Okey berbalik kepada topik asal aku tadi. Dah nak masuk 6 bulan dah usia pernikahan kami. Dan selama itu jugak aku dok sabar menunggu rezeki yang satu tu. Bukan sorang dua yang dah bertanya, tapi boleh tahan ramai jugak lah. Kalau kat sekolah lagi lah...siap ada cikgu-cikgu ingat aku memang tengah mengandung. Almaklumlah..perut aku standard 7 bulan punya. Haha..
Jadi bila orang bertanya, aku lebih selesa senyum je sambil keluarkan dialog standard.
"belum lagi kak...tak de rezeki lagi"
Standard.
Tapi pernah satu hari aku kena jerkah dengan sorang cikgu sebab bagi jawapan standard gitu. Kata beliau..jangan dok kata-kata "takde rezeki, takde rezeki". Rezeki Tuhan tu banyak...bukan itu je rezeki yang ada.
Hoh. Terkesima aku kejap. Aku mati-mati ingat itulah jawapan terbaik aku. Silap besar rupanya.
Jadi lepas ni kalau ada yang bertanya, aku akan jawab gini.
Err..senyum dulu. Penting tu untuk menjawab sambil tersenyum supaya orang tak pikir kita ni loser sangat. Boleh??
" Belum lagi kak..Insyaallah nanti adalah tu. Saya pun tengah berusaha ni. Wish me luck ya!"
Haha!
Boleh gitu? Rasa nak lempang diri sendiri jek.
Tapi apapun..memang sungguh aku tengah nantikan kehadiran insan baru dalam hidup aku dan incik suami.
Bila??
Janganlah ditanya. Aku pun tak tahu bila. Itu bukan dalam bidang kuasa aku. Aku harap, dalam usia 6 bulan perkahwinan ni janganlah ada yang menuduh melulu bukan-bukan kat aku especially.
Aku tak merancang apa-apa. Apa lagi mengekang kehamilan. Langsung la tidak. Jangan ingat aku sengaja tak mau mengandung lagi sebab nak berjola-joli sama incik suami lagi. Jangan pikir aku tak mahu kehadiran baby sebab nak jaga reputasi. Takde pernah sedetik pun aku pikir camtu. Cumanya aku lebih suka biarkan ianya terjadi secara semulajadi. Tak perlu memaksa, terpaksa, dan dipaksa.
Yang penting, sekarang ni aku bahagia.
Seronok jalani kehidupan sebagai suami isteri yang normal zahir dan batin.
Aku mohon..
Kalian semua yang membaca, doakan aku.
Yes. Aku mahu jadi ibu.
Absolutely. *terasa macam satu kejayaan dapat mengakhiri entri dengan satu perkataan English. Haha*
doakan yg terbaik utk awk :)
ReplyDeletekan, kdg malas nak menjawab, mau jugak baby, tapi...doa2kan jela, heee:)
ReplyDeleteInsya-ALLAH wan, ada rezeki tu nanti. Sabar, ya. Masa yang ada ni, guna kan peluang nak timba pengalaman sebanyak boleh, supaya nanti, bila dah ada, senang je kan.
ReplyDeleteya Allah... semoga Yongnana dikurniakan zuriat di masa yg terdekat ini... aminnnn.. :)
ReplyDeletehaha..
ReplyDeleteok serious...
saya doakan yongnana dapat baby sooner.mungkin jan, atau feb atau march...well takut jugakkan..dah kawin kang tanya pasal baby, bila blum kawin tanya bile nak kawin..
goodluck!
okay gak bagi jawpaan yg 2nd tu
ReplyDeletebaru lah org tak rasa klise sgt
mesti trus diam
tak berani nk tanya lebih2
ala..cepat ke lambat
kalau ada rezeki, tibalah masanya nanti
and..lambat pun ada eloknya
nikmati masa berdua ni semaksima nya
barulah bila ada baby nanti
terasa sgt complete!!
wan, InsyaAllah..ada rezeki dapat baby nanti..amin..amin...
ReplyDeleteSabar je lah awak..Saya ni dah 3 tahun lebih kawen,xde rezeki lagi nak menimang cahaya mata. Mulut orang kita tak boleh tutupkan? Lagi pun memang lumrah orang suka cari kekurangan orang lain... Saya doakan awak cepat dapat baby yer.fikirkan yang +ve jer..ramai lagi yang kawen bertahun2 tak dapat baby...wish me luck too!
ReplyDeletesaya juga mahu jadi ibu.. kita doa sama-sama ok..
ReplyDeletesaya pon nak jadi ibu.dah nak masuk setahun ni yong oi.cedih
ReplyDeleteSaya pun Doakan awak cepat dapat baby.Bukan tu je, moge awak murah rezeki sebab sabar dengan soalan2 cepu mas tu..Ni sume bukan kerja kite, tp kerja tuhan, ape2 pun byk2 berdoa.InsyaAllah..
ReplyDeletehai...
ReplyDeleteingat aku lagi..???nadia-satu bilik masa form4 kan kite..hehehe
sabarla wan..aku ni pun sama..naik lemas ngan soklan2 camtu..akhirnya selepas bersabar lama..lepas setahun 8 bulan kawen ni baru la ada rezeki aku..xpela cepat or lambat..yang pastu rezeki Tuhan tu ada untuk kita...
aku doakan untuk kau ek..insya Allah...
Rezeki Allah lain2..
ReplyDeleteAllah akan kurniakan bila Dia rasa kita dah betul2 sedia..
macam akak saya sendiri,
Lepas 10 tahun kawen baru dapat yang pertama.
So, bersabar dan terus berdoa dan mencuba :) hikhikk