Seronok ke menjadi isteri??
Ha kamu yang dah kawen bertahun-tahun, sila jawab. aiiikkk jawabbb.
Diam.
Tak mau jawab ek? Malu ek? Takpelah biar aku je yang jawab. Haha.
Seronok ke aku menjadi isteri ni?
Kalau aku hitung-hitung, aku baru je kawen selama 4 bulan 1 minggu dan 5 hari. Kalau nak banding usia perkahwinan aku dengan pusingan hidup manusia, huh..takde apa lagi. Dok melentang je la. Nak bergerak pun mengharap belas ihsan orang lagi. Abis kuat pun cuma boleh meniarap jek. Memang takde apa yang boleh dibanggakan.
Lagi malang, dalam 4 bulan 1 minggu dan 5 hari tersebut, aku baru betul-betul pegang jawatan isteri sebenar-benar isteri selama kurang lebih 3 minggu. Ya, baru 3 minggu. Kalau baby tu belum abis tempoh berpantang lagi kan? Haih! Masih baru.
Tapi dalam tempoh 3 minggu inilah yang banyak mengajar aku. Tinggal sebumbung dengan suami memang pengalaman. Mana-mana pasangan suami isteri pun akan rasa pengalaman pertama gini.
Seronok.
Celik je mata bangun tido, wajah pertama yang aku nampak adalah insik suami.
Orang terakhir yang aku tengok pulak sebelum lelap mata, jugak incik suami.
Dah kata pun tinggal berdua kan, muka sape lagi aku nak tengok? Haha.
Pastu, setiap hari berusaha gigih mengasapkan dapur. Oh jujurnya aku kagum pada diri sendiri. Sejak incik suami dah beli tong gas aritu, aku tak pernah ngelat lagi untuk tidak memasak. Paling koman aku akan mengotorkan kuali sekali sehari. Seronok tau memasak untuk suami. Langsung tak terasa penat. Harap mood seperti ni akan kekal lama. Heheh.
Paling bertuah bila incik suami jugak menunjukkan mood rajin beliau. Hati isteri mana tak terharu bila balik dari sekolah, lalu kat ampaian rumah, tengok dah elok bersidai kain baju. Itu tandanya incik suami sudah basuhkan kain baju. Jimat tenaga aku. Haha.
Tapi bila duduk berdua ni ada jugak yang tak seronoknnya, Biasalah hukum alam kan. Kalau ada seronok, mesti ada tak seronok.
Perang perasaan, makan hati, makan dalam, menangis meroyan merajuk tu dah macam garam dengan gula dah. Wajib ada. Tinggal lagi tak terbang pinggan mangkuk jek. Haha.
Bagi aku normal la tu kalau ada perselisihan laki bini. Tapi kena pandai-pandai lah settle down. Nak merajuk pun tara mana lah sangat kan. Setakat merajuk berdendam sejam dua jek, pastu pandai sendiri mintak incik suami peluk cium tanda nak berdamai. Haha. Gitulah kekdahnya ek?
Kesimpulannya *wah...ada kesimpulan kau. Mungkin ini karangan contoh SPM.haha*, aku bahagia sekarang. Walaupun kadang berperang dunia dengan incik suami, aku bahagia. Bahagia kerana akhirnya aku dan incik suami berpeluang kemudi rumahtangga kami berdua. Bebas tentukan hala tuju sendiri.
Kesimpulannya satu lagi, menjawab pada persoalan kat atas nun...aku seronok bangat menjadi seorang isteri. Yang belum kawen, cepat-cepatlah kawen yoo!!
Sunday, October 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best~!! =)
ReplyDeleteapaaa!!! ayat plg last tu xtahan...telan air liur gueee...*gluppp* ngeeeee....
ReplyDeletewan, mis u! glad u hepi =)
Wan, kalau dah tinggal berdua, memang macam tu lah gamaknya. Nak bergaduh pon, merajuk pun, kita nak lari kat mana. Paling2, pergi kat bilik sebelah. Hehehe.
ReplyDeleteApapun, best menjadi isteri pada insan yang kita cintai dan mencintai kita yang tiada hadnya :D
betul tu ...
ReplyDeletesaya walaupun belum berpeluang dok sebumbung dengan suami,tapi seminggu sekali jumpe pun dh kira syorga dah...
saya tumpang gembira utk awk...
saya pun seronok...
gaduh2 pun ... kena setlekan sebelum tidur...=)