MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

TAJUK ENTRI ADALAH LETIH. TAIP ENTRI PUN LETIH, KAMU MEMBACA PUN MUNGKIN LETIH.



Hari ni memang mood aku menggarang sepanjang hari. Masuk kelas teeetttt, 3 orang budak tak bawak buku. Habis aku lenting tengking tiga-tiga ekor. Kau kalau dah terasa tak nak belajar, memang la takkan bawak buku kan? Jadi dipersilakan ke..............luar kelas sekarang. Berdiri la kau 3 orang di situ sampai habis masa.


Lepas habis kelas teeettt, aku lepak bilik guru kejap sementara tunggu kelas seterusnya. Tiba-tiba dapat aduan dari Cikgu Norli bagitau budak-budak kelas aku buat perangai tak sudah-sudah. Pantang takde cikgu dalam kelas, habis berambu ramai-ramai kat koridor kelas. Lepas dah boring bersidai kat koridor..diorang buat pulak rombongan cik kiah ke tandas. Ntah apakehalnya nak pegi tandas ramai-ramai tu aku pun tak paham. Nak kata takut, kau tu lelaki..takkan lah kecut perut sangat nak ke tandas sorang-sorang.Tak paham betul!


Lepas tu masuk pulak kelas satu lagi ni. Ni lagi mencabar jiwa raga sebab kelas direct 3 waktu non-stop. 2 jam mengajar. Dah serupa kuliah kat universiti dulu-dulu dah. Siap kna bagi take 5 kat budak-budak sebab muka masing-masing dah meloya belajar bab eletrik meletrik ni. Jadi bila time take 5 tu aku suruh la sorang-sorang hantar buku ke depan untuk aku semak nota dan latihan diorang..jadi mengantar la masing-masing.

Mula-mula keadaan aman dan terkawal lagi. Aku menanda buku pun sentosa je rasa jiwa ni. Tentiba keadaan jadi huru hara bila budak-budak diserang histeria mintak aku bagi depa bintang berbiji-biji dalam buku tu.


Hadoii!!


Tak terpikir pulak aku sekarang ni masih guna bintang-bintang sebagai ganjaran/pujian atas keje yang budak-budak buat. Aku ingat zaman cikgu bagi bintang 3 bijik, bintang sebijik segala ni habis dah. Rupanya ada lagi. Haiiii..melayan je la karenah bebudak nak kan bintang-bintang segala tu walaupun tiap kali semakan aku dah bagi dah pujian "baik" "sangat baik" semua tu. Tapi ada jugak la kes yang dapat cop mohor "siapkan latihan!!" "jumpa saya" tu jugak. Haha.


Lepas habis kelas yang ala-ala kuliah U tu barulah aku dapat rest sekejap. Itu pun ada relief class lagi tapi sebab relief kelas budak pandai cemerlang gemilang terbilang, tingkatan 5 pulak tu jadi kuranglah beban keje aku. Pastikan masing-masing duduk siapkan kerja masing-masing, bolehlah aku tenangkan jiwa dan raga ni kejap.


Sekarang ni pulak jam dah pukul 1.20. Budak-budak semua dah balik. Cikgu je belum boleh balik. Aku pulak ada Bengkel Profesionalisme pulak jam 2.30 sampai 5 petang ni. Huiii boleh terbayang letihnya bila balik rumah nanti.


Nekad nak tido jam 8 malam hari ni. Tido direct sampai jam 5.30 pagi esok. Pheww!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...