Hadehlah...Aku rasa macam malu betul dengan diri sendiri. Sekian lama aku asik tengok je orang dok tepek gambar yang dicapture dari screen laptop memasing tapi aku sampai ke sudah tak reti nak buat kekdah itu. Maka kalau kamu perasan selama ni gigihlah aku snap gambar screen laptop aku sendiri guna kamera cikai aku tu, pastu dengan usaha jayanya aku dok blutut gambar tu ke laptop aku sebelum aku boleh upload gambar tu ke belog peliharaan ni. Adoilah..betapa punya ketinggalan dah aku ni.
Tu la..tak reti, tapi tak mau tanya. Orang kata b&*%h sombong. Haha.
Hehe..sebenarnya bukan aku tak nak tanya. Memang dah lama aku simpan hajat nak shout kat belog ni nak tanya kat kamu-kamu yang arif lagi bijaksana ni macam mana nak buat screen capture tu *wah..istilah tahu, tapi nak buat tak reti*, tapi aku asik terlupa jek. Tentiba tadi aku teringat balik hal ni, jadi sebelum aku shout menanya kat kamu-kamu, ada baiknya aku godek-godek menanya kat pakcik google, kot-kot dia boleh bagitahu kekdahnya. Hehe..
Dan kamu tahu apa??
Taraa!!
Heheheh..
Berjaya jugak aku ketemukan kekdah terbaik nak buat screen capture ni. Oh ye, lupa nak kenalkan..gambar di atas tu adalah hasil tangan incik suami yang telah mengerjakan wallpaper laptop aku. Entah mana dikautnya gambar resaksa tu aku pun tak tahu. Tak kuasa aku nak tukar dah wallpaper tu. Lantakkan aje beliau di situ. Yang penting aku dah tau camne cara nak buat screen capture. Tak perlu bodoh-bodoh pegi amik gambar screen kat laptop pastu buat susah payah nak blutut pulak ke dalam laptop pastu baru boleh haplod ke dalam belog. Memang cara kuno.
Ni aku nak share kekdah terbaik terpantas tersenang nak buat screen capture. Kepada yang dah lama reti tu, kamu senyum-senyum je la tengok aku nak buat tutorial ni ek. Ini khas untuk mereka-mereka yang spesis aku. Snap gambar screen guna kamera henset. Haha.
Cara untuk buat Screen Capture:
Langkah 1:
Sila berkenalan dengan satu keypad ini.
Keypad "Print Screen"
gambar ihsan pakcik google
Aku selama ni punyalah tak tahu apa fungsi keypad yang satu tu. Baru hari ni aku tahu fungsinya adalah untuk buat screen capture. Haih!
Okey, bila kamu ada satu-satu page yang tertera di skrin laptop untuk dicapture, just klik keypad "Print Screen" tersebut.
Langkah 2:
Bukak mana-mana program mengedit imej seperti Paint, dan klik "paste".
Langkah 3:
Gunakan tool "crop" untuk crop gambar yang telah dipaste tadi.
Langkah 4:
Save imej tersebut.
Tadaa!! Siap!!
Kalau masih tak berapa paham, kamu boleh klik link ini. Aku pun blaja ilmu ni dari link ni.
Baiklah..
Sekian sahaja kelas kita untuk hari ini *bila masa pulak aku selalu buat kelas*. Jumpa lagi kita di hari dan waktu yang samaaa....dalam ranncangannnnnn..
Kelasku Kenkadang Ada!!!!
Haha.
Daaa...
hahaha. lawak la kamu yong nana :D
ReplyDelete- si pembace senyap2 dari zaman kamu lum kawen lagi ;p-
Yong ~ nak gelak boleh? Dulu ai pun xreti jugak, tp idak ler terpikior nak snap guna camera.. Gud idea anyway
ReplyDeletelor...print screen kekdahnyer.. tp slama ni pun xde pk nk screen shoot laptop sendiri. kekdahnye xde gmbr menarik tepek kt screen tuh.. resaksa tu cm resakse predator tuh ek..
ReplyDeletehehehe. kat cni ada cara senang nak capture screen. softwarenya ckup mudah dan ringkas
ReplyDeletetanpa perlu capture pastu paste.. mai tgk kat cni http://semangkukcawan.blogspot.com/
hahah..akhirnya kebuntuan ku ini terjawab jua... slama ni pn saya guna kaedah kak yong nana,,igtkan saya sorang je dlm dunia ni x reti screenshot..hahaha
ReplyDelete