "30 sen per entry". Huh..masuk seminit dua pun kena bayar 30 sen! Kadang tu masuk toilet cuma nak calit lip gloss je pun tapi tetap tiga posen.
Cekik darah. Drakula!
Eh aku bukan nak citer pasal masuk tandas mahal sebenarnya, itu cuma metafora jek. Hehehe. Sebenarnya hati aku panas sikit ni. Mendidih je darah bila dengar rakaman perbualan antara seorang pendengar radio dengan deejay radio. Stesen radio mana aku tak pasti.
Kamu pernah dengar? Memang boleh mendatangkan marah kalau dengar ni. *sila pikir berkali-kali sebelum dengar, takut puasa sia-sia je arini*
Kelik SINI untuk dengar rakaman perbualan tersebut. *kredit to www.ohtidak.com*
Dah dengar??
Menggelegak tak hati??
Uiiii....aku memang marah betul. Nasib baik aku dah dengar malam tadi. Jadi selamatlah pahala puasa aku. Aku hairan betul, perempuan dalam perbualan tu, apa nama dia? Haaa Cheryl...apasal la sampai ke situ mulut dia ek? Menghina tunang dia lajuuuuu jek. Mentang-mentang la tunang dia tu penjual beger tepi jalan jek, kemain bertih lagi dia hentam. Konon penjual beger takde masa depan lah, duit tak banyak lah, muka tak hensem lah..bla bla bla..
Hello??!
Kalau kau dah tau Samad *tunang dia nama Samad* tu jual beger jek, duit tak de, muka tak siap bagai-bagai apsal yang kau hegeh-hegeh terima lamaran Samad tu dulu sebelum bertunang? Bila dah tunang, dah dekat nak kawen baru pot pet pot pet claim itu ini. Ceh!
Dah tu boleh curang dengan tunang sendiri pulak tu. Mentang-mentang dah dapat "banker" baru yang kaya-raya aidilfitri lagaknya, yang hensem ala-ala...............*kau letak la sendirik ala-ala siapa. Kalau suruh aku fill in confirm aku taruk nama laki aku.huh*, yang ada kereta mewah tapi hutang 10 tahun lagi pun belum tentu abis bayar, dan segala lah yang si Samad tu takde, berani lah kau nak hina-hina Samad ni kan?
Memang kejam. Materialistik sungguh.
Itulah dunia. Bila duit ringgit menjadi raja, kekasih hati ditolak tepi, tunangan diri di pandang sepi, malah ada juga yang membuang suami. Yang mengenepikan famili semata-semata kejarkan wang ringgit memang tak boleh dibilang dengan jari. Berlambak selori!
Tapi aku yakin, apa sahaja yang kita buat kat dunia ni ada balasannya. Samada Tuhan bayar "hutang" atau bayar "cash", itu jek. Yang pasti..ada habuan buat semua kelakuan durjana kita di dunia ni.
Buat Cheryl...terpulang lah pada kamu. Kalau wang ringgit dan kekayaan yang kamu kejarkan, kejarlah sampai dapat. Tapi tak perlu sampai menghina orang lain sebegitu. Mungkin benar kamu sudah jumpa Mr. Right kamu, tapi bagi aku amat-amat salah kalau nilai manusia melalui wang ringgit mereka. Salah sama sekali.
Duit dan harta memang penting, tapi bukan perkara nombor 1. Mungkin jatuh ke nombor 3 atau 4 atau 5 atau berapa-berapa lah. Bergantung pada senarai kamu.
Buat Samad. You go man!!
Pasti ada insan lebih baik buat kamu. Kita kena pasti janji Allah...
"lelaki yang baik...adalah untuk wanita yang baik. Dan begitulah sebaliknya"
Doakan yang terbaik buat kamu Samad.
Nota-noti: Samad dah beli lori lah! Oitt lori pun bukan murah tau? Err Samad, kat mana stall burger kamu?? Hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tu lah dia....ni tgh nak cari stall samad ni.nak beli burger byk2...
ReplyDeleteeeii pompuan tu igt lelaki kaya tu nak sgt kat dia ke?saje nak test market je...bkn ke mane pn sbb bkn standard lelaki kaya tu pun...kot btl kaya, kalau tipu je...camno?hahahah merana badan.
ish2 ~ kes ni sebijik mcm kawan nora hem , pilih yang kaya tinggal yg miskin padahal si miskin tu la yg membantu susah senang ~ memg mata duitan
ReplyDeletehadoii. terkejut i.. igt cheryl samad td. hehe
ReplyDeleterupenye cheryl vs samad...
dasat. tu aje mampu diucapkan, kalau mcm ni, tak payah buat bini pun takpe.
Wannn! Oh, tidak!
ReplyDeleteKesian kat Samad. Memang tak patut ah. Isk2.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya sokong tu.
Errr...duit? Contest duit raya telah bermula, di blog saya. Hehehehe ;p
jgn salahkan perempuan tu semata-mata . mungkin cara perempuan tu x betul , hina2 si samad tp she have own reasons dia nak putus tunang .
ReplyDeletehttp://fadzforfun.blogspot.com/2010/08/aku-perempuan-materialistik-so-what.html
YOu,
ReplyDeletei pun dh dengar hari tu..mmg cilakerr pmpuan tuh...mse dlu, xnk plak kau tolak pinangan si samad ni..mencalar maruah wanita lah!!
mmg teruk la pompuan tu!! mata duitan!!!
ReplyDeleteom gosh. yong, kite dah dengar dah. kurang ajar punya pompan. kalaupun tak suka dengan tunang sendiri, sampai hati menghina dia sampai cam gitu sekali. kalau dia tu hina sangat, yang ko tunang dengan dia first place watpe tah.
ReplyDeletememang la samad tak belikan dia kasut, handbag etc tapi kan dia dah belikan gelang. mahal gak tu. & samad tu berdikari, beli lori untuk perkembangan bisnes. SABAR la. mana ada bisness terus jadi kaya besok????!
ah. marahnya. kesian gile kat samad. sabar la samad ya. doakan yang terbaik untuk awak
*** yong, sowie komen panjang. sama bengang like you ;(
ya...dah pun dgr semalam n post kat FB & blog...memang sgt2 mendidih..panas + bengang..kejam sungguh...
ReplyDeletekita sama2 la doakan si samad tu berjaya...and ppuan yg x sedar diri tu...rasanya x kawen kot ngan mamat kaya yg dia war2kan tu.
wahai yong nana kenapa sudah lama kamu menyepi ye...sila amik award di blog saya
ReplyDelete