MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 3, 2011

KISAH SEORANG PEMBAYAR DAN PENGUTIP YURAN SEKOLAH



"Okey...yuran sekolah semuanya RM58.50 ye puan."

"Errr..saya tak bawak duit cukup hari ni cikgu, nak pergi bank..bank pulak tutup hari ni."

Hmm..betul jugak. Hari ni Malaysia cuti sebab Harimau Malaya menang. Logik jugaklah bank tutup hari ni.

"Ohhh..yeke..kalau camtu takpelah puan. Puan datang semula minggu depan untuk bayar yuran. Boleh kan?"

"Boleh boleh boleh..kalau saya dapat duit hari satu *hari satu maknanya hari Isnin* nanti, saya akan bayar yuran semua. Terima kasih ya cikgu."


Aduh...rasa nak berlinang dah air mata aku time tu. Kalau yang datang tak bawak duit tu orangnya cantik bergaya aku tak heran sangat. Mungkin alasan je tak bawak duit cukup konon bank tutup la hapa la. Tapi yang datang ni..adoi, camne nak gambarkan ek. Umur mungkin dalam 30-an tapi wajah nampak tua sikit dari umurnya. Pakaian pun sederhana..kurus kecik badannya..datang bawak anak kecik lagi pimpin kiri kanan. Suara pun slow je bila bercakap..mungkin malu dengan aku yang suara bak rimau ni. Huhu


Memang sampai balik rumah pun aku masih ingat pada wanita yang aku tak tahu namanya itu...





3 Januari 2011...........


Ralit aku dok siapkan resit yuran budak-budak, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita.


Ohh..wanita hari tu.


Tengok sebelah dia ada sorang budak pompuan pakai baju sekolah lengkap. Eh, itukan anak murid aku...kenapa tak duduk dalam dewan? Kenapa perlu ikut mak dia jumpa aku ni? Ish..nak kena budak ni..1st day dah pandai ponteng kelas..eh silap..ponteng dewan. Haha


Rupanya aku salah besar.


Budak pompuan tu baru sampai sekolah! Ya..baru sampai. Kalau jam aku baru tunjuk angka 8 takpe la lagi..ini tinggal 10 minit lagi nak pukul 1!!


Gila babas lambat.


Tak sempat aku tanya kenapa datang lambat, wanita sedih tu dah bagi sebab dah. Rupanya mereka takde transport nak ke kesekolah. Rumah nuuuun seberang laut sana. Nak ke pekan kena naik bot dulu. Sampai jeti naik bas pulak sampai ke tengah bandar. Dah sampai bandar kena amik bas satu lagi untuk sampai ke sekolah. Punyalah panjang rantai perjalanannya. Nak dihantar anak perempuannya ke sekolah awal-awal subuh....risau takde siapa nak jaga 4 lagi anaknya yang kecik-kecik lagi kat rumah.Nak dibiar anaknya naik bot naik bas sorang-sorang gelap-gelap hari, lagilah risau. Suami takde di Labuan sekarang katanya. Jadi kenalah tunggu ada jiran-jiran yang sanggup nak jaga anak-anak kejap barulah boleh dihantar anak perempuannya tu ke sekolah.


Aku dah kesedihan dah kat situ.


Aku tak nak panjang-panjang cerita, terus aku tanya tujuan sebenar dia datang jumpa aku.


Nak bayar yuran sekolah katanya.


Terus aku bukak buku resit, isi mana yang patut...bila aku hulur tangan nak ambik duit, dia hulur RM50. Duit pun berlipat-lipat lagi aku tengok. Entah-entah memang selai itu je yang dia bawak dan itu saja yang dia ada waktu itu. Tak sampai hati pulak aku nak bagitahu yang RM50 tu sebenarnya tak cukup nak bayar yuran. Tambah lagi nak kena beli buku-buku tulis, peralatan sekolah bagai kat koperasi lagi.


Aduhh..


Aku sedih betul.


Rasa nak bukak purse, dahulukan duit sendiri je.


Sudahnya aku terpaksa tapis-tapis yuran. Yuran yang agak-agak lambat sikit bayar pun takpe..aku tolak tepi dulu. Bayarlah mana yang penting saja dulu kali ini.


Sumpah aku tak boleh tengok lama-lama wajah wanita tu. Runtun hati rasanya. Mungkin jugak aku yang sensitip lebih. Tengok citer hindustan pun asik berhingus hidung apalagi kena berhadapan realiti macam ni.


Sekarang baru aku sedar...kasih sayang mak abah. Susah macam mana pun mereka, demi pendidikan anak-anak..sanggup bersusah berpayah bergolok gadai segala. Janji anak-anak dapat timba ilmu pengetahuan.


Ohh..insap kejap. Huhu.


Kejap je ke?? Hahaha!











8 comments:

  1. sgt sedey cerita itu..if sya yg ada kt tmpat yong nana kompom..cop mohor sya da nangis leleh2 punya..ai jiwa sensetap..(",)

    ReplyDelete
  2. huhuhu. Sedih entri ni, wan. Serius, most of Sabahan, yg pure Sabahan adalah miskin tegar. :(

    Selalu kat hospital, masalah dorang time nak kuar hospital, nak bayar bil melambak2. uhuhu.

    ReplyDelete
  3. hua...sedey..hehe..kalo sy dah nangis kot..tp cikgu kene tabah hati kan..mudah-mudahan semangat budak kecik tu nak belajar..n dpt bantu parents dia kelak..amin..

    ReplyDelete
  4. Sedih kan? Itulah....bukan semua orang senang-senang nak hulur duit puluh-puluh gitu..

    Yang penting pagi tadi si anaknya tu dah berjaya sampai sekolah sebelum jam 7 pagi. Tak tahulah camne maknya usahakan...Syukur.

    ReplyDelete
  5. Camana la pompuan tu rasa ye.. dalam hati mesti terdetik kalau cikgu tu bagitau duit yuran tak cukup, bila bole bayar.. apa la aku nak jawab..

    ReplyDelete
  6. nanti camne bdk tu nak gi sekolah tiap2 hari
    lambat ke dia tiap2 ari
    uuiihhh...

    hati tgh sedih arini dgn kisah bdk kena dera smpai cacat seumur hidup
    baca lak citer ni
    *panas bijik mata

    ReplyDelete
  7. owh sedey juga... sob sobsss... sekolah takde bantuan yuran/ buku2 utk pelajar kurang mampu? saya doakan anak dia nanti berjaya, and bantu keluarga nanti bila da besar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...