Hari ini nak cerita tentang rumah.
Rumah adalah sewaan sahaja. Harga sewa rumah di Labuan ni boleh tahan kopak jugak lah. Rumah apartment *cehh apartment konon, padahal flat sajork* 3 bilik tidur 2 bilik air yang di dalamnya cuma ada satu set kerusi sofa zaman dendolu punya style, 2 helai tilam bujang yang dah menipis bak lapisan ozon, dan sebuah meja lipat yang didatangkan khas bersama 2 biji kerusi plastik...hmmm kamu agak-agak berapa sewanya??
RM700!!!
Ternganga mulut kejap.
Memang agak mahal tapi apakan daya, kalau tak aku rembat rumah tu maka tidur berteduhkan atap bas stop je la aku nanti. Haha.
Walaubagaimanapun...
Keadaan rumah amatlah membanggakan. Dengan kedudukan di tingkat paling atas tanah maka kebarangkalian untuk putus bekalan air adalah amat tipis. Bagus di situ. Tapi yang kurang bagusnya rumah aku amatlah digemari oleh sang semut-semut hitam yang suka benar berkeliaran tanpa tujuan keliling rumah. Abis penuh dinding-dinding rumah dipanjat dek semut hitam sehingga memaksa aku meletakkan ubat gegat di tepi-tepi dinding. Ohh baru tau ubat gegat bukan saja untuk kegunaan lipas, tapi semut jugak. Huhu.
Saiz rumah adalah sederhana. Untuk tinggal berdua memang selesa. Tambah lagi perabot yang ada pun apalah sangat yang ada. Boleh baring sambil guling-guling atas lantai lagi rasanya.
Ini adalah ruang tamu. Itu adalah kerusi sofa yang dimiliki pleh tuan punya rumah. Aku cuma sewa sahaja. Nasib baik jugak ada sofa, kalau tak duduk berteleku atas lantai je la aku hari-hari. Uhuk-uhuk.
Apa motip gambar ni ye?
Kurang pasti.
Mungkin aku nak tunjukkan rumah aku ada 3 bilik tidur memandangkan ada 3 buah pintu bilik di belakang tu kan. Haha.
Gambar dalam bilik adalah sangat segan untuk ditunjukkan. Nantilah, bila keadaan bilik semakin terkawal baru boleh tunjuk. Huhu..
Ohh ini adalah ruang feveret sekarang ni. Dulu masa bujang, dapur adalah ruang paling jarang aku masuk. haha. Tapi sekarang tidak lagi! Hehe.
Ketika aku ambil gambar ini, dapur adalah serupa ini. Ada dapur gas tapi tong gas belum beli. Haha. Tapi sekarang ni keadaan dapur semakin baik. Ada masa nanti aku tunjuk gambar terkini.
Dalam banyak-banyak benda di dapur ni aku paling berkenan spesis jatuh hati sama set pisau aku yang bewarna-warni aidilfitri itu.
Nampak tak?
Tuuu.....yang warna warni kat sinki tu.
Itu adalah pisau ye kawan-kawan. Uiii semua jenis pisau ada situ, pisau daging ada, pisau roti ada, pisau bawang ada, pendek kata semualah. Lengkap.
Beli di Labuan saja. Di Pasaraya Labuan. Harga?? Berbaloi-baloi...RM29.90.
Okey kan? Kamu mahu?? Sila bagi nama dan alamat dan duit ringgit, meh aku tolong belikan. Hehehe..
Sekian sahaja laporan berkenaan istana sangkut kami laki bini. Huhu.
Ohh lupa, buat Azlina, terima kasih banyak-banyak kerana pilih saya sebagai pemenang tempat ketiga contest kamu.
Memang terharu. Huhu..
Sebabkan kamu dah bagi saya menang, saya nak bagi kamu hadiah pulak.
Apa hadiahnya??
Hehehe..
Saya nak hadiahkan wang kemenangan saya tu kepada baby kamu yang sedang bersemayam di dalam perut tu.
Boleh kan??
Kamu belilah apa pun yang kamu mahu dengan duit hadiah tu. Ini serius ni. Sila take note ye Misi Azlina. Hehehe..
Okey dear..sampai sini dulu. Nanti kena tembak pulak asik membelog je waktu sekolah. haha.
Jumpa lagi!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mahal ye sewa rumah?
ReplyDeletesy suka set pisau cantik tu hehehee
humang haihh.. rege ghumoh ngalah kolompo....!!! pitam, pitam.....
ReplyDeletehahaha. Kamu sangat kelakar la wan ;p Ada pulak bagi semula pada saya. Patutlah saya konpius, lambat je tunggu mesej kamu dalam fb. Sebab bizi, saya tangguhkan jap nak mesej kamu. Ingatkan nak bagi hint dekat kamu tapi kamu terlebih dulu berterus terang. Aish...malu ai...
ReplyDeleteHa, rumah kat sabah ni memang mahal. Saya dah survey. Harga rumah, kalau tak setengah juta, bukan rumah lah tu.
Rumah sewa saya pun sama harga macam rumah sewa kamu. Bezanya, 2 bilik dan satu bilik air. Adakah? Tapi bila fikir balik, memang tu normal lah kat sini.
Bila tanya kat aunty sebelah rumah, dia kata, dia beli rumah tu dengan harga RM600 000. Makkkk aihhhhh! Bayangkan, flat rumah, 2 bilik dengan harga macam tu.
Kalau kat kg, dah dapat banglo sebijik.