Sahur pagi ni sangatlah mengeyangkan. Lauk pauk selambak mengalahkan menu buka puasa kekdahnya. Lepas sahur mula lah sangap tak tahu nak buat apa. Macam aku sekarang ni. Nak menulis entri, takde topik. Err ekceli aku ada topik nak dikupaskan *wahhh vocab ko*, tapi dari semalam mood nak menyiapkan entri tersebut terbengkalai macam rumah tak dapat CF. Huhu. Sudahnya inilah entri terbaru aku. Entri takde motip. Haha.
Tadi kan masa tengah sahur mak ada bagitahu yang tak lama lagi ada cuti Jumaat Sabtu Ahad, Isnin keje balik, pastu Selasa cuti lagi *31 Ogos*. Wahhh!! Best kot.
Pastu kan nak lagi best kan mak tanya pulak soalan ni.
"Yong nak beli baju raya kat mana?"
Waaaa wiiiiiii juniur juss!
Mak dah bukak topik baju raya dah ni. Maknanya tak lama dah la ni..tak lama dah la.
Pastu mak cakap lagi.
"Mak ingat nak amik cuti la Isnin 30hb tu, boleh kita jenjalan cari baju raya."
Aku senyum simpul jek *sebab tengah kosentret nak abiskan nasik dalam pinggan.haha*. Padahal dalam hati YES YES SETUJU!
Aiii...entahlah. Dari kecik membawak ke besar episod membeli belah keperluan raya memang memori. Sangat ditunggu-tunggu. Sementelah tahun ni kami satu famili semua pun tak sempat nak hantar tempah baju raya kat Kong The Tailor sebab tempahan sejak bulan Mac lagi dah ditutup. Haih!
Maka nampak gaya tahun ni semua pakat beli baju siap jek. Hmmm....aku tak bape suka beli baju ready made sebenarnya sebab badan aku bukanlah standard size. Mesti nanti akan ada bahagian yang terbonjol sana sini, terkembung sini sinun, tersenteng ke terlabuh ke..aduiii.
Tapi apakan daya.
Aku cuma ada dua pilihan jek,
Nak baju raya baru ke tak nak??
Kalau nak....
Duduk situ diam-diam sampai 30hb!!
Nota untuk kamu:
Dear, ada tahu tak mana boleh kita beli baju kurung cantik-cantik selain Jalan TAR?? Paling penting mesti ada saiz gergasi bagai aku ni. Huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seronoknya dia dapat pi jalan2 cari baju raya :)
ReplyDeletewan,
ReplyDeleteso far aku beli kt plaza alam sentral la adalah smp size XL tp xbyk dah ni..makin kurang, baik cpt cari! then, adik aku, kak cik yg besar dr aku plak shopping kat butik peace ( rasanya byk cawangan cuma yg aku tau dlm s.alam - kt alam sentral n pkns ).
nasihat aku, baik ko cari cpt2 wan sbb mmg nnt at last tinggal size kecik je..hukhukhuk.. lagi 1 kena rajin bertanya gak, kekadang diorg simpan stok kt dlm2 plak tu..huhuhu..
*sorryla byk suggest tmpt s.alam, kt duduk s.alam..ekekeke*
fara pun xsabar nak cuti panjang!!!
ReplyDeleteCik Fiza..time soping raya ni mmg lain skit auranya, kan?hehe
ReplyDeleteNinie..wah kau dah soping raya dah la tu. Kemain laju lagik. Huhu. Neway thanks Ninie. Tapi memang betul Shah Alam memang byk baju kurung..PAS ada, PKNS ada..hmm cuma butik peace tu kat mana ek slh satu cwgn yg ada?
Farah..arini jugak Farah p apply cuti 3ohb. Boleh cuti direct 5 ari. hehe.
Wan, saya pulak tengah bercuti ni. Tiga hari. Huhu..cuti tapi tak ada buat apa. Kalau kat kampung, best ni.
ReplyDeleteSaya pon selalu beli ready made. *terpaksa! Biasa nya akan beli yang besar sikit sebab lepas tu, hantar pi kedai, alter semula, jahit yang mana bahagian lebih tu, dan hasil nya sungguh memuaskan. ;p
member aku kt kalu kt kl kt wangsawalk.. good luck!
ReplyDeleteAzlina..mmg eloknya beli bj besar skit.kalo bsr boleh alter lg..kalo tersendat??camno?kna alter saiz badan la kekdahnya.haha..
ReplyDeleteNinie..ko btol-btol mengkaji tempat paling best nak soping untuk aku ke ni?huhu terharu beb!
farah xde mood lg nk beli bju rya..sbb dok jauh2 kan..rsa mcm xbest je nak buat persiapan sorang2..ntah ade ke tidak baju raya nanti.. ;p
ReplyDeletePuan Farah..btol jgk tu..bila incik suami menjauh memang efek nak buat persiapan raya tu menurun sikit la..tapi apa nak buat..huhu
ReplyDeletehahaha.. aku memahami org size besar cam kita ni..ekekeke~
ReplyDeletesemalam gi ampang park, perggghhh!! rambang mata tgk baju2 sumeee lawa2...uwaaa...rasa nk borong 1 ampang park! tp blum tanya size lagi.. takut terbeli.bajet lari dah ni..isskkk~
Ampang Park ek? Uishhh harus di servey ni.hehe..Abg ipar kamu tu request tema kaler merah mak ngah tahun ni. Adoi la..pakat kena sondol lembu la thn ni.haha
ReplyDeletehahaha..merah? waduh..waduhh~ merah tanda cinta lagi2 1st time sambut raya sama... *so sweetttt*
ReplyDeletepsttt.. sejak bila aku ada abg ipar ni? ahaks! ke ko conpius adik ko pun nama nini..hahahahaha...